Dari Mana Mereka Dapat Duit?
Foto di atas menunjukkan 2 orang pelajar sekolah menengah rendah agama di Pesta Buku 2009 sedang dalam proses membuat keputusan membeli novel Islami PTS yang tebal dan mahal harganya.
Dari manakah wang yang mereka miliki itu bagi membeli novel-novel mahal?
Mereka datang menaiki bas yang disewa oleh guru mereka. Di situ pun mereka sudah mengeluarkan belanja, demi hendak membeli buku-buku yang menjadi idaman mereka.
Sedangkan semasa masih remaja mereka sudah tidak takut membelanjakan wang bagi membeli buku, pastilah apabila dewasa mereka akan membeli lebih banyak buku.
Mereka inilah yang menjamin pertumbuhan industri buku Melayu. (Itu pun UMNO buang bahasa Melayu.)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan, mungkin mereka telah menabung lama untuk ke Pesta Buku. Seorang sahabat saya hampir setiap tahun memecah tabung yang telah dikhususkan untuk ke Pesta Buku.
Kuat betul semangat belajar anak-anak ini.Saya bangga dengan mereka.Saya doakan mereka berjaya.
Cari Duit
Post a comment