Dari Novel ke Filem: Risikonya 50-50
Lazimnya, penulis dan penerbit suka apabila ada penerbit drama televisyen ataupun penerbit filem berminat mengadaptasi novel mereka ke skrin kerana dipercayai hal itu dapat melariskan jualan buku.
Menurut Tuan Syaizul Amal, pengurus brand AinMaisarah, adaptasi dari novel ke skrin tidak menjamin jualan bukunya akan bertambah laris, malah ada risiko sebaliknya pula. Menurut beliau, banyak produser telah mengemukakan minat mereka mahu mengadaptasi novel-novel AinMaisarah, namun beliau masih berhati-hati sebelum memberi persetujuan.
Apabila adaptasi skrin itu berjaya, jualan buku boleh meningkat. Malah bagi buku-buku yang sudah lama dalam pasaran dan jualannya sudah jatuh, adaptasi ke skrin boleh memberi nyawa baru kepada jualan buku.
Sebaliknya pula yang akan berlaku apabila adaptasi ke skrin itu gagal. Meskipun bukunya bermutu tinggi, namun kegagalan drama ataupun filemnya menyebabkan bakal pembeli mempunyai persepsi negatif tentang kualiti bukunya lalu mereka tidak membelinya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam puan,
Boleh maklumkan berapa hasil kutipan filem Karipap-karipap Cinta sehingga setakat ini?
Saya setuju dengan pendapat Tuan Pengurus. Bagi saya, adaptasi KKC tidak berjaya, kerana jiwa buku itu tiada dalam filem, di mana watak Sarah dalam filem dan buku amat berbeza sekali. In other words, dalam filem, tidak ‘syariah compliant’
.. hasil kutipannya adalah RM 0.28 juta, modal adalah 1.9 juta .. di link ini http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka
Terima kasih atas makluman itu.
Secara jujurnya saya tidak pernah membaca novel tersebut.Kerana saya bukanlah seorang pembaca novel. Cuma memasang impian ingin menonton versi filemnya sahaja.
Namun apabila menonton segmen ‘Di Sebalik Tabir KKC’ di kaca TV ia seolah-olah memadam terus hasrat untuk menonton filem ini sama ada di panggung wayang ataupun di Astro First. Terasa filem ini sangat hambar tidak seperti yang diwarkan2 kehebatan versi novelnya. Termasuklah hal-hal yang berkaitan pematuhan syariah.
Ditambah pula dengan pemilihan Hero (Gambit dengan
kontroversi mencerca peminat) dan Heroin (yang entah siapa) yang tidak tepat mungkin menjejaskan lagi kutipan.
Bagaimanapun saya berharap agar pihak PTS usah berputus asa di atas kegagalan pertama ini. David Teo pun pernah gagal dan rugi teruk dalam filem terbitan pertamanya (Syukur 21) namun kini semuanya berubah.
Di mana silapnya pembikikan filem Karipap2 Cinta ni sehingga rugi teruk. Mungkin pemilihan pengarah serta pelakonnya yg tidak tepat kot..dan mungkin juga usaha promosi pihak penerbit yang kurang bermaya. Bayangkan kalau filem ini diarahkan oleh Ahmad Idham.. Heronya Shaheizey Sam.. Heroinnya pula Lisa Surihani..pasti pecah panggung. Ditambah pula jika diterbitkan oleh MIG. Kita semua maklum, promosi filem2 terbitan MIG memang tip top.
Senarionya berbeza buat Ombak Rindu. Kedua2 novel ini berstatus best seller. Tetapi nampaknya Ombak Rindu lebih berjaya di pawagam. Kutipan Ombak Rindu buat setakat ini sudah hampir mencecah RM6 juta. Mungkin kerana faktor2 yang saya sebutkan di atas tadi mewujudkan jurang kutipan yang besar antara 2 filem adaptasi ini.
Post a comment