Debat Dilema Apakah Patut Penulis Ikut Kehendak Pembaca
Azman Ismail menulis tentang isu ini di sini. Isu ini dibincangkan dengan panjang lebar dalam satu sesi khas pada Seminar Penulisan Cereka di Aswara minggu lalu.
Pada pendapat Sifu yang hadir dalam sesi itu, rata-rata orang masih percaya dilema ini dialami oleh penulis, oleh itu si penulis yang mesti membuat keputusan, mahu menulis demi kepuasan diri si penulis, ataupun mahu menulis demi memenuhi kehendak pembaca.
Dunia industri buku tanah air kita yang tercinta ini sudah banyak berubah! Cara orang buat duit dalam industri penerbitan karya cereka Melayu sudah lain benar hari ini.
Barangkali, sebagai penerbit cereka, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sahaja yang belum berubah.
Dari dulu sampai sekarang, cara kerja DBP masih serupa: Editor-editor di DBP masih kekal bekerja menggunakan pendekatan pasif-reaktif.
Penulis tulis apa yang mereka mahu tulis, kemudian hantarkan manuskripnya ke DBP.
Editor-editor DBP terima sahaja apa yang penulis hantar. Kemudian manuskrip itu dihantar kepada pakar luar supaya dinilai. Kemudian laporan pakar penilai itu dibincangkan oleh jawatankuasa penerbitan. Kalau lulus, luluslah. Kalau tidak, tidaklah.
Di luar pagar DBP, pengurusan bisnes penerbitan cereka sudah ikut model Amerika.
Yang menentukan buku ceraka apa yang ada dalam kedai-kedai buku, adalah penerbit, bukan penulis.
Masing-masing rumah penerbitan mempunyai dasar perniagaan masing-masing. Kalau penulis mahu karya mereka diterbitkan oleh sesuatu rumah penerbitan, dia terpaksa menulis dengan mematuhi kehendak penerbit itu.
Jadi, penerbitlah yang menentukan buku-buku apa yang masyarakat dapat beli di kedai-kedai buku, bukan penulis.
Justeru, dosa penerbitlah yang lebih besar apabila majoriti judul cereka yang sekarang dipamerkan di kedai-kedai buku, adalah judul-judul yang tidak bersifat rahmatul-alamin - tidak membawa kebaikan - kepada khalayak pembacanya. Penulis ikut berdosa kerana dia mahu diajak tidur sekatil dengan penerbit-penerbit seperti itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya baru tahu rahsia kejayaan J.K Rowling dengan siri Harry Potternya setelah membaca buku biografi, J.K Rowling: The Wizard Behind Harry Potter.
Apabila ditanya apakah rahsia kejayaannya, dia sendiri mengatakan masih belum mendapat jawapannya. Malah dia mengatakan, bahawa dia menulis siri Harry Potter itu sebenarnya semata-mata untuk kepuasan diri sendiri. Tidak terlintas langsung ketika menulis itu, niat untuk memenuhi citarasa pembaca, apa lagi untuk memenuhi kehendak penerbit.
Namun saya rasa penulis perlu juga menulis mengikut kehendak pembaca dan pasaran.
Saya sudah suarakan hal ini kepada Dato’ KP. Harap-harap dia “dengar”. Yang terbaharu, buku-buku DBP akan dijual di Google Books. Ini bukan khabar angin lagi.
Sdr MKA,
Beritahu Dato’ KP DBP itu, juallah buku-buku DBP dalam kedai-kedai buku yang ada…
Janganlah macam sekarang, orang hendak beli buku DBP dalam MPH, Kinokuniya, Popular, dan Borders tetapi ilek!
Dalam satu mesyuarat, pengarah penerbitan mengamuk sangat kerana Syarikat D menjadikan buku-buku dan majalah DBP seperti sekarang.
Semoga Allah berikan hidayah kepada Syarikat D. Amin…
Post a comment