Saturday, August 18, 2007

DBP+PTS+UPND = 1%

Gosip-gosip di kalangan anggota Persatuan Kontraktor Buku Bumiputera (PKBB) mengatakan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) akan membuat pembelian 2007 untuk semua perpustakaan sekolah rendah dan menengah dengan nilai sekitar RM60 juta.

Di kalangan anggota MABOPA, (Persatuan Penerbit Buku Malaysia) mereka terkejut beruk (istilah slanga budak-budak muda sekarang) apabila 3 buah penerbit buku terbesar, mendapat nilai belian 1% sahaja!

Tiga buah penerbit terbesar buku Melayu di negara Malaysia yang tercinta ini adalah DBP, UPND (Utusan) dan PTS.

Mereka bertiga menerbitkan antara 50 - 70 judul baru setiap bulan. Mereka menerbitkan antara 600 - 700 judul buku baru setahun.

Di mana masuk akalnya apabila ketiga-tiganya, secara combined hanya mendapat 1% daripada RM60 juta nilai pembelian BTP.

DBP+UPND+PTS = dapat sekitar RM600 ribu = 1%

Komuniti buku bertanya: Buku-buku terbitan siapakah yang dipilih oleh BTP untuk dihantar ke sekolah-sekolah?

Jika buku-buku terbitan DBP, UPND dan PTS tidak layak dibekalkan kepada perpustakaan sekolah, buku terbitan penerbit yang macam apakah yang dipilih dan layak mendapat RM59.4 juta lagi!

Apabila Kementerian membuat pembelian, 2 perkara yang sentiasa 'membingunkan' komuniti buku adalah:

(i) Buku-buku penerbit macam apa yang terpilih dan,

(ii) Kontraktor buku macam apa yang terpilih.

Timbul isu kontraktor yang gagal menyempurnakan kontrak pada tahun sebelumnya pun masih menerima kontrak baru.

Hairan! Buku-buku di sebelah ini tidak terpilih.

Sekolah-sekolah memang tidak puas hati menerima buku-buku yang bermutu rendah:

(a) Ada buku-buku yang pada kulit buku pun sudah terdapat kesilapan ejaan dan tatabahasa.

(b) Sesetengah buku yang dibekalkan adalah buku terbitan beberapa tahun lampau justeru isinya sudah ketinggalan masa, sudah out-of-date.

(c) Banyak buku yang dibekalkan itu isinya tidak berguna kepada guru-guru mahupun pelajar.

Anggota persatuan penerbit terkejut beruk apabila:

(a) Buku penerbit-penerbit yang tidak mempunyai editor mendapat nilai berjuta-juta.

(b) Penerbit yang kononnya di-blacklist pun menerima berjuta-juta. Dulu penerbit itu pernah membekalkan buku-buku lama yang diberi judul dan kulit baru sahaja.

Mari memandaikan bangsa!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Gosip industri
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Si Bongkok Tanjung Puteri Previous entry: Sektor Sastera: Mana Sastera Jantan
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/18  at  11:15 PM

Assalamualaaikum,

Jika benarlah gosip itu saya berminat membuat komen terbuka melalui media, sama ada melalui Utusan Malaysia atau Berita Harian.

Saya amat berterima kasih jika puan dapat memberikan sedikit fakta kepada saya supaya hujah saya nanti nampak lebih kuat dan lebih berkesan.

Pengalaman 18 tahun sebagai guru dan beberapa tahun kebelakangan ini dalam bisnes buku pula, telah memberikan saya banyak pendedahan tentang sepak terajang penerbit dalam melobi buku mereka.

Hakikat yang mendidihkan hati saya sebagai guru tatkala itu ialah bagaimana sekumpulan pendidik di BTP boleh mengirimkan buku kategori `sampah-sarah` kepada anak-anak generasi kita.

Benar seperti yang puan katakan, kesalahan tata bahasa sudah boleh dilihat di muka surat pertama lagi.
Bagi saya, ia merupakan pengkhianatan kepada anak-anak, guru dan negara.

Dengan komisyen 10 peratus akan memberikan nilai setinggi RM6 juta untuk diagihkan membuatkan mereka `terlior`.

Komisyen 10 peratus itu akan terserlah apabila diskaun kepada kontraktor pembekal akan dipotong oleh penerbit pula.

Saya pernah mengalaminya sebagai guru dan sebagai pembekal buku melalui projek seumpama itu. Saya merasa kecewa dan sebenarnya malu pula mengakuinya tapi apakan daya…

.

Tuan Adnan,

Isu buku-buku tidak berkualiti yang diterima oleh sekolah daripada projek pembelian berpusat ini sudah sejak dahulu kala menimbulkan perasaan amat tidak puas hati pada pihak pengetua dan guru besar.

Isu ini diketahui oleh pegawai-pegawai tinggi Kementerian sebab guru besar dan pengetua membangkitkan isu ini dalam mesyuarat dan seminar.

Alasan yang diberi kepada sekolah adalah “Buku yang berkualiti tidak ada. Itu sahaja yang ada.”

Sekolah sudah diberi komputer dan memasang internet, jadi guru-guru dapat membuka lama-laman web rasmi DBP, PTS, dan UPND dan penerbit-penerbit lain. Jadi, mereka tahu buku-buku berkualiti itu ada.


——-

sab2  on  08/19  at  12:08 AM

Puan Sifu,
assalamu’alikum.

Setuju dengan langkah Tuan Rastom. Pendedahan ini perlu. Perlu lagi ketika Negara di ambang merayakan 50 tahun merdeka.

Betapa, Melayu yang mempelopori proses menuntut kemerdekaan itu kini masih lagi terjebak dalam proses menghancurkannya! ...tanpa disedari? Tidak mungkin!

Kesan menghapuskan tulisan jawi era Khir Johari itu dirasai pedihnya selepas 2-3 dekad. Jelas kini umat Melayu terhakis nilai dan budayanya!
Malu. Yang amat memalukan!

sab2  on  08/19  at  12:10 AM

Maaf..
cadangan Tuan Adnan… bukan Tuan Rastom!

rastom  on  08/19  at  01:05 AM

Eh? Tersedak sedak saya rupanya di sini puncanya. Saya setuju walaupun itu cadangan Tuan Adnan. Rasuah itu laksana ulat. Buku tak berkualiti, tar jalan tak berkualiti, rumah, bangunan, hospital, Parlimen guna bahan tak berkualiti, kereta buatan negara tak berkualiti. Akhirnya dengan merasuah pengundi, kita pun dapat pemimpin tak berkualiti.

Fable Fox  on  08/19  at  05:27 AM

Quote Rastom
“Buku tak berkualiti, tar jalan tak berkualiti, rumah, bangunan, hospital, Parlimen guna bahan tak berkualiti, kereta buatan negara tak berkualiti. Akhirnya dengan merasuah pengundi, kita pun dapat pemimpin tak berkualiti.”

Hasilnya? Negara yang .........

Mari beramai-ramai pergi ke Oregon state, USA grin

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/19  at  07:23 AM

Salam.

Saya mahu sangat melihat senarai judul yang dibeli. Juga senarai penerbit-penerbit yang menerbitkannya. Tentu menarik apabila dapat membelek buku-buku tersebut…dan senarai pengarah-pengarah syarikat penerbitan tersebut…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/19  at  08:19 AM

Salam,
Pertanyaan saya :

1. Selain dari membangkitkan dalam seminar apakah tindakan lain yang harus dilakukan oleh para guru besar dan pengetua dalam menentukan hanya buku yang berkualiti sahaja yang dibekalkan ke sekolahnya?

2. Bolehkah PIBG diberi peluang untuk memilih dan menentukan hanya buku berkualiti sahaja yang dibekalkan kepada para murid dan pelajar sekolah menengah?

Komen : Masalah yang diutarakan oleh Tuan Rastom itu bukan perkara baru. Sudah lapok. Masalah besar yang saya nampak di sini adalah kerana kepandaian orang Melayu hanyalah bercakap sahaja tetapi takut untuk bertindak.

Termasuklah mereka yang bergelar Profesor dan cerdik pandai. Masing-masing mahu jaga periuk nasi dan anak tekak sendiri. Anak bangsa jahanam masa depannya mereka tidak peduli. Apa yang mereka kejar pangkat dan harta untuk kesenangan anak cucu mereka. Anak cucu orang lain biar miskin melarat dan hidup dalam hina dina.

Masa untuk berubah sudah tiba. PR12 ini harus dijadikan medan kuasa rakyat untuk menentukan pemimpin. Jangan salahkan pemimpin makan rasuah sebab yang mengizinkan mereka melahap benda haram itu adalah pengundi juga. Pengundi mengizinkan mereka dirasuah. Tiada pengundi tiada pemimpin.

Riduan Khairi  on  08/19  at  08:37 AM

Oh. Patutlah anaka-anak sekolahan tidak berminat membaca buku. Sebab buku-buku yang ada di perpustakaan sekolah kebanyakannya tidak berkualiti.

Aduh!. Kasihan guru-guru kita.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/19  at  09:09 AM

Assalamualaikum semua.

Petikan dari Tuan Rastom.

“...kita pun dapat pemimpin tak berkualiti.”

Komen:

1. Sebab ramai pengundi (terutama Melayu) tidak berkualti pemikiran mereka yang hanya sesuai untuk memikirkan projek jangka pendek sahaja dan tidak dapat memikirkan kesan akibat apabila menerima rasuah dari pemimpin korup yang hanya tahu melantak benda haram tetapi tidak mahu tahu apa akan jadi kepada mereka di akhirat nanti sebab mereka sama-sama (pemimpin dan pengundi) hanya memikirkan keuntungan dan kemewahan dunia semata-mata.

2. Sebab sistem pilihanraya kita amat jauh dari berkualiti. Berat sebelah. Tidak telus dan SPR pula mengizinkan diri mereka dilacurkan oleh pemerintah korup yang hanya mahu mengekalkan kemenangan politik tetapi tidak mahu tahu tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat saban hari.

Azree MH  on  08/20  at  01:38 AM

Mungkin ini yang puan ceritakan pada saya hari itu tentang dua golongan Melayu. Satu bumiputera, yang kedua ....putera.

saiFz  on  08/24  at  02:52 AM

Sukar dipercayai…..Namun itulah hakikatnya. Patutlah bila saya mencadangkan senarai panjang buku-buku PTS kepada sebuah sekolah, gurunya terperanjat melihat pelbagai buku-buku yang menarik. Hairan juga saya. Ingatkan sudah banyak buku-buku PTS menembusi pusat sumber-pusat sumber sekolah di Malaysia ini. Saya ingatkan sudah ada kontraktor BESAR yang mendapat kontrak mengedarkan buku-buku PTS kepada sekolah-sekolah di Malaysia disebabkan kualiti yang ada pada buku-buku terbitan PTS. Alahai…....pening dibuatnya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.