Sunday, January 24, 2010

Dari Filem dan Drama TV ke Novel: Isu-isu yang Perlu Disetujui Sebelum Mula Menulis

Banyak filem dibikin berdasarkan cerita dalam buku-buku yang sudah terbit. Dalam kes begini penerbit filem berunding dengan penulis dan mereka kemudian menandatangi perkara-perkara berkenaan hak-hak penulis dan hak-hak penerbit filem, serta terma-terma pembayaran. Semuanya dituliskan dengan jelas dalam dokumen perjanjian itu.

Ada juga buku yang ditulis berdasarkan filem yang sudah diterbitkan. Di Indonesia kes seperti itu banyak dilakukan. Malah ada kes di mana buku dan filemnya terbit serentak.

Jika tuan dan puan mempunyai rancangan mahu menuliskan novel berdasarkan drama televisyen ataupun filem yang sudah diterbitkan dan dipertontonkan, beberapa isu perlu diambilkira:

(i) Sediakan surat persetujuan daripada pihak-pihak yang memiliki harta intelek dalam siri drama ataupun filem itu. Sebagai contoh, siapa dan berapa orangkah yang terlibat mencipta cerita yang dijadikan drama TV ataupun filem itu. Adakah mereka merupakan pemilik harta intelek cerita tersebut. 

(ii) Pastikan adakah harta intelek mereka itu sudah dipindahmilikkan kepada syarikat yang menerbitkan filem ataupun siri drama itu.

(iii) Pastikan semua pihak yang memiliki harta intelek itu setuju. Ini sangat penting, sebab jika berlaku pertikaian dan saman-menyaman, pihak itu boleh menyaman penulis, penerbit, pencetak, pengedar dan penjual buku itu!

(iv) Rundingkan dengan muktamad pembahagian royalti antara penulis dengan pemilik harta intelek cerita, supaya tidak ada dolak-dalik lagi. (Sebelum ada duit, memang orang tidak cerewet, tetapi apabila sudah nampak duit baru timbul sifat tamak.)

(iii) Dokumen perjanjian sangat penting disediakan dan ditandatangani.

Bak kata orang bisnes: Biar bergaduh sebelum memulakan kerja, daripada bergaduh selepas kerja selesai.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Baca Sastera dalam LRT: Sabtu 20 Februari 2010 Previous entry: Cekal Membuka Laut Biru Genre Fantasi Melayu

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: