Delegasi PTS ke Pesta Buku Islam Jogjakarta
PTS akan menghantar delegasi bagi mengunjungi Pesta Buku Islam Jogjakarta (13-19 Mei 2010). Mereka akan berada di sana pada 17 - 19 Mei.
Delegasi terdiri daripada Tn. Fauzul Ishak, pengurus besar jabatan editorial, Tn. Ikram Nor Wazir, pengurus PTS Millenia, dan Cik Faslin, eksekutif editor buku-buku Indonesia.
Tujuan utama delegasi adalah melebarkan lagi sayap bisnes PTS yang sudah sedia ada dengan rakan penerbit di Jogjakarta.
Mereka akan membawa bersama sampel-sampel buku terbaru PTS yang sesuai dilesenkan kepada penerbit Indonesia. Mereka juga akan memilih judul-judul terbaru terbitan Jogjakarta yang sesuai diterbitkan di Malaysia.
Pada masa ini rakan penerbit PTS yang utama di kota itu adalah PT Diva Press.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment