Friday, October 31, 2008

Di Mana Hati Perut PNM untuk Penerbit Melayu

Semua penerbit Melayu yang reputable, yakni yang mempunyai nama baik dalam pasaran, adalah anggota MABOPA (Malaysian Book Publishers Association). MABOPA dianggotai oleh syarikat-syarikat penerbit buku baik milik Cina, Melayu mahupun India.

MABOPA adalah persatuan yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai mewakili suara industri penerbitan buku negara ini. 

Namun, tidak sampai 20% daripada bajet pembelian buku 2008 Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) diberikan kepada anggota MABOPA. 

Ke manakah perginya hati perut mereka yang membuat keputusan dalam pemilihan judul buku di PNM?

Kalau pun sememangnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) sudah dimansuhkan sejak zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir, apakah salah di sisi undang-undang jikalau sekurang-kurangnya 30% bajet itu digunakan oleh PNM bagi membeli buku-buku terbitan penerbit Melayu yang menganggotai MABOPA? 

Apakah buruk sangat kualiti buku-buku terbitan penerbit Melayu yang menganggotai MABOPA  -  seperti DBP, Utusan dan lain-lain?

Apakah baik sangat kualiti buku-buku terbitan penerbit-penerbit cap ayam itu?

Nota: Klik di sini bagi membaca senarai penuh anggota MABOPA. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Puji-pujian Bagi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah Previous entry: Entri Pertama Peraduan Duta PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/31  at  04:24 AM

Puan Ainon, perut barangkali ada. Hati? Barangkali perut sudah terpisah daripada hati?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/31  at  06:44 AM

Tuan Arrantaui,

Barangkali benar seperti kata tuan itu: Perut sudah terpisah daripada hati.

Macam-macam khabar yang sampai kepada kita daripada pihak-pihak yang tidak puas hati. Ada antara cerita-cerita itu yang tidak masuk akal biasa.

Menurut seorang penerbit terkenal, seorang pegawai tinggi PNM telah memberitahunya bahawa sebenarnya ada ‘sabotaj’ yang dilakukan oleh orang dalam PNM sendiri.

Kata pegawai tinggi PNM itu, ada orang dalam yang sengaja hendak memburuk-burukkan nama pegawai yang bertanggungjawab meluluskan judul-judul itu.

Berkenaan isu banyaknya judul-judul lama (2006) yang telah dipilih, tetapi dalam senarai yang diluluskan tahun terbitan lama 2006 itu telah ditaip sebagai tahun 2008. Kononnya, orang atasan PNM itu tidak tahu menahu sama sekali akan perkara itu, jadi dia pun luluskan sahajalah senarai tersebut….

Jika cerita ‘sabotaj’ ini betul, amatlah mudah bagi pucuk pimpinan tertinggi PNM mengenalpasti nama pegawai pensabotaj itu. Tindakan tatatertib hendaklah dikenakan ke atas pegawai bawahan yang bertugas memilih judul-judul itu dan memalsukan tarikh terbitan buku-buku lama tersebut.

Tetapi, bunyi cerita sabotaj itu macam tidak logik.

Tidak mungkin dalam prosedur birokrasi kerajaan Malaysia yang terkenal banyak menggunakan sistem jawatankuasa, suatu projek pemilihan buku yang bernilai berjuta-juta ringgit telah diserahkan bulat-bulat oleh pengurusan PNM kepada SATU orang pegawai bagi membuat pilihan judul. Perkara seperti itu adalah tidak diizinkan oleh tatakerja kerajaan.

Jadi, cerita sabotaj ini macam direka-reka oleh pihak yang menyampaikan cerita itu kerana dia sendiri ada kepentingan pada cerita tersebut.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.