Friday, January 30, 2009

Designer yang Sama Tetapi Kualiti Cover Tidak Serupa

Kulit buku-buku untuk pembaca remaja mesti cantik di mata remaja.

Cover novel-novel ramaja PTS ONE banyak menerima pujian daripada peminat-peminatnya.

Sebenarnya, banyak designer luar yang menghasilkan cover-cover PTS One juga menghasilkan cover untuk penerbit-penerbit lain, tetapi kualiti cover-cover itu belum tentu serupa. 

Kualiti cover dipengaruhi oleh beberapa faktor. Yang lebih penting adalah peranan yang dimainkan oleh editor dalam proses penghasilan cover. 

Editor bertugas mencipta konsep bagi setiap cover buku. Kemudian editor menerangkan konsep itu kepada visualiser yang akan mencipta deraf visual bagi cover tersebut. Kemudian barulah deraf visual itu diserahkan kepada designer cover.

Designer akan menghasilkan beberapa design bagi dinilai oleh editor, design yang mana sesuai dengan konsep asal. Kemudian barulah design itu diperhalusi kualitinya sebelum dihantar ke kilang cetak. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: UMNO Menentang Pelajar, Profesor, Ilmuan, Sasterawan, Budayawan, Cendekiawan & Cerdik Pandai Previous entry: KDN, JAKIM dan Birokrasi Penerbitan Buku Agama

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: