Tuesday, January 30, 2007

DAWAMA Pancing Pengurus PTS

Dawama Sdn. Bhd., syarikat yang mendapat konsesi penswastaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memancing salah seorang Pengurus di PTS dengan menawarkan gaji dua kali lipat gaji beliau di PTS!

Jadi sekarang kita tahu, itu adalah nilai pasaran seseorang yang mempunyai pengalaman bekerja pada peringkat pengurusan di PTS!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Ada-ada Sahaja
(21) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hakcipta Cerita dalam Sinopsis Previous entry: Ejaan Perkataan 'bandar' dan 'bandaraya'
Web Sutera  on  01/30  at  09:13 AM

Gaji dua kali ganda? WOW! Sukar dibayangkan
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/30  at  09:27 AM

untung empunya badan… wink

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/30  at  10:00 AM

Sebelum menerima atau menolak, hayati firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Surah Al-Baqarah ayat 216

Siapa gerangannya Mbakyu? Nazrul? Fauzul? Faris? Rozita? Atau dari BC? Janganlah hendaknya pergi, hilanglah sahabatku di PTS satu demi satu kalau begitu, sesudah Anuar pergi.

Saya pernah menulis di web saya, menurut pandangan mataku yang kasar ini, PTS memang kini telah dijadikan ‘ukuran’. Itu baru saja 6 tahun, belum pun 10 tahun.

“Paku yang menonjol akan kena ketuk” demikian kata peribahsa Jepun.

Zamri Mohamad  on  01/30  at  02:58 PM

Macam cerita Jepun yang saya tonton dahulu. Bezanya dalam cerita Jepun itu lain sikit. Dia beri 10 kali ganda gaji kepadaketua grafik sebuah syarikat animasi dengan syarat menarik sekali beberapa pakar grafik dan animasi di syarikat tersebut.

Puan Ainon Mohd.  on  01/30  at  05:44 PM

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Dawama fikir dengan membawa orang PTS, Dawama akan jadi macam PTS. PTS macam PTS sekarang disebabkan oleh pelbagai faktor.

Salah satu faktor itu adalah usia pasukan PTS. Kecuali 3 orang, yang lain semua dalam usia 20-an! Semua darah muda. Semua ‘gila-gila’ buat kerja. Sudah ambil cuti, masih datang kerja! Di rumah pun mereka asyik cakap fasal buku dan PTS. Sampai dalam majlis jamuan pun, Chairman terpaksa tegur: “Hari ini kita makan, lupakan PTS sekejap!” Itu pun gagal! PTS… PTS… PTS… Pot pet pot pet… PTS!

Kalau Dawama pancing 10 orang PTS pun, kalau mereka tidak dibenarkan menukar budaya kerja lapuk dalam Dawama, kehadiran mereka cuma merugikan Dawama, sebab mereka di bayar gaji besar tetapi tidak diberikan kebebasan me-reengineer Dawama.

alang kelana  on  01/30  at  09:36 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Em nampaknya bagi seseorang yang bercita-cita mahu jadi pengurus penerbitan yang cepat naik, bolehlah bekerja di PTS dulu, bila dapat tawaran dari penrebit besar, jangan fikir panjang, lompat saja….

Itu pun kalau orang itu dapat masuk PTS… smile

Panaharjuna  on  01/30  at  11:13 PM

Hahahaha…depan mata saya ada orang menawarkan pekerja PTS jadi DJ radio. Pergh! hebat betul PTS. Dalam hati saya tertanya-tanya ( dia ni tak nak tawarkan saya jadi DJ kah?”)

Fable Fox  on  01/31  at  12:57 AM

Untungnya… saya masih lagi menanam anggur.
(sebenarnya ada cerita sedih lain, tapi tunggu jibunsyi saya sahajalah… tapi tulang belakang sudah hampir kronik)

...dan sebab itulah saya mahu jadi penulis…

Puan Ainon Mohd.  on  01/31  at  08:09 AM

Sdr FOX,

Saya hendak ungkit… dah lama dah saya tunggu deraf jibunsyi saudara….

Puan Ainon Mohd.  on  01/31  at  08:30 AM

Sheikh,

Ikan paus besar sebab lautnya besar! Bakat individu berkembang dalam budaya tempat kerja yang komited kepada perkembangan bakat-bakat stafnya.

Macam di PTS, kita arahkan semua pengurus PTS membesarkan jabatan masing-masing dengan mencipta produk-produk baru yang laris dalam pasaran. Dengan itu mereka mencipta lebih banyak peluang pekerjaan bagi jawatan editor.

Dalam setiap mesyuarat mingguan editorial (hari Isnin) CEO PTS bertanya kepada para pengurus, “Berapa buku masuk cetak? Berapa buku masuk setor? Berapa judul ulangcetak? Apa produk baru yang dirancang?”

Dalam mesyuarat mingguan jabatan pemasaran, yang disoal bukan “Berapa sales? Berapa collection?” sebab maklumat itu sudah dijawab oleh sistem SAP di PTS. (Hahaha… Petronas pun gunakan SAP. Bezanya PTS guna baby-SAP!) Soalannya adalah, “Apa program baru bagi sales minggu depan?”

Cuba tanya DAWAMA, apa killer questions yang ditanyakan oleh CEOnya dalam mesyuarat mingguan.

Apabila CEO salah tanya soalan, yang berlaku “the question kills”! yakni, mati semangat kerja orang bawah yang ditanya.

Fable Fox  on  01/31  at  01:27 PM

Tunggulah Sifu, saya berada di Kelantan buat masa ini. Terjatuh dalam lubang ‘kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek’. dengan kata lain, selepas komputer saya dicuri, sudah jatuh ditimpa tangga pula.

Kena baca jibunsyi saya baru faham. sebab itu saya beritahu Siti Hajar jangan cemburu akan kehidupan saya….

alang kelana  on  01/31  at  10:22 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

“....Petronas pun gunakan SAP. Bezanya PTS guna baby-SAP!....”

Terlanjur cerita tentang Petronas & orang lompat kerja untuk tambah gaji segera, sukacita saya menyampaikan reaksi Presiden Petronas apabila ditanya apa tindakan/respons Petronas setelah begitu ramai para jurutera carigali Petronas letak jawatan dari Petronas untuk menerima tawaran lebih lumayan dari syarikat gergasi minyak dunia (‘Big Oil’),(lebih kurang begini): “Kita tidak dapat menghalang para profesional untuk mengejar cita-cita mereka (bila mereka letak jawatan di Petronas dan terima tawaran kerja di syarikat2 gergasi), tetapi sebagai sebuah syarikat minyak negara, kita patut berasa bangga kerana syarikat kita telah berjaya melatih para jurutera carigali sehingga mencapai tahap kualiti yang begitu dicari oleh syarikat-syarikat gergasi dunia. Ini satu pengiktirafan yang besar ertinya kepada kita dan negara kita…!!!” (diiringi tepukan gemuruh dan penonton memberikan hormat dengan bangun berdiri (standing ovation)...

Maka di dalam nada yang sama, Chairman PTS boleh memberikan respons (jika ditanya): “Kita tidak dapat menghalang para pekerja kita mengejar cita-cita mereka, tetapi sebaliknya kita (PTS) merasa bangga dan bersyukur kerana kita telah berjaya melatih para pekerja di bidang penerbitan hingga ke tahap kualiti yang sangat di cari-cari oleh industri penerbitan di negara ini. Ini salah satu tanda kita berjaya membina tahap profesionalisme tinggi dalam industri ini…”

Tidak terujakah Puan Sifu denga cadangan ini…??? smile

Puan Ainon Mohd.  on  01/31  at  10:37 PM

Sheikh,

Petang tadi seorang lagi Pengurus PTS memberitahu saya beliau juga ditawarkan gaji lipat ganda oleh syarikat yang ada kaitan dengan Tan Sri RH, tetapi beliau tolak.

Sebagai Chairman PTS, saya bersyukur beliau membuat keputusan terus berjuang melalui PTS sebagai wadahnya. Malah CEO PTS pun ada didatangi headhunter.

Para pemain dalam industri penerbitan memerhatikan, bukan hanya anggota team PTS, malah mereka memerhatikan PTS itu sendiri! Malah kita menerima lamaran dari luar negara yang mahu membeli majoriti saham PTS. (Kalau saya fikir mahu jadi jutawan, saya tentu tergoda! Tetapi saya orang perjuangan!)

Saya mengajak semua penulis yang karyanya kita terbitkan supaya terus bersama kami memperjuangkan pengembangan ilmu dalam Bahasa Melayu.

Hidup Buku Melayu!

Panaharjuna  on  01/31  at  10:41 PM

Ha ha ha ha..saudara Alang..,saudara Alang, sungguh hebat sekali tamsilan saudara itu, tetapi siapa pula yang akan berdiri dan bertepuk tangan selepas kata-kata itu di ucapkan?, hehehehe…

Kang  on  02/01  at  12:09 AM

Paku yang menonjol akan diketuk.

Ini mengesahkan khabar yang Mbakyu bawa bahawa Tan Sri Rashid Hussin (RHB) terjun ke dalam arena penerbitan buku.

Kesetiaan ada ganjarannya.

Puan Ainon Mohd.  on  02/01  at  06:04 AM

Tan Sri Kang,

Menurut yang empunya khabar, syarikat yang ada kaitan sengan Tan Sri RH itu hendak masuk penerbitan sektor buku teks. Mereka cuba mendapatkan projek buku teks dari kementerian. Apa jadi dengan usaha itu, ada gosip mengatakan, belum berhasil…

alang kelana  on  02/01  at  07:27 AM

Puan Sifu, Sdr Panaharjuna,

“....tetapi siapa pula yang akan berdiri dan bertepuk tangan selepas kata-kata itu di ucapkan?.....”

Sayalah orang yang akan berdiri dan bertepuk itu,... dan termasuk Sdr Panaharjuna….

alang kelana  on  02/01  at  07:36 AM

Puan Sifu,

“....Saya mengajak semua penulis yang karyanya kita terbitkan supaya terus bersama kami memperjuangkan pengembangan ilmu dalam Bahasa Melayu….”

Saya menyahut panggilan Sifu, dan akan terus bersama di dalam perjuangan ini…

Puan Ainon Mohd.  on  02/01  at  07:43 AM

Sheikh,

Semasa Bursa Saham melambung-lambung (sebelum DSAI menumbuk matanya sendiri), ramai pegawai bank meletakkan jawatan dan masuk jadi remisier disebabkan syarikat-syarikat saham menawarkan insentif yang amat menggoda bagi mereka yang mata duitan. Apabila pasaran saham merudum….

Saya tidak akan menghalang pegawai PTS daripada menyumbang kepada perjuangan memandaikan bangsa dengan berkhidmat dalam syarikat2 penerbitan yang sealiran dengan kita dari sudut perjuangannya. Malah saya bangga apabila di mana-mana pun ada ‘orang PTS’ sebab dengan itu jaringan bisnes PTS bertambah luas tebarannya. Motto kita “sekali PTS, tetap PTS” walau di mana mereka bertugas. Mereka akan bawa obor PTS ke mana mereka pergi. Ini perjuangan kita.

Tetapi jangan tinggalkan PTS bagi mengejar duit. Duit adalah ibarat kunang-kunang. Kata pantun Melayu: Kelip-kelip kusangka api….

Duit adalah kerja Tuhan. Apabila kita buat kerja bagus-bagus, duit datang sendiri. Duit yang diterima hasil pekerjaan yang tidak bagus, tidak kekal lama, ia seperti debu, hinggap sekejap sahaja…

Amiene Rev  on  02/01  at  10:36 AM

apa pun saya akan tetap menyokong pts biarpun kehilangan hari sabtu dan ahad…

dari jauh…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: