Tuesday, July 06, 2010

Delegasi 6 Orang Pegawai PTS ke Pesta Buku Jakarta 2010

Hari ini 6 orang pegawai PTS berangkat ke Jakarta bagi tujuan bisnes sempena Pesta Buku Antarabangsa Jakarta 2010. Mereka adalah:

Tuan Fauzul Naim Ishak (pengurus besar jabatan editorial PTS dan ketua delegasi), Tuan Faizal Mukhtar (pengurus PTS Fortuna Sdn. Bhd.), Puan Nahdatun Nisaak Othman (pengurus PTS One Sdn. Bhd.), Tuan Sallehuddin Mad Yusuf (pemangku pengurus NetMedia Sdn. Bhd. yang akan menerbitkan buku-buku komputer), Tuan Mohd. Zaidi Ismail (ketua unit grafik), dan Cik Faslin Syarina Othman (editor perolehan di PTS Litera Utama Sdn. Bhd.).

Dua tujuan utama penghantaran delegasi adalah (i) Berjumpa dengan rakan-rakan penerbit Indonesia bagi meningkatkan lagi nilai bisnes pelesenan hakcipta antara PTS dan mereka, (ii) Mendapatkan maklumat terkini tentang industri penerbitan Indonesia yang relevan dengan kepentingan PTS.

NOTA: PTS adalah penerbit Malaysia yang paling aktif mengeksport lesen penerbitan ke Indonesia. Sehingga hari ini lebih 80 judul PTS sudah dilesenkan kepada 5 buah penerbit di negara itu bagi diterbitkan semula sebagai edisi Indonesia.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Trend Pasaran Terbaru dalam Sektor Novel Ramaja Previous entry: TOP 30 Buku PTS Bagi Jualan Bulan Jun 2010

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: