Tip Survival Penerbit: Gunakan Desain Cover yang Menggugah
Menurut pengedar novel terbesar di negara ini, pada setiap bulan, antara 25 hingga 30 judul novel baru untuk pembaca dewasa dibekalkan kepada kedai-kedai buku. Ini menjadikan purata 300 judul novel baru diterbitkan setiap tahun.
Jumlah yang banyak itu mendorong pembeli menjadi malas mahu memilih satu persatu novel-novel yang dipamerkan, lalu mereka mengambil jalan selamat dengan membeli:
(i) Novel yang diterbitkan oleh penerbit terkenal.
Pembeli buku mempunyai keyakinan mutu novel yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit kecil tidak terjamin. Inilah keyakinan pembeli secara umumnya. Mereka yakin, manuskrip novel yang baik akan dihantarkan kepada penerbit terkenal lebih dahulu. Apabila ditolak oleh penerbit besar barulah manuskrip itu dihantarkan kepada penerbit kecil.
Mereka juga yakin penerbit-penerbit besar hanya menerbitkan novel-novel yang berkualiti tinggi, oleh itu dengan membeli novel mereka maka risiko terbeli novel mutu rendah dapat dielakkan.
(ii) Novel hasil karya pengarang yang sudah terkenal.
Pembeli buku juga yakin pengarang yang sudah terkenal sentiasa menghasilkan novel-novel yang tinggi kualitinya, justeru karya mereka menjadi pilihan utama.
Situasi begini menjadi cabaran berat kepada:
(i) Penerbit kecil dan penerbit baru yang belum terkenal.
(ii) Penulis yang belum mempunyai nama.
PTS adalah sebuah penerbit yang memperkenalkan nama-nama baru, yang dilatih, diasuh dan dirancangkan kerjaya mereka supaya akhirnya mereka menjadi nama-nama besar. Dengan demikian setiap kali PTS menerbitkan karya penulis baru, PTS mengambil risiko.
Strategi yang digunakan oleh PTS adalah dengan memberikan desain cover yang 'hidup', 'menarik' dan 'penuh dengan simbol-simbol cerita' pada novel-novel penulis baru itu, supaya pembeli terpukau dan melupakan bahawa penulisnya adalah nama-nama yang baru muncul di persada sastera Melayu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Terima kasih puan….
Salam,
Sekadar bertanya. Bagi penulis yang namanya sudah menjadi ‘branding’, adakah PTS menjual nama penulis atau jodol buku? Dengan kata lain, adakah font bagi nama penulis adalah lebih besar dari font jodol buku di kulit hadapan buku tersebut?
Wasalam
Puan Sifu,Memang tepat apa yang Sifu katakan di atas.PTS membuka lembaran untuk ramai insan menjadi penulis.Risikonya memang tetapi kebijaksanaan Sifu dan para warga kerja PTS telah menjadikan hasil karya penulis baru tetap gah dengan kulit buku dan sebagainya. Inilah yang saya “nikmati” melalui karya sulung saya ‘Berfikir Gaya Trump’. Ramai pembeli (dan bakal pembeli) yang memuji paparan kulit buku dan helaian demi helaian yang menarik.Setinggi - tinggi jutaan terima kasih buat Pn Sifu yang menyediakan ruang kepada saya untuk belajar.Bukan saja belajar menulis tetapi juga belajar pembangunan perniagaan.Buat Tuan Roslan Isa,bekas Editor PTS Pro yang meluluskan proposal ini.Editor Kanan PTS PRO En Aizat Abdul Razak,Editor Pengurusan Cik Marliana Abu Bakar,Jabatan Jualan dan Pemasaran dan warga kerja PTS keseluruhannya atas daya usaha menerbitkan buku ini.
Post a comment