Monday, November 13, 2006

Dato’ Hassan Ahmad dan Bahasa Melayu Rendah

Dalam Kongres Bahasa ke-VII lalu, Dato' Hassan Ahmad menyelar sikap media yang mempromosi penggunaan Bahasa Melayu Rendah (BMR) dengan meleluasa.

Menurut beliau, bahasa adalah bahagian daripada sistem kognitif (sistem intelek). Bahasa tinggi (walau apa sekalipun bahasanya) adalah alat bagi pemikiran tinggi.

Justeru bahasa rendah (walau apa sekalipun bahasanya) adalah bahagian daripada budaya mental rendah. Hanya individu-individu yang rendah budaya mentalnya menggunakan bahasa rendah.

Bahasa rendah hanya dapat digunakan bagi membaca, memahami, memikirkan dan menulis perkara-perkara simple, cetek, remeh, dangkal dan dungu.

Bahasa rendah tidak dapat digunakan bagi berfikir dan berkarya dalam bidang-bidang saintifik, teknikal, teknologi dan falsafah tinggi yang abstrak, konseptual dan kompleks.

Tanpa menguasai bahasa tinggi, seseorang itu tidak akan suka membaca, dan tidak akan mampu membaca dan memahami, bahan-bahan yang mengandungi ilmu-ilmu tinggi.

Sikap media yang mempromosi supaya BMR dijadikan bahasa yang 'cool', yang 'in-trend', yang 'in-style' bagi golongan muda Melayu adalah suatu sabotaj kepada usaha pembangunan budaya mental tinggi bangsa Melayu.

Ada semacam perancangan sengaja di kalangan pemimpin media hari ini yang tidak mahu remaja Melayu menguasai Bahasa Melayu Tinggi.

Begitulah kesimpulan yang dibuat oleh Dato' Hassan Ahmad.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel Jibusnyi PTS dan Strategi Bisnes Gaya Blue Ocean Previous entry: PMR 2005: Keputusan Sains dan Matematik

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: