Wednesday, January 03, 2007

Dasar Latihan dan Program Mentor-Mentee PTS

Entri ini ditulis bagi menjawab pertanyaan pengunjung baru blog UNIKA ini.

Saudara yang mahu menjadi penulis PTS wajib hadir kursus PTS. Hanya mereka yang terlantar ataupun menggunakan kerusi roda dikecualikan.

Pada masa ini semua kursus PTS adalah percuma.

Kursus ini terbuka kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira kewarganegaraan perserta.

Bagi diterima menjadi mentee dalam program SifuPTS, saudara wajib mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Puan Ainon Mohd. sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengumuman
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Daftar Di sini: Projek Menulis Fiksyen Fantasi PTS Previous entry: Novel untuk Drama TV
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/29  at  05:28 PM

Salam puan..
Teringin jugak jadi penulis novel disamping menuntut di IPT ni..terisi jugak masa terluang..disamping tu leh jugak sampaikan msg kat masyrakat..duit pun leh jugak masuk..

Cam ne yer puan ?
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/30  at  11:40 AM

slm Pn. Ainon,
saya sedang cuba berjinak-jinak dgn dunia penulisan ini dan mencari ruang utk menulis. suatu hari apabila saya menjenguk blog pts one, saya terbaca tawaran menulis buku cerita kisah nabi2 utk kanak2 dan saya merasakan ini merupakan peluang baik utk saya. lepas hadir bengkel apa saya patut buat ye puan?saya pernah hantar contoh tulisan saya tapi tiada sebarang respon. adakah saya perlu terus menunggu?

Puan Ainon Mohd.  on  12/30  at  04:36 PM

Sdr Tak Faham,

1. Kepada siapa saudara hantar contoh tulisan?

2. Apabila hendak menulis buku, bukan contoh tulisan yang perlu saudara hantar, tetapi cadangan kandungan buku.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/31  at  10:01 PM

slm Ainon,

saya hantar pd cik Ann dan Pn. Rafiza..

saya beri apa yg di minta, nama, alamat, no hp, emel, tajuk cadangan dan cth satu bab.(sebelum ke bengkel)

bbrp minggu selepas ke bengkel saya ada bertanya pd rakan saya salah seorang staff pts, saya diberitahu mengikut kebiasaan saya perlu hantar proposal.Proposal yg bagaimana?Adakah berbeza dgn cth yg saya beri sblm ke bengkel?

Puan Ainon Mohd.  on  12/31  at  10:29 PM

Sdr Tak Faham,

Ada banyak faktor mengapa ada masanya editor tidak menganggap emel yang diterima itu sesuatu yang urgent.

Salah satu faktor itu adalah gaya surat emel itu ditulis. Editor adalah manusia biasa yang menerima banyak emel.

Sentiasa menulis emel sebagaimana saudara menulis surat rasmi atas kertas. Itu adalah bukti saudara amat menghormati perasaan editor itu.

Sentiasa mulakan surat dengan salam yang dieja lengkap sebab ia adalah doa saudara bagi editor yang menerima emel saudara. Jangan lupa sertakan doa supaya beliau selalu dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Lebih baik lagi apabila dalam emel itu ada ‘maaf-maaf’ jika mengganggu editor yang sibuk.

Emel sauadara adalah “duta” bagi peribadi saudara. Emel saudara itu bersaing dengan puluhan emel lain yang meminta perhatian editor! Karang emel saudara supaya editor suka dan puas hati membacanya.

Jika saudara mahu emel saudara diberi perhatian penting, tulis emel saudara dengan gaya bahasa yang membuat editor berasa dirinya seorang yang penting kepada saudara.

Jangan tulis macam editor itu kawan baik saudara, apatah lagi macam orang suruhan saudara.

Emel yang pendek adalah “duta” yang buruk. Apatah lagi apabila emel itu ditulis dengan ejaan singkat, serta tidak ada salam dan doa bagi si penerima.

Banyak faktor lain mengapa komunikasi profesional kita gagal mencapai matlamatnya. Belajar teknik-teknik komunikasi yang efektif, termasuk teknik komunikasi dalam internet.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/03  at  03:45 PM

Ya Ampun Mbak ( Gaya BPBM) ... patutlah selalunya email saya diberi respon lambat hahaha ...

Satu nasihat yang baik dan berguna.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/04  at  09:44 AM

terima kasih Pn.Ainon..

saya akan cuba mempraktikkannya..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/30  at  06:06 PM

assalamualaikum w.b.t.

berkenaan dengan kursus PTS? macam mana nak tahu maklumat? adakah hanya dengan melayari lamanweb ini? atau ada cara lain?

terima kasih

Puan Ainon Mohd.  on  01/30  at  06:13 PM

Sdr Xiet,

1. Sentiasa gunakan huruf besar bagi memulakan ayat.

2. Gunakan BM Tinggi. Bukan ‘macam mana’ tetapi ‘bagaimana’. Bukan ‘Macam mana nak tahu maklumat.’ tetapi ‘Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat.’

3. Jadual kursus yang saya kendalikan ada di UNIKA.

4. Jadual kursus yang dikendalikan oleh pengurus-pengurus PTS ada dalam web rasmi PTS. http://www.pts.com.my

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: