Wednesday, March 12, 2008

DEB: Mengapa PTS Menentang Dasar Itu

Tidak ada ayat Quran ataupun hadis yang mengatakan mana-mana kaum hanya layak memiliki 30% sahaja daripada seluruh kekayaan negaranya.

"Kamu mendapat apa yang kamu usahakan." Begitulah janji Tuhan.

PTS akan bekerja kuat supaya kita mendapat apa yang kita usahakan. Kita berusaha ke arah menerbitkan 1000 judul setahun dalam tempoh kurang 10 tahun daripada sekarang, maka Tuhan akan memberikan kita rezeki sebanyak itu. Namun apabila PTS berusaha menerbit 2000 judul setahun, maka itulah yang Allah akan berikan kepada kita.

Kita menentang mana-mana pihak yang menggubal dasar yang menentukan bahawa disebabkan PTS adalah sebuah syarikat Bumiputera maka PTS hanya berhak dan layak mendapat 30% sahaja daripada kek sektor industri buku umum dalam Bahasa Melayu di negara ini.

Nota kaki: Ulasan menarik baca di sini

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: DEB dan Penerbit Buku Bumiputera Previous entry: Bola Golf, DEB dan PTS
 on  03/12  at  04:47 PM

Salam Sifu.

Sekadar ingin menyampuk, sebab itulah ramai Melayu yang kurang bersungguh-sungguh. Habis belajar bercita-cita menjadi penjawat awam sahaja supaya pencen terjamin. Bukan nak menghina penjawat awam kerana saya sendiri seorang penjawat awam. Tetapi saya lihat dengan mata kepala sendiri, betapa ramai yang buat kerja sambil lewa sahaja (tapi tak kurang juga yang bagus dan buat kuat bekerja). Oleh kerana saya pernah bekerja di sektor swasta, saya cuba sedaya-upaya tidak termasuk ke perangkap zon selesa tersebut, Insya Allah.

P/S Cuma bekerja sambilan di sektor ini (sedang menyambung pelajaran secara part time juga).

nixk  on  03/12  at  09:06 PM

Sebentar lagi, Sifu akan dicop sebagai tidak patriotik dan bukan pejuang melayu oleh mereka-mereka yang tidak faham penentangan kita yang sebenar terhadap dasar-dasar DEB.

Siapa yang menentang DEB dipandang seperti pengkhianat bangsa melayu, lebih jahat dari melayu yang menyapu bersih harta negara dgn berselindung disebalik dasar DEB.

Pelik manusia sekarang.
Bila manusia sudah buta mata hati,beginilah jadinya.

Riduan Khairi  on  03/12  at  09:32 PM

Orang Cina kata, ‘Lu orang Melayu untung, ada ‘bumiputra’, ada subsidi, ada hak istimewa’.

Orang Melayu pula kata, ‘Lu orang Cina untung, pandai niaga, dan banyak peniaga-peniaga Cina tolong sama Cina. Kita orang Melayu susah.’

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: