Thursday, December 23, 2010

Definisi Sastera Islam

Sekian lama kita membincangkan konsep sastera Islam dengan menggunakan istilah "sastera Islam".

Penggunaan istilah "sastera Islam" menyebabkan timbulnya lebih banyak masalah daripada menyelesaikan masalah.

Masalah yang paling panas dibincangkan dan polemik yang tak habis-habisnya adalah polemik tentang definisi teknikal apa itu yang dikatakan karya sastera Islam.

(a) Ada yang mengatakan sastera Islam mesti ditulis oleh orang beragama Islam sahaja.

Maka timbul isu bagaimana status sastera agung dunia yang ditulis oleh orang bukan Islam yang kandungannya tidak bertentangan dengan Islam. Apakah Islam menolak keluar khazanah itu daripada khazanah dunia yang bermanfaat dibaca oleh orang Islam?

Juga bagaimanakah status karya-karya yang ditulis sebelum si penulis masuk Islam, ataupun sebelum si penulis keluar Islam.

(b) Ada yang mengatakan karya sastera Islam mesti ditulis dengan adanya niat mahu menulis kerana Allah semata-mata.

Maka timbul isu bagaimanakah kriteria ini dapat dipastikan kerana isu niat si penulis adalah sesuatu yang hanya diketahui oleh yang empunya diri. Bagaimana mungkin seseorang itu mengetahui apa niat individu lain.

Juga, niat yang betul tidak menjamin karya yang dihasilkan itu Islamik.

(c) Ada yang mengatakan karya sastera Islam mestilah kandungannya dengan terang dan jelas selaras dengan worldview Islam.

Maka timbul masalah kekaburan tentang kriteria keselarasan kandungan karya dengan worldview Islam. Sebagai contoh, bagaimanakah status karya yang bertemakan worldview Syiah, apakah ia dapat diterima sebagai sastera Islam dalam konteks masyarakat yang anti-syiah?

Sementara tokoh-tokoh sastera terus ghairah berpolemik, ketiga-tiga isu di atas mempunyai implikasinya ke atas aktiviti penerbitan karya sastera:

(i) Dasar perniagaan sesebuah syarikat penerbitan

(ii) Dasar editorial bagi penerbit yang fokus pada penerbitan karya sastera Islami.

Bagi PTS, sesebuah karya itu dikategorikan sebagai tidak mematuhi syariah, dan dengan demikian tidak boleh diterbitkan, apabila terkandung di dalamnya salah satu dari ciri-ciri di bawah, ataupun kesemuanya:

1. Karya itu mempromosi idea bahawa Tuhan tidak wujud.

2. Karya itu mempromosi idea-idea yang tidak selaras dengan ajaran dalam Quran dan hadith.

3. Karya itu menimbulkan kesan psikologi dan emosi yang menyebabkan timbulnya keinginan mahu melakukan sesuatu yang dilarang oleh Quran dan hadith.

4. Karya itu memberi kemenangan moral kepada watak jahat.

5. Karya itu meletakkan Islam lebih rendah daripada kepercayaan lain.

Allah jualah yang maha mengetahui.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kejayaan Kolektif Kini Trend Terbaru dalam Dunia Penulisan Previous entry: Tip Survival Penerbit: Laut Biru Fiksyen Terjemahan
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/24  at  03:45 AM

Puan,

Pada hemat saya, isi nombor 4 sebenarnya adalah “Karya itu memberi kemenangan moral kepada watak jahat” atau “Karya itu tidak memberi kemenangan moral kepada watak baik”.

Disebabkan dua kemungkinan ini, ia ditolak oleh PTS.

Terima kasih.

Hamim.

...........

Terima kasih, Tn. Hamim, sudah dibetulkan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/29  at  03:05 AM

Salam,

puan Ainon, cukupkah syarat syariah-compliant puan dengan kriteria-kriteria di atas?
Adakah puan menerima mazhab Syiah dipromosikan melalui PTS?

Walaupun mazhab Ja’afari dan Zaydiah diterima dalam Islam tetapi ia diterima sebagai amalan puak Syiah bukan puak Sunni. Ini bermakna bahawa sedangkan sunni dibolehkan menganut mana-mana mazhab yang empat tetapi dilarang sama sekali untuk mengamalkan mazhab Syiah. Ini bermakna mazhab Syiah tidak syariah-compliant!

Cukupkah kriteria ini, misalnya:
2. Karya itu mempromosi idea-idea yang tidak selaras dengan ajaran dalam Quran dan hadith.

Qur’an hanya satu. Mudah.
Tetapi pilihan ahadith Sunni dan Syiah adalah berbeza.
Mereka menghalalkan nikah mut’ah, misalnya, dengan hadith mereka sedangkan ke-empat mazhab sunni mengharamkannya dengan hadith kita.
Mereka menghalalkan raungan dan ratapan, contohnya, dengan hadith mereka juga, sedangkan ke-empat mazhab sunni mengharamkannya dengan hadith kita.

Jadi, adakah puan akan membenarkan penulis puan menulis mengenai nikah mut’ah ini atau raungan/ratapan Asyura ini kerana ada hadith yang selaras dengan amalan-amalan ini? Sedangkan ulama’ kita mengharamkan amalan-amalan ini?

Puan Ainon:
“bagaimanakah status karya yang bertemakan worldview Syiah, apakah ia dapat diterima sebagai sastera Islam dalam konteks masyarakat yang anti-syiah?”

Ternyata sekali tidak, bukan?

Ini bukan masalah anti-syiah, puan.
Tanpa mengkafirkan mereka: Kita harus meletakkan masalah ini sebagai masalah aqidah yang tidak diterima oleh para ulama’ muktabar sunni seluruh dunia untuk diamalkan, yakni, tidak disyariatkan untuk diamalkan, jadi bagaimana boleh kita kategorikan mazhab Syiah sebagai “Syariah-compliant” seperti yang diwar-warkan oleh PTS? Ia tidak syariah-compliant atas dasar ia bukan syariat yang diterima ulama’ sunni seluruhnya.

Saya berharap puan mengkaji lagi dan bertanyalah kepada para ulama’ yang muktabar, barulah mengambil sikap dalam hal ini kerana ianya masahadapan PTS dan masahadapan umat di Malaysia.

Wassalam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.