Alahai DBP!
Pagi ini Sifu membuka Radio 104 Johor Bharu. Juruhebah radio itu mewarwarkan isu "mandul minda". Kita berpendapat perbuatan stesen radio itu sudah berlebih-lebihan.
Banyak isu lain yang lebih penting yang masyarakat perlu diberi penerangan dan pendidikan oleh stesen-stesen radio kita, bukan mensensasikan label-label buruk yang dicipta oleh ahli-ahli politik.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah banyak pencapaiannya, tidak terkecuali kegagalannya pun banyak juga. Di mana DBP sudah berjaya, organisasi itu patut dipuji. Di mana ia gagal, DBP patut dikritik.
Tetapi perbuatan "mengkritik" prestasi pegawai -pegawai DBP tidak serupa dengan perbuatan "membodoh-bodohkan" mereka.
Pegawai-pegawai DBP adalah pegawai kerajaan, dan gaji mereka dibayar menggunakan wang pembayar cukai. Mereka layak dikritik apabila prestasi, sikap, tingkah laku dan tindak-tanduk mereka tidak sebagaimana yang diharapkan daripada para penjawat awam.
Tetapi kakitangan DBP tidak sepatutnya, dan tidak selayaknya, dilabel-labelkan oleh ahli politik dengan menggunakan label-label yang menghina, memalukan dan memperbodoh-bodohkan mereka.
Akhbar The Star melaporkan ucapan dan kritikan Yang Berhormat Dato' Dr. Wan Hasim Wan Teh, ahli parlimen dari Grik itu dengan menggunakan istilah "mentally impotent", suatu label yang sangat tidak patut.
Sememangnya ahli-ahli parlimen adalah jurucakap pihak rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi DBP, manakala media adalah saluran menyampaikan kritikan itu.
Tetapi, sebagai bekas pegawai DBP, Sifu membantah keras sikap keterlaluan pihak media dalam mensensasikan ucapan ahli parlimen dari Grik itu.
Di manakah tokoh-tokoh dalam DBP, baik yang terdiri daripada pegawai-pegawai tingginya yang bertaraf "pengarah-pengarah" mahupun pucuk pimpinan kesatuan sekerjanya?
Mengapakah mereka tidak ke hadapan dan membela maruah diri mereka masing-masing, dan maruah seluruh anggota pekerja DBP, dalam keadaan air muka mereka dijatuhkan sebegitu teruknya?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Memang tidak patut kerana jika dilihat kepada Indeks Skala Kemandulan Nasional (yang masih belum ada lagi) , kesemua badan penyiaran Malaysia bukan setakat mandul parah, bahkan turut menjadi agen pemandulan. Jika saya berada di dalam Parlimen sebagai wakil rakyat, jawapan saya kepada wakil Grik itu ialah: <i>Tuan Yang Berhormat, kemandulan DBP itu masih ada kaedah rawatan, jangan ingat yang mandul itu perempuan saja. Jiks Parlimen yang mandul sebenarnya apalah diharapkan sangat kepada yang berada dibawah tanggungjawabnya.
Pengarah-pengarah kerja hakiki mereka mengarah sahaja puan, orang lain yang buat kerja. Jadi yang buat kerja orang-orang yang tak ada kuasa, maka hasilnya macam itulah.
Berita itu sensasi dan dijadikan bahan komoditi.
Saya baru menonton Lions for Lambs. Propaganda Amerika untuk menyerang Iraq dan Afghanistan (Islam umumnya). Sebuah filem propaganda yang sangat bagus dan kemas.
Dalam filem ini ditonjolkan bagaimana media berperanan sebagai agen propagandan untuk mengolah persetujuan rakyat. Saya sudah ulas di blog.
Tuan Rastom,
Ada bedanya “mandul” dengan “impotent”. Bayak lelaki mandul tetapi tidak “impotent”.
Dikatakan oleh YB dari Grik bahawa otak orang DBP “mandul” itu sudah parah.
Apabila dikatakan oleh The Star bahawa otak orang DBP “impotent”, itu saya pun tidak tahulah apa mahu dikata.
Post a comment