Saturday, November 25, 2006

Dari Novel ke Filem: Surah Yusuf Lwn Kritik Sastera Aliran Barat

Para pengkritik sastera daripada aliran Barat lazimnya menolak cara menulis novel yang memasukkan ciri-ciri yang memudahkan sesebuah novel itu diadaptasikan menjadi filem. Malah mereka mengatakan pemikiran yang demikian hanya layak ada pada penulis-penulis novel popular yang karya mereka tidak bertaraf sastera.

Justeru, adalah menjadi prinsip pegangan para pengkritik sastera aliran Barat bahawa novel yang bertaraf sastera tidak selayaknya dihasilkan dengan ingatan novel itu dapat difilemkan dengan mudah dan berkesan.

Bebas daripada mindset kritik sastera aliran Barat, yakni tanpa memikirkan faktor filem sama sekali dalam proses penulisannya, para penulis novel Islami yang menggunakan teknik-teknik penulisan dalam surah Yusuf dengan sendirinya menghasilkan novel yang mudah dituliskan, mudah diadaptasikan bukan hanya ke media filem, malah mudah di-telenovela-kan, mudah dianimasikan, mudah dinovel-grafikkan, mudah dijadikan skrip drama radio, mudah dipentaskan dan mudah di-abridge-kan.

Penulis novel popular bukan Islam memasukkan unsur-unsur adaptasi filem atas dorongan kewangan bagi mempelbagaikan sumber royalti yang mereka terima daripada karya mereka.

Namun, bagi penulis novel Islami aliran surah Yusuf, mereka bukan menulis demi filem mahupun royalti. Mereka juga bukan menulis dengan agenda mahu menghasilkan novel yang bertaraf 'sastera' ataupun 'bukan sastera' ataupun 'novel popular'.

Mereka menghasilkan novel dengan menggunakan teknik-teknik dalam surah Yusuf sebagai ibadah, yakni didorong oleh keyakinan religius mereka bahawa dalam al-Quran itu terdapat sumber teori sastera Islami dan panduan teknik penulisan kreatif.

Sebanyak mana mereka menggunakan teknik-teknik dalam surah Yusuf, itu adalah berkait dengan kemahiran dan penguasaan seseorang penulis ke atas teknik-teknik itu.

Jika kritikan sastera aliran Barat nanti mengkategorikan novel-novel Islami aliran surah Yusuf sebagai tidak bernilai sastera disebabkan novel-novel itu mempunyai ciri-ciri yang memudahkan ia difilemkan, maka penilaian mereka bukan endorsement yang dimahukan oleh novelis Islami aliran Surah Yusuf.

Allah jualah yang lebih mengetahui mengapa teknik-teknik penceritaan dalam surah Yusuf itu secara natural menghasilkan novel-novel yang mudah diadaptasikan ke dalam berbagai media.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surah Yusuf: Istilah "Sastera Islam" Lwn Istilah "Sastera Syariah-Compliant" Previous entry: Surah Yusuf: Ciri-Ciri dan dan Gaya Penceritaan pada Novel yang Mudah Difilemkan
alang kelana  on  11/25  at  06:47 PM

Teknik Surah Yusuf bukan setakat menghasilkan karya sastera malah memudahkan hasil karya itu diadaptasi kepada filem, serta di dalam masa yang sama syariah-compliant maka menjadi suatu ibadat.

Ertinya ia “5-dalam-1”:
(1) hasil sastera
(2) adaptasi
(3) syariah-compliant - ibadat
(4) jika diadaptasi, maka dalam masa jangka panjang, mempengaruhi masyarakat melalui filem2 yang bermutu dan mendidik penonton ke arah nilai2 murni
(5) menambah & mempelbagaikan cabang/cawangan pendapatan.

SubhanAllah, begitu sekali implikasinya…

Jadi tidak ada hujjah untuk kita ikut aliran ‘konvensional’ dan tinggalkan aliran Surah Yusuf.
——-

Puan Ainon Mohd.  on  11/26  at  12:11 AM

Sheikh,

Teknik menulis novel yang digali daripada surah Yusuf adalah bagi menghasilkan sebuah karya yang indah dan syariah-compliant. Justeru, apabila kita mahu menghasilkan novel yang syariah-compliant dan indah, maka surah Yusuf adalah modelnya.

Dari sudut pandang ini, novel yang tidak syariah-compliant tidak dapat diterima sebagai novel indah oleh teori sastera Islami.

Baik. Sekarang, bagaimana posisi karya sastera Melayu yang tidak syariah compliant?

Karya sastera Melayu yang tidak syariah-compliant itu dapat dikategorikan sebagai “sastera Melayu” ataupun “sastera Malaysia” ataupun “sastera Kebangsaan” dan diberikan anugerah-anugerah di bawah kategori itu sahaja.

Manakala sastera Melayu yang syariah-compliant, selain dapat diberikan anugerah “sastera Islami” ia layak diberi anugerah di bawah kategori “sastera Melayu” ataupun “sastera Malaysia” ataupun “sastera Kebangsaan”.

Justeru karya yang syariah-compliant itu lebih universal sifatnya dibandingkan dengan karya yang tidak syariah-compliant. Jadi, karya Islami itu adalah bahagian daripada khazanah sastera dunia, tetapi banyak karya agung dalam khazanah dunia tidak layak dimasukkan dalam khazanah sastera Islami.

Sebagaimana ayam HALAL (ayam Islami) boleh diterima sebagai ayam yang enak dimakan oleh penganut semua agama, tetapi ayam yang tidak syariah-compliant, tidak dapat dikategorikan sebagai “ayam Islami”.

Di Denmark, semua ayam yang dijual dalam supermarket adalah syariah-compliant! Ada logo HALAL pihak berkuasa Saudi Arabia pada plastik pembungkusnya. Serius nih! Puncanya, ladang-ladang ayam Denmark mendapat kontrak membekalkan 60 juta setahun ayam syariah-compliant ke Saudi Arab. Jadi dari segi busines, ladang-ladang itu memproses semua ayam cara Islami. Penduduk Denmark tidak sampai 5 juta!)

Maka tulislah novel yang syariah-compliant, sekurang-kurangnya yang “surah Yusuf compliant”.... Allah jualah yang lebih mengetahui.

zalisa  on  11/26  at  02:36 AM

Terbakar semangat penulis! Tapi masih ada yang menghalang. Perasaan! Perasaan yang tersekat kerana rasa diri tidak layak bercakap tentang islam. Tentang iman kerana tahu diri tidak mempunyai ilmu agama. Jadi, bagaimana mahu mengatasinya, sifu?

alang kelana  on  11/26  at  03:10 AM

Puan Sifu, Puan Zalisa,

Bukankah ada hadis bermaksud:“Sampaikanlah daripadaku, walaupun satu ayat.” yang boleh digunakan sebagai panduan?

Maksudnya setiap orang boleh menyampaikan mengikut tahap dan martabat ilmu yang ada padanya.

Bolehkah guna hujjah ini, Sifu?

Puan Ainon Mohd.  on  11/26  at  05:06 AM

Sheikh, Pn. Zalisa, Nabi Muhammad SAW sudah mula menyampaikan Islam sejak baru menerima beberapa potong ayat! Turun sahaja dari gua Hiraq terus beliau menyampaikan Islam kepada Khadijah.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.