Dana RM50 Juta Setahun untuk Penerbit Filem, RM00 Juta untuk Penerbit Buku Ilmu
Kerajaan sudah lama menubuhkan dana RM50 juta setahun bagi dipinjamkan kepada penerbit-penerbit filem supaya mereka dapat menerbitkan filem mereka.
Kerajaan juga melantik seorang senator daripada kalangan tokoh filem, iaitu Tan Sri Jins Shamsuddin, dengan itu suara industri filem tempatan mempunyai jurucakap yang efektif. Beliau sedang bekerja kuat mendesak supaya dana RM50 juta itu dinaikkan menjadi RM100 juta setahun.
Untuk industri penerbitan buku, tidak ada dana. RM1.00 ringgit pun tidak ada dana yang dapat dipinjam oleh penerbit buku bagi menerbitkan buku-buku ilmu.
Penerbit seperti PTS terpaksa mendapatkan dana dengan meminjam duit dari bank-bank komersial.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Pn,
Dana RM50 juta tetapi filem yang dihasilkan bertaraf sampah. Bila menonton filem-filem Melayu kini, rasanya seperti “disiksa” hidup-hidup khususnya cerita Prof Madya Abdul Razak Mohaideen. Jalan cerita, bahasa yang digunakan semuanya hampas.
Puan,
Setahu saya DBP ada dana menggalakkan penerbitan. Jika DBP pun tidak ada dana, memang sah 1Malaysia akan gagal.
Tuan Makhtar,
Dana RM10 juta yang digembar-gemburkan itu diberikan kepada DBP. Ikut suka hati DBPlah bagaimana dia mahu membelanjakan wang itu. Tidak boleh dipinjam oleh penerbit seperti PTS…..
Puan,
Bukan sekadar penerbit, penulis sendiri pun perlu modal untuk proses penulisan, membuat penyelidikan, cetak & semak dan macam-macam lagi yang perlu dilabur.
Hal ini tak akan disedari sehinggalah orang dari industri buku sendiri terlibat dalam perancangan dasar & bajet negara.
Mungkin sudah sampai masanya kita perlu orang kuat industri buku untuk jadi Senator atau Menteri?
Puan,
Pasukan F1 Malaysia diuruskan dengan bajet RM1 ribu juta setahun. Adakah Malaysia benar-benar memerlukan pasukan sendiri? Hampir 80 peratus bajet itu akan mengalir keluar dari negara ini. Pada masa sama, Kerajaan agak kedekut untuk memajukan industri buku. Satu pembaziran amat besar akan berlaku dan yang menanggungnya ialah rakyat.
Kalaulah seseorang menjual hampas, beliau tahu, beliau punya bakal pembeli yang ramai. Barangkali beliau sendiri memang memandang hampas sebagai hampas, tetapi, “memanglah ini hampas,apa salah aku menjualnya ramai yang akan membelinya”. BIla sahaja beliau tidak punya pembeli lagi, beliau akan menukar barangan jualannya. Sebuah filem hanya perlukan SEORANG sahaja sebagai pangarah filem; sebuah filem memerlukan ribuan, jutaan pembeli filem. Teruskan usaha memandaikan bangsa yang berjuta itu.
Post a comment