Monday, January 24, 2011

Delegasi PTS ke Pesta Buku Kaherah

Pada pagi ini 2 orang pegawai senior PTS berlepas menuju Kaherah, Mesir, bagi menghadiri Pesta Buku Kaherah 2011.

Mereka adalah Tuan Imran Azmi (kanan), pengurus PTS Islamika Sdn Bhd dan timbalan beliau, Tuan Rohidzir Rais (berkaca mata, kiri).

Misi utama mereka adalah memperkenal PTS kepada penerbit-penerbit utama di dunia Arab.

Langkah itu adalah supaya penerbit-penerbit Arab itu dapat menaruh kepercayaan kepada integriti PTS dan sanggup melesenkan hak menterjemahkan dan menerbitkan buku-buku terbitan mereka kepada PTS.

Langkah ini diambil oleh PTS bagi membolehkan PTS menerbitkan judul-judul terbaru dari dunia Arab dengan lebih cekap dan cepat.

Kedua-dua pegawai PTS yang menggalas tanggungjawab itu adalah lulusan universiti Timur Tengah, dengan demikian mereka fasih berbahasa Arab dan tahu aturan-aturan budaya bangsa Arab.

Menurut mereka, orang Arab tidak mahu melayan urusan bisnes yang dilakukan dengan menggunakan emel ataupun telefon. Mereka hanya mahu berurusan secara mata-dengan-mata.

Semasa di Kaherah nanti, mereka akan dibantu oleh pegawai syarikat PT MIZAN Grup, kerana penerbit Indonesia itu mempunyai pejabat cawangan di sana. Pegawai MIZAN akan memperkenalkan mereka kepada penerbit-penerbit yang sudah mempunyai hubungan bisnes dengan MIZAN.

NOTA: Dr. Haidar Bagir, pengarah urusan di PT MIZAN Grup adalah pemegang saham dalam PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS akan Melancarkan Tahun Kempen Apresiasi Karya SN A Samad Said Previous entry: Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.