Tuesday, September 18, 2007

Di Mana Etika Penerbit Ini?

Sebuah penerbit novel-novel cinta (Penerbit "N") yang dulu aktif dalam pasaran tetapi kemudian gagal survive baru-baru ini menyerahkan semua novel-novel yang pernah diterbitkannya kepada sebuah penerbit Mamak dengan bayaran hampir RM50 ribu. Sudah tentu RM50 ribu itu masuk kantung pemilik Penerbit "N". Satu sen pun tidak dikongsi dengan penulis-penulis yang karya mereka telah dijualkan itu.

Penerbit Mamak (penerbit "F") itu kemudian menerbitkan semula novel-novel itu dan kini ia sudah dicetak dan sudah diedarkan ke seluruh negara.

Adakah Penerbit "N" mempunyai hak menyerahkan harta intelek novelis-novelis itu kepada Penerbit "F"?

Adakah penulis novel-novel itu tahu hak-hak mereka?

Bak kata pepatah Melayu, si bodoh makanan si cerdik. Selagi pengarang-pengarang kita tidak mahu memandaikan diri mereka dengan pengetahuan tentang undang-undang harta intelek dan hakcipta, selagi itulah nasib mereka tidak bertambah baik di tangan para penerbit yang tidak beretika.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Macam Apakah Citarasa Pembaca Kota Madya Previous entry: Penulis PTS Paling Setia
Faizul bin Kamaruddin.  on  09/18  at  05:30 AM

Sungguh biadap penerbit ini.

.

biadap (SALAH) = biadab (BETUL)


——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/18  at  08:56 AM

Maaf bertanya. Cbox ditutup sempena Ramadhankah?

.

Tidak. Ditutup atas nasihat jurutera web PTS bagi mengelakkan UNIKA dan web PTS “crash” lagi sebab C-box amat aktif.

mp  on  09/18  at  04:06 PM

Saya berharap sedikit usaha yang dibuat ini tidak tergolong dalam kelompok itu.

mp.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/18  at  07:01 PM

Saya menyokong langkah penutupan Cbox. Penggunaannya menggalakkan spam (lepas geram dan cyber bully) oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Juga ada hasrat untuk menyaman orang-orang tertentu sebelum ini yang mencetus kekacauan, atas dakwaan cyber-bully, kerana selagi golongan ini dibiarkan, maka makin ramai yang berani berbuat kacau. Kena bertegas!

Bercakap soal saman-menyaman ni, penulis-penulis tersebut patut membela nasib sesama mereka untuk mengelakkan kes penerbit buli penulis berlaku.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/18  at  10:30 PM

Pn Sifu,

Persoalan yang Sifu lontarkan iaitu…

” Adakah Penerbit ā€œNā€ mempunyai hak menyerahkan harta intelek novelis-novelis itu kepada Penerbit ā€œFā€? ” , nampak masih tidak terjawab.

Harap dapat jawapannya.

.

Tuan Adnan,

Untuk mengetahuinya kita perlu tengok apa dokumen yang ditandatangani oleh Penerbit “N” dan penulis novel-novel itu. Adakah penulis menjual manuskrip mereka kepada Penerbit “N”?

Jika ya, maka Penerbit “N” boleh buat apa dia suka kepada novel-novel itu.

Penulis tidak dapat berbuat apa-apa, sebab harta intelek mereka itu sudah mereka pindah-milikan secara sah bulat-bulat kepada Penerbit “N”.  Jadi harta itu sudah menjadi milik Penerbit “N” selagi ada bulan dan matahari.

Itulah sebabnya kita menyeru para penulis jangan lagi tidak mahu belajar tentang hak-hak penulis.

mkRiza  on  09/19  at  12:16 AM

Puan

Tiadakah satu badan atau persatuan yang mewakili penulis dalam hal ini.

Mamak juga yang untung.

embun  on  09/19  at  12:34 AM

Assalamualaikum wbt.,

Saya teringat kepada temubual yang disiarkan di ruangan Sastera, Berita Harian pada 28 Ogos lalu antara wartawan, Nazmi Yaakub dan Ketua Satu Gapena, Prof Emeritus Tan Sri Ismail Hussein. Tajuk rencananya, ‘Badan Pelindung Harta Intelek Penulis tak perlu’.

Gapena mendakwa tidak mendengar kewujudan masalah pelanggaran hak cipta bertaraf ‘legal’ kebelakangan ini manakala 23 persatuan penulis di bawah naungannya juga tidak pernah membangkitkan keperluan untuk mewujudkan badan khas bagi memantau hak cipta karya dalam mesyuarat yang sering diadakannya.

Menurut Prof Ismail, “Pembentukan badan pelindung harta intelek di kalangan penulis tidak praktikal kerana senario yang berlaku dalam dunia hiburan tanah air berbeza dan membabitkan unsur komersil.”

Dan, “Sastera Melayu tidak ada pasaran sehingga tidak banyak masalah timbul kerana buku sastera kurang dijual beli.”

Prof Ismail juga berpendapat pengarang terutama pengarang muda tidak profesional kerana tidak mengambil peduli perjanjian dan perkara berkaitan hak cipta seingga menyebabkan pelanggaran hak cipta selalu timbul.

Pada pendapat saya, ada pro dan kontra terhadap kenyataan yang disiarkan dalam akhbar berkenaan. Saya bersetuju bahawa penulis perlu lebih peka terhadap perjanjian antara mereka dengan penerbit.

Selain itu, adakah ‘Badan Pelindung Harta Intelek Penulis’ perlu dibangunkan sendiri oleh penulis tanpa sokongan Gapena?

Saya juga tidak nampak sekiranya DBP boleh membantu usaha membentuk ‘Badan Pelindung Harta Intelek Penulis’. Ini memandangkan DBP sendiri masih bermasalah dalam menangani hal hak penerbitan karya salah seorang Sasterawan Negara.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.