Saturday, March 17, 2007

DAWAMA: Dapat Bisnes dalam Dulang Emas pun Masih ‘Rugi’

Bermula daripada 2004, DAWAMA menerima daripada DBP konsesi selama 12 tahun bagi mencetak dan mengedarkan buku-buku teks secara eksklusif.

Sekarang DAWAMA komplen:

(a) Tempoh 12 tahun itu tidak cukup, oleh itu ia sedang melobi supaya Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh itu.

(b) DAWAMA 'rugi' sebab ia tidak dibenarkan mengawal harga buku-buku teks yang dicetak dan diedarkannya, oleh itu DAWAMA sedang melobi Kementerian Pelajaran supaya harga jualan buku-buku teksnya dinaikkan.

DAWAMA mengemukakan alasan syarikat itu rugi adalah disebabkan faktor kos mencetak buku-buku teks itu amat tinggi.

Bagaimana tidak tinggi, apabila DAWAMA membayar jutaan RM atas nama "yuran pengurusan" kepada DTP Enterprise, syarikat yang menjadi orang tengah pembelian kertas.

Mengapakah kilang-kilang kertas tidak dibenarkan menjual kertasnya secara langsung kepada DAWAMA? Mengapa harus melalui DTP?

Nota: Penerbit-penerbit swasta lain sanggup bergaduh-gaduh hendak mendapat projek skim buku teks. Mengapakah mereka tidak mengeluh harga cetak mahal?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • DBP
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Perbualan dengan Datuk Yusof Haslam: Bagaimana Drama TV Dijual kepada RTM Previous entry: Benar-benar 'kaya'
alang kelana  on  03/17  at  07:23 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

“...oleh itu DAWAMA sedang melobi Kementerian Pelajaran supaya harga jualan buku-buku teksnya dinaikkan…”

Implikasi serta-merta ialah ibu-bapa yang anaknya bersekolah akan menghadapi kenaikan harga buku teks!

Seolah-olah tidak cukup beban kenaikan tol, petrol, harga barang-barang keperluan,...
——-

Web Sutera  on  03/17  at  08:32 AM

Betul itu, Sdr Alang Kelana.

Semua naik, tidak ada yang turun! Rakyat semua kena tanggung!

Cakap lebih-lebih dikatakan menentang pula!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/17  at  10:55 AM

Saban tahun, saya berbajet untuk memastikan cukup wang untuk membeli buku 7 anak yang bersekolah sebelum ini.

Namun saya bersyukur, kerana harga buku teks dan latihan sekolah tidaklah begitu mahal.

Kalau harganya dinaikkan teruklah ibu tunggal, dan mereka yang tidak berpendapatan tinggi.

Amiene Rev  on  03/17  at  08:54 PM

Pihak atasan dan orang-orang besar Dawama perlu menyertai kem atau kursus motivasi dan kecemerlangan dalam bidang kerjaya.

Mereka perlu ‘dipulihkan’ demi kebaikan semua pihak dan diri mereka sendiri, dunia dan akhirat.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/20  at  11:12 PM

Dawama itu dimiliki sebahagiannya oleh DTP. Jadi, untuk dari Dawama bubuh dalam poket kampeni sendiri dulu.

Yang DBP pun bongok juga tidak mahu check perkara perkara ini.

Yang jadi mangsa staf2 DBP yang ke Dawama.

lagi orang dalam  on  03/30  at  02:37 PM

Sekarang baru DBP rasa rugi bila bahagian penerbitannya diswastakan…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: