Dasar Bahasa PTS
Kita menerima banyak pertanyaan mengapa PTS fokus menerbitkan buku-buku dalam Bahasa Melayu sahaja, mengapa tidak menerbitkan buku-buku dalam bahasa-bahasa lain, khususnya Inggeris.
Dasar bahasa PTS adalah disandarkan kepada Quran dan Sunnah, seperti berikut:
(a) Surah Ibrahim, ayat 4, yang bermaksud: "Allah tidak menghantar rasul kepada sesuatu kaum melainkan dalam 'lidah' kaum itu." Prinsip strategis dalam ayat ini adalah, bagi membangunkan sesuatu bangsa, gunakan bahasa ibunda kaum itu.
(b) Empat buah kitab suci Islam diturunkan dalam 4 bahasa ibunda masing-masing nabi yang menerimanya. Hanya Quran turun dalam bahasa Arab disebabkan itulah bahasa ibunda Nabi Muhammad.
(c) Jibrail menyampaikan wahyu, mengajar dan berkomunikasi dengan Nabi Muhammad menggunakan bahasa ibunda Nabi Muhammad, yakni bahasa Arab.
(d) Hadith yang bermaksud: "Berbahasalah kamu dalam bahasa kaummu."
(e) Nabi Muhammad menyuruh Zaid bin Thabit belajar bahasa Hebrew disebabkan baginda hendak menulis surat kepada ketua-ketua kaum Yahudi bagi tujuan diplomatik, yakni mengajak mereka masuk Islam. Sunnah ini menyatakan dengan jelas peranan bahasa-bahasa asing dalam strategi Islam, yakni diplomatik dan komunikasi antara kaum. Justeru, pendakwah Islam dikehendaki belajar bahasa ibunda kaum sasaran bagi menyampaikan mesej Islam kepada mereka.
(f) Nabi Muhammad bersaing, berperang, dan berjaya mengalahkan 2 buah kuasa dunia sezamannya, iaitu empayar Parsi dan Romawi, dengan tidak belajar sepatah pun bahasa-bahasa musuhnya, yakni bahasa Farsi dan Latin. Akan perihal besarnya kuasa Romawi sebagai kuasa dunia, sehinggakan dalam Quran ada surah khas mengenai bangsa itu, yakni surah Ar-Ruum.
(g) Sebagai seorang Arab, apabila Nabi Muhammad mengajar dan menyampaikan kuliah kepada orang-orang Arab, baginda menggunakan bahasa Arab. Ibrah daripada sunah ini adalah, guru-guru dan pensyarah Melayu yang mengajar pelajar Melayu hendaklah menggunakan bahasa Melayu.
Berdasarkan nas-nas di atas, dan disebabkan prioriti pertama misi PTS adalah memandaikan bangsa Melayu, maka PTS memilih menggunakan Bahasa Melayu.
"Hidup Bahasa Melayu"
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Sifu,
Izinkan saya menambah sedikit kepada entri Sifu itu.
(1) Bahasa menunjukkan bangsa, ertinya identiti sesuatu bangsa itu dikenali melalui bahasa yang dipertuturkan bangsa itu, Ertinya bangsa Melayu yang mengagungkan bahasa lain akan menghadapi risiko kehilangan identitinya;
(2) Di zaman kita sekarang 3 bangsa yang termaju di dalam mengusai teknologi ialah Jerman, Jepun dan Amerika yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing;
(3) Bahasa Melayu yang diperjuangkan sebegitu lama oleh pejuang2 bahasa Melayu sehingga membawa kepada penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, nampaknya hari ini mengalami satu langkah ke belakang, apabila banyak pihak termasuk pihak yang berwajib sendiri kelihatan seolah-olah meminggirkan Bahasa Melayu sehingga merugikan anak-anak Melayu sendiri, maka menjadi kewajipan bagi pihak PTS memberikan prioriti kepada Bahasa Melayu;
(4) “Sudah cukup ramai” pejuang bahasa-bahasa “non-Melayu” (Inggeris, dan sebagainya), dan seolah-olah tiada lagi pihak memperjuangkan BM (pihak DBP pun macam malu-malu saja nak teruskan..), jadi eloklah PTS yang meneruskan perjuangan untuk BM, walaupun mungkin akan dicop sebagai kolot, tidak kontemporari atau ketinggalan zaman.
(5) (...tambah lagi..)..
-----
Alaikumussalam, Tuan Alang.
Menyampaikan mesej Islam dengan menggunakan bahasa ibunda kumpulan target adalah strategi yang sudah terbukti, baik dalam sejarah perkembangan Islam mahupun Kristian.
Para pendakwah Islam yang tidak mematuhi strategi bahasa ibunda terbukti gagal. Kes yang paling klasik dan sekaligus paling tragis adalah kegagalan Islam di Sepanyol.
Selama 800 tahun penjajah Arab menjajah wilayah itu, mereka memaksakan rakyat Sepanyol berkomunikasi dengan orang-orang Arab menggunakan bahasa Arab.
Penjajah Arab tidak belajar bahasa Sepanyol dan tidak menyampaikan Islam dengan menggunakan bahasa Sepanyol. Akibatnya bahasa Sepanyol kekal menjadi bahasa Kristian, dan rakyat Sepanyol kekal dalam agama Kristian, walaupun 800 tahun mereka diberi layanan baik oleh penjajah Arab.
800 ratus tahun selepas mereka dilindungi dan hidup aman, Raja Kristian Charles Martell berjaya menggunakan sentimen Kristian bagi membangkitkan perasaan kebencian di kalangan rakyat supaya bangun memberontak dan berjaya menghalau penjajah Arab-Islam yang baik itu.
Bandingkan situasi yang berlaku di Turki, di mana rakyat Turki menolak bahasa Arab dan mengembangkan Islam menggunakan bahasa ibunda mereka. Hasilnya rakyat negara itu berbondong-bondong masuk Islam. Dalam masa kurang 100 tahun bangsa Turki menjadi bangsa besar dan Empayar Uthmaniah membangunkan tamaddun indegeniusnya sendiri.
Bandingkan dengan Parsi (Iran) yang menolak bahasa Arab dan mengembangkan Islam menggunakan bahasa Farsi. Hasilnya rakyat negara itu berbondong-bondong masuk Islam. Dalam masa kurang 100 tahun bangsa Iran menjadi bangsa besar dan berjaya membangunkan tamaddun indegeniusnya sendiri.
Bandingkan dengan Nusantara, yang menggunakan bahasa Melayu (dan Jawa) bagi menyampaikan mesej Islam ke 24 ribu pulau. Dalam masa kurang daripada 100 tahun, jatuhlah kerajaan2 Hindu yang sangat besar, seperti Majapahit, Borobudur dan Prambanan, apabila raja-raja mereka masuk Islam.
Bahasa itu bukanlah suatu alat komunikasi yang innocent. Ia adalah alat penjajahan yang luar biasa keberkesanannya. Cobalah lihat bagaimana berkesannya bahasa2 Eropah menyebarkan agama Kristian di kalangan middle-class yang mempelajari bahasa2 itu.
Di Indonesia di mana bahasa Jawa dan bahasa Melayu menjadi benteng akidah Islam, hanya mereka yang masuk sekolah Belanda yang dapat di Kristiankan.
Fenomena ini berlaku dengan bahasa Inggeris, Peranchis, German dan Sepanyol di tanah-tanah jajahan bangsa2 Eropah itu. Hanya mereka yang menguasai bahasa2 Eropah sahaja yang dapat diKristiankan.
Kita lihat di sekeliling kita di kalangan kaum Cina dan India, yang meninggalkan agama asal mereka, Hindu dan Budha, dan masuk Kristian adalah mereka pandai berbahasa Inggeris.
Bukan semua yang pandai bahasa Inggeris masuk Kristian, tetapi sebaliknya, semua yang masuk Kristian itu memang pandai bahasa Inggeris. Coba klik ini.
Hati-hati apabila bahasa Melayu dibenarkan dijadikan alat pendakwah Kristian menyampaikan ajaran agama itu kepada orang Melayu dengan menggunakan Bahasa Melayu.
Strategi menggunakan bahasa ibunda bagi menyampaikan ajaran Kristian amat berjaya dilakukan oleh mubaligh Kristian di seluruh dunia. Mula-mula sekali mereka mempelajari bahasa-bahasa natif tempatan bagi tujuan menterjemahkan Bible ke dalam ratusan bahasa-bahasa ibunda itu. Kemudian mereka menterjemahkan lagu-lagu gereja pula, dan seterusnya menulis buku-buku cerita Bible untuk kanak-kanak....dan seterusnya.
Bahasa Melayu adalah benteng akidah Islam. Dengan melemahkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan orang Melayu, kita meretakkan dan membocorkan benteng ini.
.
Sifu, Tidak memeranjatkan jika ada usaha-usaha pihak tertentu mengajak orang Melayu kembali kepada budaya “asal” Melayu (baca sebelum Islam) dengan motif yang akhirnya mengajak orang Melayu kembali kepada agama nenek moyang mereka sebelum Islam....
Ini juga teknik mengajak orang Melayu ‘kembali’ kepada agama nenek moyang dengan menggunakan bahasa (budaya) ibunda..
Assalamualaikum,
Dalam sejarah kolonialisme, bila tiba masanya Tuan Besar keluar, dia akan lantik orang yang boleh diharap meneruskan agenda kolonialisnya. Di Afghanistan, Hamid Karzai serta gerombolannya, di Iraq pun. Kemerdekaan yang berdarah itu selalunya ada kaitan dengan usaha mahu memancong terus apa apa tinggalan dari Tuan Besar. Sejarah merdeka kita?
Wakil Tuan Besar di Malaysia sudah ramai di beberapa tempat yang berpengaruh, boleh jadi di DBP pun. Masalahnya orang Melayu juga yang mengangkat wakil wakil Tuan Besar ini menjadi wakil politik mereka. Itulah masalahnya sepintas lalu.
..(sambung lagi..): Sifu,...Adakah kerana orang Melayu tidak menguasai bahasa-bahasa Mandarin dan Tamil, maka begitu sedikit dari kalangan kaum Tionghua dan India yang memeluk Islam, walaupun sudah lebih 40 tahun Perkim ditubuhkan?
Tuan Alang,
Sebagai respons kepada pendakwah Melayu yang hanya pandai berbahasa Melayu....
Seluruh Nusantara diIslamkan oleh para pedagang yang datang ke mari dari Yaman dan Gujerat! Disebabkan mereka berdagang dengan orang Melayu, terpaksalah mereka belajar bahasa Melayu!
Menggunakan bahasa Melayu pasar itulah mereka berjaya memujuk orang Melayu yang beragama Hindu waktu itu supaya masuk Islam.
Dalam fasa kedua barulah kaum agamawan datang ke Nusantara bagi meneruskan proses pengislaman penduduk Nusantara.
Dalam tempoh tidak sampai 100 tahun 24 ribu pulau-pulau Melayu masuk Islam tanpa menggunakan walaupun sebilah pedang sekalipun!
Bandingkan kejayaan kaum pedagang (yang nama-nama mereka tidak pernah kita ketahui) di Nusantara dengan kegagalan Tariq bin Ziad di Sepanyol (yang namanya dianggap wira).
Untuk mengajak bangsa-bangsa lain masuk Islam kita hanya perlu pandai bercakap dengan mereka dengan menggunakan bahasa harian mereka sahaja.
Dasar bahasa PTS ini perlu dibaca oleh Menteri berkenaan.
Puan, izinkan saya ambil komen 2 dan 6 dan masukkan dalam blog saya. Entrinya menarik sungguh
Sdr Zeti, silakan dan terima kasih.
Apa rasanya sekarang semenjak sudah jadi cerpenis Berita Minggu? Seronok, bukan! Saya pun seronok mentee saya sudah jadi published writer dalam media perdana. Tahniah!
saya tabik dengan keteguhan pendirian pn ainon. hidup bahasa Melayu!
Post a comment