Monday, April 27, 2009

Dato’ Prof. Emeritus Dr. Isahak Haron Membeli Komik-M PTS untuk Cucunya

Pada Pesta Buku 2009 yang baru tamat semalam, berbanding tahun-tahun lalu, tahun ini lebih banyak tokoh pendidikan, sasterawan dan pensyarah universiti singgah di booth PTS.

Turut singgah adalah Sasterawan Negara Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh dan Dato' Baha Zain.

Seorang tokoh pendidikan yang sangat terkenal, Dato' Prof. Emeritus Dr. Isahak Haron, juga singgah dan membeli komik-komik PTS khusus bagi dihadiahkan kepada cucunya. Beliau telah mengambil masa yang lama memeriksa komik-komik itu sebelum membelinya. 

Peristiwa itu sangat bermakna kepada PTS kerana ia membuktikan bahawa komik PTS dapat diterima oleh tokoh pendidikan terkenal seperti beliau sebagai alat bantu belajar bagi kanak-kanak.

Turut membeli Komik-M untuk anaknya adalah YM Dr. Tengku Asmadi. Wanita jelita bertudung hitam dalam foto ini adalah isteri beliau. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis PTS Mempromosi Karya Masing-Masing Previous entry: Menang 5 Anugerah

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: