Di Medan Perniagaan: Tsun Tze lawan Muhammad bin Abdullah
Apabila diapi-apikan oleh Tuan Dr. Kang supaya saya sambung menulis tentang ilmu perniagaan Nabi Muhammad SAW (NM), maka inilah saya tuliskan lagi...
NM Muhammad belajar ilmu perdagangan (trading) daripada ayah saudaranya sendiri, seorang pedagang profesional yang berjaya dan kayaraya.
Prinsip di sebaik sunah di sini adalah:
Sumber paling utama ilmu perdagangan itu adalah daripada anggota kerabat keluarga sendiri. Kalau bapa, dia menurunkannya kepada anak-anaknya. Kalau anak yatim (seperti NM) maka walinya (Abu Talib sebagai bapa saudara) mesti menurunkan ilmu bisnesnya kepada anak saudaranya (NM).
Sebagai contoh, di PTS, ibu (sebab, kebetulan si ibu yang menjadi orang bisnes) menurunkan ilmu perniagaannya kepada anaknya.
Justeru, dalam setiap keluarga orang Melayu-Islam, musti ada tokoh perniagaan, yang dapat menjadi mentor dan guru kepada sanak saudara dan kerabatnya yang mahu menjadi usahawan.
Ini bermakna, apabila MARA ataupun MPT mahu memilih calon usahawan, salah satu ciri profail yang dikenalpasti adalah apakah calon itu datang daripada keluarga usahawan.
Pada masa ini, MARA dan MPT memberi keutamaan kepada siswazah penganggur! (Mencari pekerjaan bagi dirinya sendiri pun dia tidak pandai, bagaimanakah nanti dia mahu memberi pekerjaan dan membayar gaji pekerja!)
Apabila calon-calon yang terdiri daripada anggota keluarga orang bisnes itu didukung oleh MARA dan skim-skim pembangunan usahawan lain, probabiliti mereka berjaya adalah lebih tinggi. Mereka ini nanti dapat memberi pekerjaan kepada para penganggur itu.
Pada masa ini, modal wang yang diberikan oleh MARA dan lain-lain agensi kerajaan kepada para penganggur itu hampir 100% hangus begitu sahaja.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Lagi tambah kuat harapan dan rayuanku (mewakili siswa Universiti PTS) agar Mbakyu menulis buku RAHSIA BISNES MUHAMMAD.
Seruan kepada siswa lain: Mari terus desak Mbakyu untuk menulis buku tersebut.
——-
Hangus begitu sahaja? Ada statistikkah, Puan? Setahu saya, kalau hendak dapatkan pinjaman MARA, mesti ada cagaran. Kalau tidak, jangan harap. Saya pernah juga pergi kursus perniagaan di Melaka.
Yang lawaknya, PUNB, tidak mengiktiraf kursus MARA, mesti ikuti kursus PUNB yang 2 x 5 sahaja. Macam ada sesuatu dengan kursus-kursus ini.
Sdr FOX,
Maklumat tentang pinjaman MARA yang hangus dalam usaha MARA hendak membangunkan usahawan daripada golongan siswazah baru lulus belajar, saya peroleh daripada pegawai MARA yang bertugas dalam skim itu. Justeru saya tidak mempunyai statistiknya. Saya percaya pegawai itu memberikan gambaran benar kepada saya.
Saya berpendapat tidak semestinya ilmu perniagaan diturunkan kepada keturunan.
Ya, Rasulullah mendapat ilmu tersebut daripada bapa saudaranya, tetapi tidak ada perintah dari baginda yang menyuruh umatnya berbuat begitu ... oleh itu jangan terlalu terikat dengan perkara itu.
Kajian moden menunjukkan trait personaliti seseorang sepatutnya diambil kira apabila seseorang itu ingin menceburi sesuatu kerjaya.
Bagi Mara, saya fikir mereka perlu melatih usahawan dengan memberi mereka peluang membuat latihan dalam bidang perniagaan sebenar sebelum mereka layak diberi pinjaman. Biar pelatih mengalami sendiri selok belok perniagaan sebenar sebelum memulakannya.
Post a comment