Thursday, July 05, 2007

Dari Kecil Sudah Kenal Nama-nama Penulis PTS

Kenangan semasa kecil melekat sampai mati.

Apabila semasa kecil saudara sudah terbaca nama Enid Blyton, sampai bila-bila saudara akan ingat nama itu. Nanti apabila saudara sudah mempunyai anak, saudara akan galakkan anak-anak saudara membaca buku-buku Enid Blyton. Apabila saudara sudah mempunyai cucu, saudara menggalakkan cucu saudara pula membaca buku-buku Enid Blyton.

Faktor inilah yang menyebabkan buku-buku Enid Blyton masih berada dalam pasaran walaupun semuanya ditulis lebih 50 tahun dahulu!

Sifu menganjurkan kepada penulis-penulis PTS yang kini hanya menulis untuk PTS PROFESIONAL, PTS MILLENIA, PTS ISLAMIKA dan PTS FORTUNA, supaya menulis juga buku-buku bagi bacaan remaja.

Banyak remaja sudah mempunyai angan-angan mahu menjadi orang kaya dan mahu hidup sebagai orang kaya.

Dapatkah Tuan Shamsuddin Abd Kadir menulis edisi remaja bagi bukunya Makan Gaji Tetapi Kaya bagi bacaan pelajar-pelajar tingkatan tiga.

Barangkali buku Memulakan Bisnes Sendiri patut diterbitkan edisi remajanya juga.

Konsep mengurus wang peribadi patut mula diperkenalkan kepada remaja, tidak boleh tunggu sehingga seseorang itu sudah bekerja dan menerima gaji baru hendak diajarkan konsep makan gaji tetapi masih dapat menjadi orang kaya.

Tabiat menabung dan melabur sepatutnya dimulakan sejak kecil. Banyak orang yang bergaji kecil akhirnya dapat memiliki harta disebabkan mereka pandai menguruskan kewangan peribadi.

Banyak orang bergaji besar hidup dengan dibelit hutang bank dan hutang kad kredit. Makin besar gajinya, makin banyak hutang peribadinya. Mereka pandai belajar di univerisiti tetapi tidak belajar pengurusan kewangan peribadi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ada-ada Sahaja: Apabila Penyokong PTS Bergaduh dengan Penyokong PTS Previous entry: Apa Ada dalam Mobile TV
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/05  at  08:12 AM

Assalamualaikum Puan Sifu,

Saya sudah membincangkan dengan En. Nazrul dan En. Roslan berkenaan dengan buku-buku kewangan remaja semasa pertemuan minggu lalu. Jika diizinkan Allah saya akan menghantar sinopsis buku remaja selepas menghantar manuskrip buku ketiga pada hujung minggu hadapan.

Tulis buku-buku itu bersiri. Ini judul yang berpotensi ngetop: “Masih Muda Sudah Kaya”.
——-

embun  on  07/05  at  08:28 AM

Pn. Ainon yang dihormati,

Saya mengucapkan syabas kepada PTS atas inisiatif menerbitkan buku-buku pengurusan kewangan khusus untuk remaja. Hal ini memang penting memandangkan ramai yang diisytihar muflis adalah dalam kalangan belia, dan terperangkap dengan hutang kad kredit.

Tabiat menabung wang saku juga perlu disajikan kepada remaja dan kanak-kanak. Pasti ibu bapa akan tersenyum lebar melihat judul-judul ini diterbitkan oleh PTS.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/05  at  09:50 AM

Puan Sifu telah menasihatkan saya sebanyak dua kali dalam Unika. Saya amat berminat untuk menulis buku ‘Masih Muda Sudah Kaya’ tetapi jika tidak salah PTS Pro telah menganugerahkannya kepada penulis lain.

Saya bersetuju juga dengan saudara/i Embun.

Tuan Sham (yang masih muda sudah kaya),

Judul tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta. Dua buku, oleh 2 pengarang berlainan, no problem! Tulis sahaja tema itu. Judulnya kita boleh fikir kemudian.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/05  at  10:05 AM

Maaf, terdapat sedikit pembetulan ‘Sham yang masih muda tetapi sudah kaya dengan hutang’

Menghadap Puan Sifu (yang memiliki ilmu yang amat agung dan jutawan yang dermawan),

Dengan keizinan Allah, saya tidak sesekali lepaskan peluang yang diberikan oleh Puan Sifu (kaya dengan ilmu agung).

Terima Kasih.

Sham (Bakal penulis buku Masih Muda Sudah Kaya)

Konten buku itu sesuai untuk pasaran Jakarta juga, ya Pak!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/05  at  10:17 AM

Terima kasih Ibu, nanti pak bikin manuskripnya. Ibu jugak jangan lupa bagi nasehat, ya Ibu!

jugak (SALAH) = juga (BETUL)

Kang  on  07/05  at  11:05 AM

Saya amat setuju dengan cadangan Mbakyu untuk menulis (sebenarnya merombak sedikit) buku MEMULAKAN BISNES SENDIRI khusus untuk remaja. Mungkin sekali judulnya: MEMULAKAN BISNES SENDIRI: Bermula dari Remaja.

Bagaimanapun, menurut Imam Ghazali (Bukan Steven Covey) “Utamakan yang utama.” Pada pendapat saya, buku RAHSIA BISNES NABI MUHAMAD lebih didahulukan. Saya sekadar dapat membantu mempromosi, mencetuskan kontroversi dan kini menjadi tempat bertanya, “Bila buku Rahsia Bisnes Muhamad akan terbit?”

Pelancarannya kelak—saya sudah terbayang-bayang—di Hotel Singgahsana dengan disertai oleh kumpulan nasyid. Wartawan dari akhbar dan majalah datang. Mungkin satu sen tak payah keluar belanja sebab kita boleh gunakan sistem penajaan.

Di hari tersebut juga, buku-buku Islamik PTS yang lain boleh disatukan untuk dilancarkan sekali (lancarkan atau pelancaran semula).

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/05  at  11:20 AM

Saya amat bersetuju buku “Rahsia Bisnes Muhammad” perlu dilancarkan.

Sifu stresss….

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: