Sunday, July 27, 2008

Dari Tuan Zaharin Zain: Laporan Terbaru Trend Jualan Buku-buku PTS

Tuan Zaharin Zain adalah Pengurus Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS.

Beliau melaporkan, sebaik-baik harga minyak dinaikkan oleh kerajaan, jualan buku-buku PTS di Lembah Kelang jatuh merudum. Di sesetengah kedai buku, jualan jatuh antara 40% - 50%. 

Situasi parah itu menyebabkan pihak pengurusan PTS mengadakan taklimat tergempar kepada semua pengurus dan pegawai kanan, berkenaan langkah-langkah dharurat yang terpaksa diambil supaya bisnes PTS dapat survive.

Syukur kepada Tuhan, hasil ketangkasan dan kepantasan pengurusan PTS menggubal strategi dharurat, daripada strategi 'normal' kepada yang 'tidak normal', kejatuhan angka jualan buku-buku PTS perlahan-lahan dapat dipulihkan.

Menurut Tuan Zaharin, data jualan bagi bulan Julai menunjukkan trend jualan buku-buku PTS sudah 'pulih' dan ada tanda-tanda angka jualan bulan Julai ini menunjukkan peningkatan.

UNIKAPTS merakamkan ucapan tahniah kepada pihak pengurusan PTS khususnya, dan seluruh kru jabatan editorial, jabatan sales dan jabatan marketing, yang bertungkus-lumus melaksanakan strategi survival dalam zaman dharurat yang telah digubal oleh pihak pengurusan. 

UNIKAPTS juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penulis-penulis PTS yang buku mereka terpaksa ditangguhkan jadual penerbitannya bagi memberi laluan kepada judul-judul yang dapat dijual dalam keadaan pasaran yang tidak menentu sekarang ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kedai Buku Koperasi Universiti Terlibat dengan Pasaran Gelap Buku Teks Previous entry: Surat Pilihan (II): Tiada Konsep Hakcipta dalam Islam
Zamri Mohamad  on  07/27  at  12:42 PM

Moga-moga Allah, berikanlah kekuatan kepada tim PTS dalam berhadapan dengan turun naik industri. Janji komiten sebagai penulis PTS membantu dari segi kualiti karya sebaik-baiknya agar ia menjadi magnet kepada bakal pembaca.

ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.