Desain Cover dari Studio Jakarta
Kulit novel remaja ini dilukis oleh pelukis sebuah studio di Jakarta.Ini bukan desain cover PTS yang pertama di-outsource dari Jakarta dan Bandung. Lebih banyak cover akan di-outsource dari luar.
Pada masa akan datang ada kemungkinan PTS akan outsource desain cover buku dari Manila, khususnya buku kanak-kanak kerana mutu lukisan pelukis di Manila sudah amat tinggi.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Anuar Zain mengupah komposer Indonesia dikatakan tidak patriotik. Tetapi lagunya kini sedang popular. Apa pendapat puan?
.
Saudara MKA,
PTS mesti membesar supaya kita dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Ertinya buku-buku PTS mesti laku keras dalam pasaran, dengan keuntungan itu kita dapat mencetak lebih banyak buku baru, dengan itu kita memerlukan lebih banyak tenaga bagi mengisi kekosongan jawatan baru.
Buku yang isinya bagus memerlukan desain cover yang menggiurkan pembeli, barulah ia laku keras! Buku-buku yang laku adalah bagus bagi ekonomi Malaysia.
Apakah itu tidak patriotik?
-----
Saya tidak mengerti bagaimana hal ini boleh terjadi, apakah tidak ada pelukis-pelukis berkaliber dari Malaysia yang mampu melukis sehebat pelukis dari Indonesia?. Saya sebagai salah seorang ahli jawatankuasa PEKOMIK merasa terpukul dengan keadaan ini. Saudara Nuriazam Ismail disegani oleh ramai pelukis-pelukis seangkatan dengannnya sebagai pelukis yang gigih dan mampu mempelbagaikan stroke lukisannya. Tidakkah ini kelihatan seperti menidakkan bakat melukis yang ada pada Nuriazam?
.
Sdr. Panah,
Elok isu ini dibawa masuk ke dalam perbincangan PEKOMIK, supaya dicari jalan bagaimana anggota-anggota pekomik dapat menghasilkan mutu desain cover dan ilustrasi yang memenuhi keperluan penerbit-penerbit negara kita.
Industri muzik sudah lama menyaksikan fenomena persaingan mutu dalam bidang seni muzik rock, yang menghasilkan kekalahan band-band rock negara ini kepada band-band dari Indonesia.
Isu “disegani” ataupun “tidak disegani” oleh sesama rakan adalah isu lain. Isu memenuhi keperluan penerbit adalah isu lain lagi.
Bagi penerbit, yang menjadi prioriti adalah isu cover yang memenuhi kehendak pembeli. Tidak timbul isu pelukis Malaysia ataupun Indonesia. Kita pun tidak diberitahu siapa nama pelukis Indonesia itu.
Menurut Puan Nor Hazizam, cover itu dihasilkan oleh beberapa orang pelukis di studio Jakarta itu, sebab beberapa lukisan yang dikirimkan lebih awal tidak memuaskan hati PTS, lalu ditolak, ditukar, diperbaiki, sehinggalah kita menerima apa yang digunakan untuk cover itu.
.
Assalamualaikum wbt.,
Nampaknya, isu ini sama hebat dengan isu baju Linda Onn.
Saya bersetuju dengan saranan Pn. Ainon agar isu ini dibincangkan oleh PEKOMIK.
Saya juga berpendapat, sekiranya benar para ilustrator di Malaysia merasa terpukul dengan situasi ini, mereka perlu melakukan sesuatu di luar kepompong pemikiran selesa.
Sekian.
Isu kulit desain cover diketepikan, tahniah saya ucapkan kepada saudara Nuriazam yang sentiasa produktif. Diam-diam ubi, sudah 14 buku yang beliau sumbangkan samada sebagai pengarang atau illustrator.
Tahniah tuan!
Eh, ini Nuriazam atau lebih saya kenali sebagai Nurie kah?
Jika Nurie, saya rasa beliau punya stroke dan stail yang sangat unik. Mengapa beliau tidak lukis cover sendiri?
Assalamualaikum..
“Sebelum memberi sedikit pandangan diharap tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak karyawan dan penerbitan.”
1) Satu langkah baru bagi memberi daya tarikan kepada pengunjung kedai buku dengan satu sentuhan seni karyawan luar, tahniah!
2) Buat sahabat karyawan Malaysia terutama yang terlibat di dalam PEKOMIK semoga tenang dan tidak memberi satu tindakan tingkah laku dalam melihat persaingan.
3) Mari kita mengambil peluang belajar dan melihat seni dari negara jiran kita ini.
4) Lawan! Bukan PERANG ayat.. bukan PERANG seni berunsur negatif.. tetapi PERANG karya masing-masing andai mahu merebut kemenangan ini.
7) Bidang muzik bersaing, bidang filem bersaing, bidang animasi bersaing.. dan kini bidang seni lukis dan grafik bakal turut bersaing malah sudah lama bersaing tanpa disedari.
6) Lihat persaingan ini secara positif… Insyaallah kita akan dapat melihat siapa diri kita..
Nota: Ini adalah pendapat ‘jOnOs’ secara peribadi sebagai salah seorang yang terlibat di bidang ini. Semoga tidak menyinggung mana-mana pihak..
“SeLaMaT BeRpUasA”
Tabik!
Salam,
Saya salah seorang dari AJK PeKOMIK agak terkejut dengan situasi ini… ada Pro dan Kontra..
Pertama-tama sekali saya akui PeKOMIK masih setahun jagung. Saya yakin ramai yang tak mengetahui akan kewujudan peKOMIK.
PeKOMIK adalah Persatuan Penggiat Komik Malaysia, setakat ini sudah ada 100 keahlian terdiri dari peringkat amatur ke professional.
Mungkin pihak penerbit tidak tahu untuk mencari illustrator maka mereka mencari illustrator dari luar. Kami dari PeKOMIK akan berusaha untuk menjadikan badan yang menyalurkan ilustrator & database pelukis komik/illustrator/penulis di Malaysia.
Kemasukan komik luar memang satu saingan sengit kini kemasukan illustrator luar lagi menjadikan satu saingan yang lebih hebat.
Ini akan menjadikan peKOMIK bertanggungjawab untuk mengatasi kemasukan ini dengan menjadikan ianya satu saingan sihat. Maka peKOMIK dan para ahlinya perlu bangun dan sedar demi ilustrator/pengiat komik Malaysia.
AYUH PEKOMIK DAN AHLINYA… KINI TIBA MASANYA.. MALAYSIA BOLEH.
Terimakasih buat saudara Jonos kerana menjernihkan keadaan, memang sudah padan dengan orangnya, kerana beliau juga adalah merupakan antara tenaga yang banyak memberi pandangan, nasihat dan menggerakkan PEKOMIK.
Sebenarnya, yang membuat hati terluka itu adalah cara buku ini diiklankan, saya fikir tajuk “Sindrom VX: hasil karya seorang PELUKIS Malaysia” lebih memberi semangat dan mendatangkan nyalarasa dari tajuk asalnya.
Kita tidak tahu pun siapakah designer cover buku S.VX ini, jadi mengapa perlu diiklan bahawa ilustrasi hadapan novel ini dibuat dari luar. Jadi saya fikir dengan meletakkan tajuknya seperti itu, akan tambah menyakitkan hati para pendesign cover di Malaysia.
Saya fikir samaada PTS hendak outsource pelukis dari luar atau tidak itu adalah keputusan perniagaan yang sama sekali tidak menyangkut urusan para pengkarya. Ia cerita ‘dalam kelambu’. Seharusnya ia kekal di dalam kelambu.
Kalau design itu dibuat dari Amerika malah dibawah hasil tangan Marvel sekalipun, saya fikir, kalau pun ada pembeli buku ini yang tanya, “eh?, siapa yang design cover buku ni ha?”, kreditnya, sudah tentulah akan pergi kepada PTS dan saudara Nuriazam.
PTS beruntung, saudara Nuriazam juga beruntung. PTS beruntung, kerana akan dapat menarik lebih ramai penulis dan pelukis hendak bekerjasama dengannya.
Ini sekadar fikir dunia. Allahlah yang sebenarnya lebih tahu.
Salam Ramadhan.
Salam,
Ini isu menarik.
Saya harap para ilustrator menerima berita ini dengan positif. Ini sebenarnya pembuka mata bagi mereka bahawa sebagai rakyat Malaysia mereka tidak memiliki secara eksklusif pasaran ilustrasi bagi Malaysia.
Mereka juga harus sedar pasaran bagi karya mereka sebenarnya bukan terhad hanya di Malaysia. Malaysia negara kecil. Pasarannya kecil. Sudah tiba masa bagi mereka terjun ke pasaran global. Pasaran itu lebih besar, lebih ramai pemain dan yang lebih menyeronokkan, harga karya lebih mahal.
Akan ada nanti dalam kalangan ilustrator Malaysia ini yang tidak akan lagi sanggup mengambil tugasan dari Malaysia. Mereka akan merasa bayaran di sini murah berbanding bayaran yang mereka terima daripada tugasan luar. Yang penting mereka harus mempertahankan harga karya mereka dan tidak menerima harga murah hanya kerana mahukan tugasan.
Ini situasi yang menyeronokkan. Ini situasi yang bakal melonjakkan kualiti karya ilustrator tempatan. Saya mohon kalian agar jangan melihat ini sebagai suatu malang. Bukalah minda, berbincang sesama sendiri, dan uar-uarkan kewujudan kalian ke seluruh dunia.
Saya doakan kalian berjaya.
Hmm… tunggulah saya buat design untuk cover buku saya sendiri - sains fiksyen tebitan KarnaDya.
Lagipun saya sukakan cabaran
Inilah masanya untuk kita semua bangkit dan keluar dari kotak fikiran, mungkin juga kita semua boleh mula memikirkan utk ‘outsource’ sumber pendapatan, lagi-lagi dalam bulan Ramadhan el-Mubarak ini.
Selamat berjuang dalam bulan Ramadhan, wahai sahabat sekalian…
sungguh memalukan apabila dikatakan desain buku SINDROM itu berkualiti. mungkin anda semua perlu belajar banyak lagi bab art. bagi saya ilustrasi SINDROM tak masuk ranking kalau dikategorikan ‘berkualiti’.
.
Tuan Raduan,
1. Minta tuan senaraikan ciri-ciri ‘kualiti’ dan ‘tidak berkualiti’ supaya penilaian tuan itu bercirikan penilaian berkualiti daripada seorang yang berilmu pengetahuan dalam bidang yang tuan percakapkan, serta profesional dan berkepakaran.
2. Baiki sistem tanda bacaan tuan.
Post a comment