DBP dan Adab Menulis Surat Rasmi: Sakitnya Hati Seorang Sasterawan Tua
Seorang pengarang tua mengadu kepada kita akan perihal sakitnya hati tuanya apabila pada suatu waktu beliau menulis surat kepada seorang pegawai DBP berkenaan karyanya, lalu kemudian beliau menerima surat balasan daripada pegawai itu.
Dalam surat jawapan DBP itu, banyak ayat-ayatnya yang di-bold-bold-kan, dan ada perkataan-perkataan umum dalam surat itu yang ditulis menggunakan HURUF-HURUF BESAR belaka.
Nota Sifu: Sebagai topik perbincangan kuliah kita hari ini: Mengapakah agaknya sasterawan tua itu jauh hati menerima surat demikian?
.
.
Dalam surat jawapan DBP itu, banyak ayat-ayatnya yang di-bold-bold-kan, dan ada perkataan-perkataan umum dalam surat itu yang ditulis menggunakan HURUF-HURUF BESAR belaka.
Nota Sifu: Sebagai topik perbincangan kuliah kita hari ini: Mengapakah agaknya sasterawan tua itu jauh hati menerima surat demikian?
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Jangankan sasterawan yang dihormati berasa kecil hati. Saya pernah mendengar cerita seorang pesara yang berkecil hati apabila orang muda yang menduduki jawatan beliau menggunakan surat dan kertas memo untuk menyampaikan maklumat.
Bukan sahaja dia, staf-staf juga berkecil hati. Katanya dia mudah terlupa jadi digunakan kertas memo.
Sehingga kini pesara itu tidak mahu singgah ke pejabat lamanya lagi melainkan berjumpa di bawah sahaja.
Seperti kes bold, huruf besar dan memo. Amat tidak profesional dan bunyinya macam diktator dan tidak mesra insan pendekatan ini.
Saya tidak pasti sama ada semua orang di pejabat tahu apakah fungsi kertas memo :(
Sasterawan itu kecil hati kerana dia bukan sehari dua berurusan dengan DBP, malah bertahun.
Dia juga sudah arif dalam segala hal yang ditetapkan oleh DBP. “Apa mereka ingat aku bodoh sangatkah?” Begitulah agaknya yang dirasai oleh sasterwan tua itu.
Perkataan-perkataan yang diboldkan dan guna huruf besar agaknya kerana inilah cara DBP berbudi bahasa memadankan muka orang yang tidak faham bahasa dan prosedur. Padahal, mereka lupa sasterawan tua itu ada hak untuk bertanya dan beliau menggunakan saluran yang betul iaitu menulis surat.
Kalau guna verbal, bold itu bolehlah diibaratkan seperti tinggikan suara anda!
Jangan main-main dengan bold. Di sini saya gunakan bold bagi ingatkan acara-acara penting atau tarikh tutup satu-satu pertandingan. Itu pun sekali-sekala. Kalau selalu nanti timbul pulak ayat “Apa ingat aku ini butakah?
Ada orang beritahu, semakin tua usia kita - semakin mudah kita tersinggung. Benarkah begitu? Maaf bertanya kerana saya belum cukup tua.
HA HA.
Puan puan dan tuan tuan,
Bacalah Antara Seni dan kemahiran di blog saya.
Saya benar-benar hairan kenapa orang sebegini boleh mendapat kerja… Hmm…...
Teringat pula artikel dalam The Star tentang pemegang P.hd menjadi penternak puyuh setelah sukar mencari pekerjaan.
Kalau semua syarikat setakat jadi muka untuk kompeni lain (ali baba), sekadar ada bos dan sekritari, siapa yang akan ada peluang pekerjaan untuk orang melayu?
Hmmm… mesti cepat-cepat tubuhkan software/game dev company
Kerana tiadanya nilai kesopanan dalam masyarakat kontemporari kini, tiada juga kesedaran bahawa yang makan garam dahulu patut dihormati. Bukan bermaksud menjunjung tinggi tapi sekadar menghargai. Suatu badan terkemuka yang menjadi contoh peradaban bahasa dan bangsa sepatutnya lebih tahu menggunakan bahasa agar kita sama-sama lebih dihormati daripada yang kita hormati.
Post a comment