Thursday, August 09, 2007

DBP dan Shahnon Ahmad: RM20,000 10 Tahun Belum Terbit

Pagi Khamis 9 Ogos, di UPSI, berlangsung Wacana Sasterawan Negara, dengan tiga orang SN tampil di pentas dewan perdana universiti itu. Mereka adalah Shahnon Ahmad, A Samad Said dan S. Othman Kelantan.

Kita sempat duduk semeja dengan SN Dato' Shahnon Ahmad.

Dalam perbualan itu beliau menceritakan DBP pernah memberi beliau grant RM20 ribu bagi sebuah projek.

Projek itu sudah siap 10 tahun lalu, sampai sekarang belum diterbitkan.

Alahai DBP....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Dunia Sastera
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khutbah Jumaat PTS: Bisnes Kedai Buku Cara Nabi Previous entry: Majlis Pelancaran Buku oleh VIP: Menang Sorak Kampung Tergadai
 on  08/10  at  09:39 AM

Assalamualaikum,

Projek intelek bernilai tinggi Shahnon Ahmad ini lebih rendah kosnya jika dibandingkan dengan projek Pertandingan Memancing Ikan yang diadakan di kampung saya baru-baru ini.

Projek yang setiap tahun diadakan itu hanya dirancang oleh sekumpulan belia lepasan SPM dan berjaya dilaksanakan dalam tempuh tiga bulan sahaja.

Amat memalukan, projek yang kecil untuk seorang sasterawan negara dikendalikan sebuah agensi `gah` sudah sepuluh tahun masih tidak diketahui nasibnya.

Saya rasa projek untuk Pak samad yang bernilai RM50,000 yang dianugerahkan kerajaan Melaka dua tahun lalu telah pun disiapkan lebih awal.

Saya berharap kelewatan itu atau lebih gerun jika dibatalkan tidaklah dengan alasan politik.

.

Setuju!
-----

Fable Fox  on  08/11  at  01:44 PM

Ingin bercakap juga tentang DBP, tetapi memandangkan mereka satu-satunya ingin menerbitkan buku-buku hardcore IT, animasi dan game dev, kena tutup mulut sahajalah.

 on  08/11  at  06:34 PM

Sdra Fable Fox,
Hidup biar ada pendirian. Bila tiada pendirian nanti jadi seperti lalang ditiup angin. Pada mulanya mungkin orang lain tidak perasan. Lama kelamaan bila orang sudah tahu nanti malu sendiri. Jika benar kenapa mesti kita takut.
Tembelang DBP sudah lama berbau.

Fable Fox  on  08/13  at  01:52 PM

Bukan tiada pendirian, cuma masih belum mampu hidup, tidak mahu mati lagi. Itu sahaja…

.

Wahai menteeku yang banyak bakat! Hidup dan mati saudara bukan urusan DBP!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: