Dari 2 Ribu, Naik 3 Ribu, Naik 5 Ribu… ke 10 Ribu


Sewaktu PTS ONE mula menerbitkan buku-buku sastera remaja, bagi menguruskan risiko, cetakan pertama bagi setiap judul adalah 2 ribu naskhah sahaja. Jumlah itu dapat dijual dalam tempoh kurang 6 bulan.
Kemudian, bagi sesetengah judul, jumlah cetakan pertama berjaya dinaikkan ke 3 ribu naskhah, yang dapat dijual habis dalam tempoh kurang 6 bulan.
Hari ini bagi sesetengah judul, seperti siri ADAM Kecil, dan siri Dear Yayah, sekadar menyebut dua contoh, PTS sudah berani mencetak 5 ribu naskhah, dengan rasa yakin semua dapat terjual dalam tempoh kurang 6 bulan.
Kejayaan ADAM dan Dear Yayah adalah disebabkan faktor kedua-duanya ditulis dalam siri. Selepas beberapa lama siri ini berada di pasaran, jumlah peminatnya semakin hari semakin banyak.
PTS ONE mentargetkan siri ADAM dapat menjadi siri evergreen, yang bertahan dalam pasaran selama 50 tahun, seperti siri Enid Blyton. Malah mungkin lebih daripada 50 tahun!
Tim Marketing PTS sedang bekerja kuat bagi meningkatkan angka jualan setiap judul kreatif PTS kepada 10 ribu bagi cetakan pertama, dengan rasa yakin semua dapat dijual dalam tempoh 6 bulan.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment