DBP, PTS dan ‘Kesan Supermarket’
Mengapakah PTS 'gila-gila' menerbitkan antara 20 hingga 30 judul baru setiap bulan? Mengapakah PTS tidak menerbitkan beberapa judul yang pasti 'hit' sahaja?
Mengapakah PTS tidak meniru strategi bisnes ALAF21 dan Creative yang amat fokus pada pemilihan produk mereka?
Mengapakah PTS melakukan apa yang DBP pun gagal lakukan dari segi bisnesnya, yakni menerbitkan kategori buku yang luas, daripada buku popular, kanak-kanak, fiksyen, sehingga buku-buku kegunaan pelajar maktab dan universiti? Dan terakhir, PTS akan masuk kategori terjemahan.
Inilah jawapan kita: Justeru, disebabkan DBP gagallah, maka PTS terpaksa melakukan apa yang gagal dilakukan DBP, yakni mencipta apa yang disebut 'kesan supermarket' dalam pemasaran buku-buku Melayu.
Bagi menerangkan istilah 'kesan supermarket', mengapakah apabila di sesuatu kawasan itu dibuka mini-market, maka habis gulung tukar kedai-kedai runcit di sekelilingnya?
Apabila dibuka pula supermarket di sesuatu kawasan, mini-market gulung tikar. Apabila dibuka hypermarket, supermarket pula gulung tikar.
Begitulah juga dengan kompleks membeli-belah. Apabila dibuka kompleks yang lebih besar dan lebih luas, kedai-kedai dalam kompleks yang lebih kecil saiznya gulung tikar. Justeru, apabila kompleks KLCC dibuka, kedai-kedai konsumer dalam Ampang Shopping Centre gulung tikar.
Inilah fenomena yang disebut dengan istilah 'supermarket effect'.
Istilah 'supermarket effect' sudah lama diketahui oleh pakar-pakar strategi pemasaran. Strategi kesan supermarketlah yang menyebabkan kompleks-kompleks membeli-belah menggunakan tema-tema khusus apabila memilih prospek bagi menyewakan unit-unit kedai di dalamnya.
Justeru ada kompleks yang khusus dibuka hanya kepada bisnes komputer sahaja. Terdapat beratus kedai yang semuanya hanya menjual segala macam peralatan komputer di kompleks Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Walaupun semua kedai-kedai di situ menjual item yang serupa, semuanya untung belaka, tidak ada yang gulung tikar.
Ada kompleks yang disewakan kepada penjual pakaian orang muda sahaja, ada untuk pakaian orang kaya sahaja, ada untuk jualan makanan dan restoran sahaja. Ada pula deretan kedai-kedai yang disewakan kepada workshop, alatganti dan aksesori kereta sahaja.
Ada pula kawasan tepian jalan yang disewakan kepada nurseri bunga sahaja, ataupun penjual kereta terpakai sahaja, ataupun penjual buah-buahan ataupun lemang sahaja.
Kompleks bisnes bertema dibuka oleh pemilik kompleks dengan objektif mahu mencipta 'supermarket effect' ke atas minda pelanggan.
Bagi orang yang tidak tahu tingkah laku pengguna, mereka sangka apabila mereka tidak mempunyai banyak pesaing, maka itu adalah situasi yang bagus. Sangkaan ini meleset dalam bisnes retail barangan konsumer. Sebenarnya, semakin banyak pesaing, semakin bagus bisnes di situ, disebabkan pembeli mahukan pilihan yang banyak dan semakin banyak.
Buku adalah produk konsumer. Jika buku Melayu hendak masuk MPH, Kinokuniya, Borders dan Popular, buku-buku Melayu mesti masuk dengan judul yang banyak.
Kemasukan judul yang banyak dapat memaksa pengurusan kedai-kedai itu membuka departmen khas bagi mempamerkan buku-buku Melayu. Jika tidak, buku Melayu yang cuma seketul dua itu akan diletakkan terselit-selit antara buku-buku Inggeris di bawah koleksi "Malaysiana". Akibatnya orang pun tidak perasan akan adanya buku Melayu dalam kedai-kedai itu.
Dalam department Melayu itu, buku-buku Melayu mesti banyak, supaya buku-buku itu dapat disusun mengikut rak-rak subjeknya, supaya ia mencipta 'kesan supermarket'. Jika judul Melayu tidak banyak, apa yang berlaku, semua buku Melayu dilonggokkan di satu rak kecil, dan diletakkan di bahagian belakang kedai, di depan pintu tandas!
Sejak ditubuhkan 50 tahun lalu, dianggarkan DBP sudah menerbitkan hampir 20 ribu judul buku Melayu. Kalau buku-buku DBP dibekalkan ke kedai-kedai buku utama, jumlahnya sudah dapat mencipta 'kesan supermarket' bagi buku-buku Melayu.
Tetapi buku-buku DBP tidak masuk MPH, Kinokuniya, Borders, Popular ataupun Times!
Jadi, tanpa dukungan DBP, bagi menjual buku-buku PTS melalui rangkaian kedai-kedai utama itu, penerbit kecil seperti PTS terpaksa mencipta 'kesan supermarket'nya sendiri dengan cara gila-gila menerbitkan banyak judul Melayu bagi memaksa kedai-kedai itu membuka department Melayu.
Sekarang, buku Melayu sudah masuk rangkaian kedai buku elit, tetapi kita belum dapat mencipta rak-rak subjek. Semua judul buku Melayu dilonggokkan berampur-campur disebabkan, jika diberi rak khas, jumlah buku bagi setiap subjek belum dapat memenuhkan raknya sendiri, kecuali bagi novel cinta dan buku agama.
Isu tidak cukup judul tidak mungkin dapat ditangani oleh PTS sendiri. Industri buku Melayu menghendaki lebih banyak penerbit yang dapat bersama-sama mengisi department buku Melayu supaya ia menjadi bertambah besar lagi.
Semakin banyak judul Melayu, semakin luas ruang dalam kedai yang dapat diberikan kepada buku Melayu, dan semakin ramai pelanggan tertarik masuk ke departmen Melayu bagi menengok-nengok buku apa yang di situ.
Strategi mencipta kesan supermarket bukan hanya diperlukan bagi buku Melayu secara am, malah ia perlu bagi setiap subjek.
Sebagai contoh, di MPH kita sudah diberi rak khas bagi mempamerkan semua novel remaja PTS, tetapi kita masih belum dapat rak khusus kepada novel jibunsyi disebabkan jumlah novel itu belum cukup bagi memenuhkan 1 rak khas. Akibatnya jibunsyi PTS masih terselit-selit antara novel-novel cinta, ataupun antara buku-buku PTS yang lain!
"Hidup Buku Melayu!"Â
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Jika barangan komputer mempunyai arked nya di Plaza Low Yatt & Imbi Plaza, limau bali arkednya di R & R Tambun (ipoh), lemang arkednya di sepanjang lebuhraya Karak, masakan udang galah di Leban Chondong, Kuala Rompin, buku belum ada arkednya lagi, benarkah Sifu?
Jika jibunsyi PTS akan ada rak khas untuknya di setiap kedai buku ternama, maka travelogue PTS juga akan punya rkanya tersendiri, begitukah Sifu?
——-
Saya lihat di beberapa buah kedai buku utama di Kajang dan Bandar Baru Bangi (termasuk di UKM) PTS sudah ada rak buku sendiri.Tahniah. Akan tetapi,kecuali di Kedai Buku Koperasi UKM, buku-buku DBP hampir tak ada langsung. Bagaimana DBP memasarkan bukunya?
Tuan Harat,
DBP @ DAWAMA tidak memasarkan buku-bukunya!
Tuan Alang,
Ya, ya! Travelogue PTS akan ada rak sendiri…. cepat siapkan travelogue sdr itu.
Saya setuju!
Tetapi saya tertanya juga kenapa “kempen membaca” tidak berapa berjaya?Kesedararan masyarakat umum tentang pentingnya membaca buku ilmiah.Mereka masih leka membaca buku URTV,Manga, dan sewaktu dengannya.
Mereka masih selesa membeli vcd hiburan, cd audio hiburan walaupun cetak rompak.
Kempen membaca itu perlulah berjaya bukan? barulah orang dapat menghargai dan seterusnya membeli buku.
Jikalau kita terbitkan buku yang bermanfaat banyak-banyak dan mereka tak menghargai dan membelinya bagaimana pula?
Takpayah tunggu DBP, PTS boleh lancarkan sendiri kan?
Projek CELIK BUKU.
Ada banyak sebab kenapa kempen membaca tak berapa berkesan. Jawapan saya selalunya dilihat pelik (mungkin sekarang tidak lagi) . Pertama, yang berkempen itu siapa? Orang atau satu badan/organisasi? Orang itu kuat membacakah? Organisasi atau badan itu pula? Memang organisasi seperti Kementerian/ Jabatan terlebih dahulu bermesyuarat sebelum sesuatu kempen dilancarkan. Dalam mesyuarat begini yang nampak super-ghairah ialah para kontraktor atau pembekal yang sanggup lakukan apa saja.
Tidak dinafikan ada perwakilan dari Jabatan seperti Pendidikan dsb yang prihatin dan ikhlas mahu kempen ini berjaya secara berkesan. Tetapi biasa juga idea idea yang ekonomis lagi logika dipandang remeh oleh Tuan pengerusi Majlis, misalnya jika kita kata, “Tuan puan, saya rasa tidak sesuai kita menjemput YB Dato Seri Tun Paduka Panglima Singa Harimau Berantai ke majlis kita ini”, pasti kesemua biji mata akan terbeliak kerana pada awalnya sudah diwarwarkan yang majlis itu memang “untuk” YB tersebut.
Maka berlangsunglah mesyuarat itu untuk membincangkan persiapan segala protokol sambutan, hadiah cenderamatahati, penari budaya dan nyanyian artis. Seperti kata Puan Sifu, majlis itu memang sering di hijack oleh VIP. Fokus kepada buku beralih kepada fokus kepada VIP, apa yang dia cakap, biasanya kita sudah dapat teka bunyinya begini…. Untuk RMK9 Kerajaan telah memperuntukkan {masukkan jumlah} bilion ringgit untuk memajukan sektor yang sekian sekian…saya menyeru ibubapa, guru guru dsb ..dan Kerajaan akan terus menggalakkan..dsb Selepas itu dalam sidang akhbar, para jurnalis (sebenarnya para pencatat saja) akan melontar soalan soalan kepada Menteri mengenai ehwal seperti keadaan jerebu, harga ayam itek, dan program hari raya YB.
Itu baru diperingkat penganjurnya…..nanti panjanglah pula jadi tesis….
Sifu, saya yakin, tidak lama lagi novel jibunsyi akan memberi saingan hebat di antara novel novel yang ada di pasaran. InsyaAllah.
Sdr Dhuat,
Tentang isu mengapa tidak semua orang membaca, memang begitulah fitrah manusia. Ada orang suka membaca, ada yang suka mendengar, ada yang suka melakukan benda-benda menggunakan tangan, dan macam-macam lagi.
Di negara maju pun tidak semua rakyatnya membaca. Suatu kajian di Amerika melaporkan 30% rakyat negara itu tidak pernah masuk kedai buku.
Yang kita prihatin adalah:
(a) Ada orang yang suka membaca tetapi buku tidak sampai kepada mereka disebabkan banyak faktor, antaranya buku mahal, tidak ada kedai buku yang baik berhampiran, tidak perpustakaan awam yang baik dll.
(b) Ada ramai orang membaca, tetapi mereka membaca bahan-bahan sampah sarap.
(c) Ramai orang mahu membaca buku-buku bermutu tetapi buku-buku seperti itu tidak banyak diterbitkan dalam Bahasa Melayu.
Tiga isu ini adalah amat kritikal.
Tuan Rastom,
:smile: YB Dato Seri Tun Paduka Panglima Singa Harimau Berantai! Kik kik kik
Memang betul, janganlah panggil menteri lancar buku… apatah lagi menteri itu jenis yang tidak baca buku… buat mengahbiskan beras sahaja. :sad::cry:
Dua atau tiga tahun lepas Perpustakaan Negara melakukan kesilapan dalam kempen membaca. Rasanya kesilapan besar. Iklan di sana-sini, besar-besar belaka menunjukkan artis sedang ‘miming’ membaca buku. Kesilapan kerana menggunakan artis sebagai model sedangkan sejak tamat sekolah menengah artis tersebut kemungkinan besar hanya menyentuh majalah hiburan. Mengaitkan artis dengan gemar membaca satu kesilapan besar.
Tak lama dulu saya menghadiri pelancaran laman web untuk penjualan buku. Dalam ucaptama menyebut, “Di Austria, hendak mencari kedai buku lebih mudah dari mencari kedai makan. Sepuluh kedai buku mungkin ada satu kedai makan. Ini berbeza dengan di Putrajaya, ada 100 kedai makan (kebanyakannya mamak, juga tempat lepak membuang masa)baru ada 2 kedai buku.” (Mbakyu, bolehkah disebut, “Demikian menurut Kang selepas menghadiri pelancaran laman web penjualan buku di Petaling Jaya, tak lama dulu.”?)
Tuan Kang, dalam kedai makan yang dua dari sepuluh di Austria tu pula ada kemudahan membaca dan alat tulis bukan? Di negara kita ada juga tetapi untuk kemudahan menulis angka angka sahaja ( 4 digit ekor dan TOTO). Ada juga kedai makan di sini yang mesra pembaca tetapi kedai itu kedai Cina dan saya masih belum mahir bahasa Cina. Kedai Melayu bila nak buat mesra pembaca? Yang ada setakat ini cuma mesra TV dan ASTRO. Kedai kedai begini saya dah tak singgah sebab bising tak ketahuan punca. Sebelah kiri ada speaker bunyi lagu hindi, di sebelah hujung kanan ada TV Astro dok layan bola. Yang tak sedap tu, bila habis makan mamak datang buat audit dekat meja, dengan kain tuala belengaih atas bahu. “Arau, utan aji, arau utanaji, rende, moone, ” sambil tengok siling, mungkin proses terjemahan sedang berlaku dari Tamil ke BM. “Nasi satu, tulur rubus satu, lima ringgit!”. Sesal kemudian tak berguna.
Strategi bisnes yang bagus. Memandangkan kita belum banyak produk buku marketing, apa kat puan Ainon tulis buku berkenaan strategi marketing ini. Disebabkan itu, kami terpaksa memilih beberapa judul marketing berbahasa Inggeris bagi projek terjemahan buku bisnes & pengurusan bermula tahun depan. Huhu:(
Tan Sri Kang,
Bab menggunakan artis sebagai role model….. ada kajian dilakukan oleh dua orang profesor psikologi di Amerika. Hasil kajian itu mendapati artis-artis mempunyai pengaruh yang kuat ke atas remaja bagi tingkah laku buruk sahaja!
Maksudnya, remaja hanya terpengaruh mencontohi tingkah laku buruk artis-artis.
Apabila artis itu menukar tingkah laku buruknya kepada yang baik, peminat remaja mereka tidak mencontohi tingkah laku baik artis itu! Apabila Erma Fatimah, Aishah dan Uji Ahmad Daud memakai tudung, peminat mereka tidak ikut memakai tudung.
Sebagai contoh, remaja mencontohi fesyen rambut Mawi, tetapi tidak mencontohi tingkah laku Mawi yang pandai mengaji Quran.
Hasil kajian ini menyebabkan artis-artis hanya digunakan sebagai model bagi kempen dan produk yang tidak diasosiasikan dengan akhlak dan nilai-nilai yang baik.
Kempen membaca adalah kempen nilai yang baik. Justeru penggunaan artis untuk kempen2 jenis ini tidak berkesan.
Puan, apakah teori surah Yusuf tidak mewajarkan “realiti show” dialog mamak
?
Remaja mudah dieksploit dengan sensasionalisme. Media sekarang bebas lepas berebut pasaran kategori umur ini. Tiada sekatan langsung. Kesedaran konsumerisme cukup mendesak. Bab bab kesedaran konsumerisme ini nampak masih belum dieksploit lagi.
Tuan Rastom,
Bercakap dari subut ‘dasar bahasa’, Surah Yusuf (dan seluruh Quran) diturunkan dalam bahasa Arab, tetapi bahasa Quran bukan bahasa Arab sebagaimana yang digunakan sehari-harian oleh Nabi Muhammad dan Orang Arab.
Dalam erti kata, pada realitinya, :neutral:Quran itu dalam bahasa Arab, tetapi Orang Arab waktu itu (termasuk Nabi Muhammad SAW) tidak bercakap ataupun menulis menggunakan gaya bahasa Quran. Itulah sebabnya Orang Arab yang mendengar Quran dibacakan terpinga-pinga disebabkan ayat-ayat yang didengarnya itu dapat difahaminya tetapi pada waktu yang sama mereka tidak pernah mendengar ayat-ayat yang susunan kata dan struktur ayatnya seperti itu.
Justeru, dalam teori Surah Yusuf, penggunaan ‘bahasa realiti’ adalah unsur kecacatan, maksudnya semakin banyak unsur bahasa rendah yang terdapat dalam sesuatu karya, maka semakin kurang nilai keindahan bahasa pada karya itu.
emmmmm…. hari ini saya belajar satu lagi istilah baru. terima kasih puan…
Post a comment