Datang Bengkel dengan Mesin Bernafas
Gadis dalam foto ini bergantung kepada mesin oksigennya 24 jam sehari disebabkan paru-paru beliau rosak. Sewaktu sedang mandi sekalipun mesin itu mesti disambungkan ke hidungnya.
Semalam beliau turut hadir bengkel Teknik Surah Yusuf.
Beliau terpaksa duduk di pintu masuk bilik bengkel kerana di situ ada suis elektrik. Makan tengah harinya dihantar oleh adiknya naik ke atas kerana bilik kuliah terletak di tingkat 2 bangunan.
Nota: Mesin oksigen itu berharga RM25 ribu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Subhanallah.
Semoga usaha beliau diberilakan ganjaran besar oleh Allah.
Subhanallah.
Saya begitu kagum sekali dengan kesungguhan beliau.
Alahai, tidak sabar rasanya mahu balik ke Malaysia dan mahu menghadiri bengkel Puan.
Didoakan saudari ini yang berjiwa gigih berjaya seberapa segera dengan izin Allah dalam mencapai impiannya.Amin.
Semoga insan ini sentiasa ditempatkan bersama orang yang paling hebat di dunia dan diakhirat mengikut penilaian Allah. Amin. Amin. Amin.
Cik Puan adalah di antara wanita yang hebat dan berpengaruh dalam dunia ini. Tahniah.
Saya percaya Cik Puan adalah permata yang di antara yang paling mulia dan berharga di dunia ini.
Shamsuddin Kadir
http://www.shamsuddinkadir.com
Saya sentiasa berkira-kira hendak pergi ke kursus anjuran puan tetapi masih tertangguh hingga ke hari ini disebabkan alasan yang sentiasa tersedia di dalam otak saya.
Saya tinggal jauh nun di sempadan kelantan-Thailand, memang jauh untuk ke KL.
Gaji saya yang kecil menyebabkan sukar untuk saya membeli tiket bas dan teksi dan segala perbelanjaan apabila saya ke KL nanti.
Sukar untuk meminta cuti memandangkan di Kelantan, hari Ahad adalah hari bekerja dan kursus kebanyakannya pada hari Sabtu dan Ahad.
Namun setelah membaca artikel dan menatap foto di atas, saya benar-benar INSAF.
Post a comment