Tuesday, March 18, 2008

DEB dan Kontrak Kementerian: Bagaimana Pegawai Kerajaan Kalah kepada Politikus

Di Kementerian Pelajaran, Bahagian Buku Teks (BBT) adalah bahagian yang paling banyak bajet pembelian buku, sampai beratus-ratus juta, disebabkan projek bekalan buku teks percuma.

Di satu pihak pegawai-pegawai  BBT mempunyai prosedur rasmi dan bertulis bagaimana cara memilih penerbit yang masuk tender bagi memastikan kontrak diberikan kepada syarikat yang layak sahaja. Bagi mematuhi prosedur itu BBT menghantar sepasukan 4 orang konsultan profesional pergi ke premis setiap penerbit  dengan tujuan memeriksa apakah benar penerbit itu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kementerian.

Dalam laporannya, pihak konsultan memberikan markah dan ranking bagi setiap penerbit yang sudah diperiksa.

PTS mempunyai pengalaman bagaimana pasukan konsultan BBT itu datang tanpa memberitahu kita lebih dahulu. Tentu sekali cara itu dilakukan supaya PTS tidak berpeluang mengadakan lakonan dan sandiwara dengan meminjam kerusi-meja, editor-editor dan komputer daripada penerbit Cina (sekiranya PTS adalah muka-depan penerbit Cina itu). 

Menurut sumber-sumber yang dapat dipercayai, PTS mendapat markah yang ranking tinggi. Semenjak Dato' Hishamuddin menjadi menteri pelajaran, PTS tidak terpilih sebagai salah satu kontraktor. Pegawai BBT yang terlibat dalam pengurusan projek buku teks pun hairan. Sebaliknya, antara syarikat yang diberi kontrak jutaan ringgit adalah syarikat-syarikat yang nama-namanya tidak pernah didengar dalam komuniti buku.

Ada gosip-gosip mengatakan salah satu syarikat yang menerima kontrak buku teks, pengerusinya adalah seorang operator kantin sekolah rendah, apabila disiasat, didapati alamat rasmi syarikat itu adalah nombor rumah flat bandaraya. Ada pula syarikat yang alamat rasminya adalah alamat sebuah sekolah memandu. 

Jika Kementerian Pelajaran melaksanakan dasar 30% dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), daripada RM400 juta kontrak BBT itu, sekurang-kurangya RM130 juta adalah untuk penerbit Bumiputera yang sah-sah yang buku-buku terbitannya ada di kedai-kedai buku. Jika penerbit macam PTS pun tidak layak diberikan kontrak, kepada siapakah RM130 juta itu diberikan?

Sesungguhnya, penerbit Bumiputra seperti PTS survive dan berkembang despite, meskipun, ia langsung tidak dibantu oleh DEB, sebaliknya kerana dibantu oleh individu-individu Cina dalam industri percetakan dan penerbitan buku.

Kita tahu bahawa pegawai-pegawai di BBT cuba membantu PTS, tetapi mereka mengalah dan kalah kepada politikus dalam kementerian. 

Kita mahukan ahli-ahli politik yang bersih daripada rasuah.

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat: Skandal Tender Buku di Kementerian Pelajaran Previous entry: Mengapa Cina Memang Mahu Menolong Melayu Berjaya dalam Bisnes
saiFz  on  03/18  at  10:28 AM

Kita berharap bakal mendapat Menteri Pelajaran yang lebih bersih dan lebih cekap kali ini. Namun, masihkah kita boleh berharap sedemikian? Oh. Malaysiaku.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/18  at  11:20 AM

Assalamualaikom Sifu,

Setengah kilometer sahaja dari kediaman saya, terdapat seorang kontraktor binaan kelas F. Beliau banyak mendapat projek kecil JKR, Majlis Perbandaran serta beberapa agensi kerajaan lain.

Tiba-tiba dia mendaftarkan syarikatnya di Kementerian Kewangan di bawah bidang buku dan 2 bulan berikutnya dia dilantik menjadi kontraktor buku tanpa sebarang pengalaman dalam jualan buku. Penerbit buku yang beliau tahu tatkala itu hanyalah DBP sahaja.

Hairan binti ajaib… Pergilah ke pejabatnya sekarang… sebuah buku pun tiada. Yang ada hanya lambakan alat-alat binaan.

Lebih luar biasa, 4 bulan berikutnya dianugerahkan projek membekalkan buku melalui projek khas ke pantai timur bernilai RM1.2 juta. Projek RM60 juta ini juga dibahagikan hampir sama rata kepada 48 kontraktor lain tanpa ditenderkan.

“Lihatlah, kerja dua bulan menghantar buku dapat keuntungan bersih RM240,000”, katanya kepada saya.

Sekalipun sudah hampir 3 tahun berlalu, ayat itu masih terakam lengkap dalam sanubari saya kerana banyak menimbulkan tanda tanya.

Sehingga sekarang saya sungguh sukar memahami ramuan yang beliau gunakan sehingga nampaknya begitu mudah dia mendapat projek sebesar itu tanpa ada sebarang pengalaman panjang sebagaimana pengedar yang lain.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: