Monday, February 25, 2008

Delegasi PTS ke Pesta Buku Islam Jakarta

Pagi ini nanti Chairman PTS mengetuai delegasi 6 orang pegawai PTS mengunjungi Pesta Buku Islam Jakarta 2008. Lain-lain anggota delegasi adalah Prof. Abdullah Hassan (Penasihat PTS), En. Arief Rahmad (Presiden PTS), En. Fauzul Ishak (Pengurus PTS Millmenia), En. Faris Hasbullah (Pengurus PTS Islamika), Cik Firdaus (Editor PTS Islamika) dan Cik Nurulhafizah (Editor PTS Millenia).

Objektif kerja delegasi adalah:

1. Memperkenalkan dan mempromosi judul-judul terbaru terbitan PTS (2007-2008) kepada penerbit-penerbit Indonesia. (Kami membawa 3 kotak berisi sampel buku-buku terbaru itu.)

2. Memilih judul-judul buku agama terbaru terbitan Jakarta untuk dilesen oleh PTS.

3. Mempererat jalinan bisnes antara PTS dengan rakan penerbit yang sudah sedia terjalin. (Kita mahu melesenkan lebih banyak judul PTS kepada mereka tahun ini.)

4. Menjalin hubungan dengan penerbit Indonesia yang PTS belum mempunyai hubungan bisnes.

5. Berkenalan dengan penerbit antarabangsa yang mempunyai booth di pesta itu. 

6. Mengkaji trend perkembangan terbaru dalam industri buku agama di Indonesia.

Jadual kami amat ketat kerana semua appointment dengan penerbit Indonesia yang dikenalpasti itu sudah disusun dan dipersetujui sebelum kami bertolak. Moga-moga Tuhan mempermudah urusan kami.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: RM5.00: Harga Durian Runtuh Buat Buku-HP PTS-METADOME-HOTLINK Previous entry: Cadangan Tuan Syaizul Amal Tentang Blog-blog Penulis PTS
Zamri Mohamad  on  02/28  at  08:24 PM

Saya doakan Puan dan tim PTS berjaya membawa misi buku tempatan ke Indonesia. Moga lebih banyak buku tempatan PTS akan ke sana

http://www.motivasimindamu.blogspot.com
http://www.zamrimohamad.com

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/28  at  11:56 PM

boleh kirim beli buku?

sab2  on  02/29  at  12:58 AM

Puan Sifu,
assalamu’alaikum.

Ya Allah,
Permudahkan segala urusan hamba-bambaMU ini; dalam MENCARI KREDAANMU;
Kurniakan mereka limpahan rezekiMu;
Lindungilah mereka dari segala bentuk musibah dan fitnah.

Amin. InsyaAllah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/29  at  03:42 AM

Awal PTS pergi…
Kalau tak silap `Islamoc Book Fair ` itu bermula pada 1 Maret hingga 6 Maret.

Pemergian PYS pasti diiringi doa oleh penulis PTS.
Semoga pulang nanti membawa berita baik bagi penulis PTS.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.