Tuesday, April 20, 2010

Surat: Di Mana Semangat 1 Malaysia Kedai Buku Borders?

Salam, Puan Ainon.

Saya amat memandang sinis dengan kedai buku Borders. Saya merasakan Borders amatlah sombong (bodoh sombong barangkali) tatkala membuka cawangan kedai di Malaysia. Berapa kerat sangatlah buku terbitan penerbit Malaysia di kedai buku itu. Jika ada pun, sekadar cukup syarat dan tidak bersungguh-sungguh sebagaimana yang dilakukan oleh kedai berantai MPH dan POPULAR.

Entri Amir Muhd: http://amirmu.blogspot.com/2010/04/does-reading-make-you-white.html menambahkan 'point' saya tentang Borders yakni:

1. Mereka tidak tahukah bagaimana rupa rakyat Malaysia?

2. Mungkin mereka tahu tapi malu hendak letak muka orang Melayu, atau Cina atau India (muka 3 stereotaip kaum Malaysia pun tak letak, apatah lagi Iban, Kadazan, Murut dan sebagainya). Mungkin jatuh saham Borders di mata dunia?

3. Atau mungkin Borders mahu bersifat elitis?

4. Ahli strategi pemasaran Borders bodoh.

Saya berharap Puan dapat membangkit isu ini di blog, supaya pihak pengurusan Borders dapat sedar yang tindakan mereka sedikit salah (dari aspek pemasaran). Jika mereka terlupa bagaimana wajah orang Melayu atau Cina atau India, mohon hubungi saya. Saya mempunyai banyak stok gambar 3 kaum ini sebagai rujukan pihak pemasaran Borders.

Umpama Borders cawangan Nigeria meletakkan poster dengan gambar kanak-kanak Eskimo lengkap dengan pakaiannya. Terima kasih.

NZ ANNUAR

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis Sebagai Trainer ataupun Speaker Previous entry: Jualan Buku-buku PTS sebagai Indikator Pasaran Buku Melayu
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/20  at  05:07 PM

Saya bukan mahu sokong Borders@Berjaya Bookstores, namun atas kapasiti kedai berkonsep’Franchise’yang dibawa dari USA, Borders@Berjaya tidak mempunyai tim pemasarannya tersendiri disetiap negara yang mempunyai kedai buku tersebut. Hanya konsep ‘cut & paste’ yang dibawa.

Berbagai cara pernah dicuba untuk memasukkan buku bacaan Melayu namun gagal diserap oleh pihak .(JavaScript must be enabled to view this email address). Pesanan yang dibuat adalah melalui pejabat serantaunya yang berada di Singapura yang diseliakan oleh ibupejabat yang berada di Australia. Kerana kapisiti itu juga, pesanan untuk buku di Borders@Berjaya adalah lembab.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/21  at  03:04 PM

Saya bersetuju dengan pendapat En. NZ Annuar. Saya telah lama berhajat untuk ke Borders disebabkan namanya yang ‘gah’. saya & suami mengambil cuti khusus untuk Berjaya Times Square, namun setelah ke sana, kami fikir itulah kunjungan kami yang pertama & terakhir ke sana. Saya fikir Kunikuniya & MPH lebih baik. Sememangnya buku-buku terbitan Malaysia dianaktirikan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/24  at  01:00 PM

Mereka melabur dalam kapasiti yang tinggi.
Mereka bukan bodoh. Ini perniagaan jangka panjang.
Mereka ingin bina satu kelompok pembaca buku tersendiri.
Justeru itu mereka tidak perlu menuruti segala macam adat istiadat dan susur galur budaya tempatan. Mereka tekan budaya tempatan sampai ke lantai dan tonjolkan budaya baru!
Mereka telah meletakkan papan tanda dan ‘border’ yang jelas.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: