Wednesday, March 12, 2008

Bola Golf, DEB dan PTS

Syarikat penerbit PTS ditubuhkan oleh Sifu pada tahun 2000. Tetapi bisnes PTS dibangunkan dan diuruskan oleh Tim yang terdiri daripada "budak-budak muda", yang tidak kenal apa itu Dasar Ekonomi Baru (DEB).

DEB digubal selepas tragedi berdarah 1969. Tidak seorang pun anggota Tim PTS yang sudah lahir pada waktu itu. Kecuali Chairmannya (58 tahun), dan Penasihatnya (65 tahun], usia purata Tim PTS adalah 32 tahun.

Budak-budak muda PTS menonong bekerja kuat kerana mereka mahu menerbitkan buku-buku Melayu yang laku dalam pasaran dan dapat memandaikan bangsa. Mereka tidak pernah tahu, tidak pernah terfikir, bahawa rupa-rupanya ada suatu dasar yang digubal oleh UMNO, di mana dasar itu menentukan sebagai Bumiputera maka PTS hanya diberi hak memiliki setakat 30% sahaja daripada kek ekonomi nasional. 

Sikap menonong itu menghasilkan kejayaan kepada PTS, yang hanya dalam tempoh 7 tahun, ia dapat membesar daripada jualan RM27 ribu pada tahun pertama kepada RM17 juta pada tahun ke-7. Adakah jumlah itu sudah mencapai 30% daripada kek industri buku umum dalam Bahasa Melayu? Persoalan itu tidak pernah terlintas dalam fikiran budak-budak muda PTS.

Dalam psikologi ada prinsip mind-setting yang berbunyi "Kamu akan petik buah yang kamu pandang. Kamu akan capai apa yang kamu fikirkan."

DEB telah menjadi mind-set dalam benak orang Melayu. Mereka membataskan cita-cita pencapaian mereka kepada 30%. Betapa rendahnya batas cita-cita pencapaian yang ditargetkan oleh orang Melayu dibuat oleh DEB.

Fenomena kesan "apa yang kamu pandang" ini sudah berkali-kali dieksperimen oleh para penyelidik psikologi dan hasilnya serupa sahaja. Dalam salah satu eksperimen, 2 kumpulan pemain golf dibawa bermain di tepi tasik. Mereka disuruh memukul bola golf supaya menyeberangi tasik itu.

Kumpulan A  disuruh tengok pada tebing tasik di hujung sana, kemudian baru pukul bolanya. Hasilnya, bola-bola yang mereka pukul tidak sampai ke tebing tasik, tetapi jatuh ke dalam tasik.

Kumpulan B disuruh memukul golf itu dengan pesanan supaya jangan tengok pada tebing tasik itu, tetapi tengok anak bukit di seberang sana, kemudian baru pukul. Hasilnya, bola-bola yang mereka pukul dapat melepasi tasik.

Natijahnya, sebagaimana yang berlaku kepada pemain golf Kumpulan A, apabila DEB meletakkan targetnya 30%, hasilnya orang Melayu gagal melepasi target 30% itu!

Disebabkan budak-budak muda PTS tidak pernah tahu apa itu DEB, mereka memukul bola golf PTS dengan sekuat-kuat hati, dan hasilnya adalah seperti apa yang berlaku kepada PTS hari ini. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: DEB: Mengapa PTS Menentang Dasar Itu Previous entry: Kembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Penghantar Sains dan Matematik!
 on  03/13  at  07:04 PM

Berpatutan.

 on  03/13  at  10:23 PM

Tempe sedap.
Di Australia Tempe di jual di kedai-kedai health food. Juga dikenali sebagai meat substitude. Tempe di Australia ada perisa kari, spicy dan normal.
Sekian harap maklum.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: