Dari Novel ke Filem
Bagi saudara yang berminat dengan adaptasi novel ke filem dan TV klik di sini.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Pada pendapat saya, Mbakyu—adaptasi novel ke drama apatah lagi filem di negara kita ini masih beratus-ratus batu jarak kesempurnaannya dan ilmunya berbanding di Barat dan China. Lebih dari itu penulis, pemegang hak cipta keberatan untuk membenarkan karya mereka diadaptasikan kerana bimbang hancur dan rosak. Novel epik “Biru Warna” karya Awang Had Salleh pernah diadaptasikan dengan hasilnya yang sangat mengecewakan. Begitu juga dengan novel Hartini (yang seiras-iras “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck”) pernah diadaptasikan tetapi menyebabkan penulisnya, Aziz Afkar muncul dan merungut-rungut. Yang untung Creative Enterprise—jualan novel itu menunjukkan pengingkatan selepas kontroversi. Yang menampakkan sedikit kejayaan bagi saya hanya satu, “Ranjau Sepanjang Jalan” (yang sangat seiras dengan “The Good Earth”) diadaptasikan kepada filem dengan judul yang sama, arahan Jamil Sulong.
Bagi pendapat saya daif ini—mengadaptasikan novel ke drama atau TV tidak boleh dibuat secara “one-man-show”—penulis buku, penulis skrip, penulis lakon layar, pengarah mesti membentuk satu pasukan untuk berada di dalam diri pengguna—yang mengubah perspektif dari membaca (visual dan perasaan) kepada menonton (visual, pendengaran, perasaan). Bukan kerja mudah tetapi tidak mustahil. Jika “lari” sikit boleh dimaafkan, tapi kalau “lari” banyak hingga merosakkan, memang tak boleh dimaafkan.
Ia tidak mustahil kerana sudah lama dilaksanakan di luar negara dengan jayanya. Contohnya, sastera klasik China, “Water Margin” (mengenai teknik kepimpinan) berjaya diadaptasikan ke siri mini. Jika dibandingkan antara buku dengan paparan TV tak jauh bezanya. Begitu juga dengan satu lagi sastera klasik “Journey To The West.”
Di Barat, pada pendapat saya—nampaknya lebih mudah kerana penulis menulis memang untuk diadaptasikan, seperti novel-novel Sidney Sheldon. Melihat adaptasi Da Vinci Code memang amat memuaskan kerana membaca novelnya sudah hampir sama seperti menonton filem—kerana sengaja ditulis untuk diadaptasikan.
Apa pendapat Mbakyu?
* Nota kecil: Teringin hendak mengadaptasikan “Kampung Kaya”. Penerbitannya oleh PTS Pro terpaksa ditangguhkan kerana memberi laluan kepada buku akademik yang lebih diperlukan menjelang bulan Disember dan Januari.
——-
Saya setuju dengan artikel ini.
Tan Sri Kang,
Saya bukan orang filem, tetapi saya orang harta intelek. Isu adaptasi sangat rapat sangkut-pautnya dengan pengurusan harta intelek novel yang mahu diadaptasi.
Cubalah Tan Sri bayangkan, amalan perjanjian lesen penerbitan yang dipraktikkan oleh penerbit2 di negara ini, termasuk DBP. Penerbit memaksa pengarang menyerahkan kesemua hakcipta subsidiari buku yang diterbitkannya, termasuk hakcipta menerbitkan karya itu sebagai filem!
Buat apa penerbit seperti DBP memegang hak menerbitkan karya itu dalam bentuk filem? DBP bukan penerbit filem!
Penulis-penulis kita pun tidak ambil pusing isu pengurusan harta intelek mereka.
Jangan serahkan lesen penerbitan versi filem kepada mana-mana penerbit buku. Serahkan kepada penerbit filem. Runding direct berapa royalti yang patut dibayar.
Tentang penulisan novel dengan filem in-mind, untuk makluman Tan Sri, novel2 jibunsyi PTS memang ditulis dengan filem dan siri TV in-mind.
Cuba Tan Sri bedah struktur bab dan sub-bab siri itu, memang ia berdasarkan episod-episod dan babak-babak! ha ha ha…. Cuba baca dialognya…. dan keterangan settingnya….
(Saya ini orang drama dan teater, pernah menang budding talent award daripada Malaysian Drama Council.)
Sesungguhnya novel jibunsyi bersifat futuristik, mana tidaknya, bukankah ianya ditulis memenuhi ciri-ciri Surah Yusuf, sedangkan Surah Yusuf itu satu surah dari 114 surah di dalam Al-Qur’an.
Al-Qur’an diturunkan itu memang bersifat futuristik (Relevan sejak dulu, sekarang dan akan datang sehingga Hari Kiamat itu ‘futuristik’ lah maknanya, bukan?).
Oleh kerana novel-novel jibunsyi ditulis mengikut ciri-ciri salah satu Chapter dari sebuah Kitab yang bersifat futuristik, maka dengan sendirinya (“It Follows That..”), novel jibunsyi itu mempunyai sifat-sifat futuristik. Begitukah, Sifu?
Sama ada industri perfileman di negara ini masih belum cukup matang untuk membikin adaptasi novel ke filem, atau pun kerana kebanyakan novel-novel di tulis bukan bersesuaian untuk tujuan adaptasi.
Sebab itulah bila novel diadaptasi, hasilnya lebih bagus sikit dari pada ‘teruk’! Sampai penulis asal pun tidak puas hati, kerana merasakan karya mereka disalah-tafsirkan.
Bila berkembang arena jibunsyi dan novel-novel jibunsyi memenuhi pasaran, tidak dapat tidak ada yang akan di’filem’kan. Semoga ketika itu lebih berjaya keputusan hasilnya…ye Sifu?
Hikayat Hang Tuah sudah diadaptasi menjadi filem, kalaulah penulisnya menonton filem itu, apa barangkali komennya?
Saya sangat teruja dengan pandangan Tan Sri Kang tentang peralihan proses resepsi daripada kesan membaca teks kepada kesan melihat imej dan mendengar bunyi.
Namun isu apakah sesuatu karya itu memang sudah daripada awal ditulis supaya mudah diadaptasi menjadi filem, bagi saya, ini isu kritikal yang sangat penting perangaruhnya ke atas kejayaan proses adaptasi itu sendiri.
Demi perkembangan industri filem Melayu, yang manakah yang harus didulukan. Apakah para pengarang Melayu harus dahulu belajar strategi dan teknik penulisan novel yang mengambil kira proses adaptsasi filem, dengan demikian akan terhimpun karya-karya bermutu yang diperlukan oleh penulis skrip filem?
ATAUKAH, para penulis skrip filem harus dahulu belajar strategi dan teknik mengadaptasikan novel, dengan demikian, apa jua bentuk novel yang bagus isinya dapat mereka adaptasikan dengan baik?
Pada pendapat saya, dalam proses adaptasi novel ke filem, upstreamnya adalah novel. Keruh di hulu, keruhlah dihilir. Maka penulis2 novellah yang perlu terlebih dahulu belajar apa itu ciri-ciri yang perlu ada pada sesebuah novel yang mudah diadaptasikan menjadi filem.
Di PTS, dengan terkial-kial, atas kesedaran ini, kita sudah mengadakan bengkel story-boarding yang objektifnya adalah mendedahkan penulis2 jibunsyi PTS tentang bagaimana sukarnya storyboard dibuat. Dengan demikian mereka faham faktor-faktor yang membantu novel mereka mudah dibuat storyboardnya.
Kita juga sudah mengadakan bengkel komik supaya para penulis PTS faham bagaimana caranya jika novel mereka akan diadaptasi menjadi novel grafik!
Artinya, PTS mengambil sikap proaktif membantu penulis2 jibunsyi PTS memasukkan unsur-unsur yang membolehkan novel2 mereka mudah diadaptasikan menjadi filem dan menjadi novel grafik.
Tan Sri Kang,
Baik sungguh budi Tan Sri, kerana setuju memberi laluan kepada buku2 akademik. Sikap dan kemahiran bekerjasama seperti inilah yang sangat membantu penerbit menyusun semula prioriti jadual penerbitannya sebagai respons kepada keperluan pembeli dan pengguna buku-buku PTS. Terima kasih!
Post a comment