Dialek Johor dan Bahasa Melayu Tinggi
Salah satu isu sensitif dalam Bahasa Melayu Malaysia adalah pengunaan kata gantinama 'aku' 'engkau' 'kamu' dan 'awak'.
Apa yang dianggap kataganti 'neutral' ataupun baik dalam sesuatu kawasan dianggap tidak baik dan tidak sopan di kawasan-kawasan lain.
Ambil sahaja kes 'aku' dan 'engkau' yang neutral di seluruh pulau Borneo, dianggap 'kasar' di Semenanjung.
Ambil pula kes 'awak' dan 'kamu'. Sebaran geografis kataganti 'awak' adalah kecil di mana ia hanya digunakan oleh penduduk kawasan Semenanjung Selatan.
Kataganti 'awak' tidak digunakan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang Utara, Sabah dan Sarawak. Di kawasan ini kataganti 'awak' dianggap merendahkan dan menjatuhkan martabat orang berkenaan. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang Utara mereka menggunakan 'mu' bentuk singkat 'kamu'.
Kawasan sebaran kataganti 'kamu' adalah amat luas, termasuk seluruh Indonesia menggunakan 'kamu'.
Kataganti 'kamu' digunakan dalam kitab-kitab terjemahan al-Quran, tafsir, hadith dalam doa.
Singkatan 'mu' digunakan dalam Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Indonesia baku.
Kataganti 'kamu' digunakan dalam Bahasa Melayu Tinggi, dalam bentuk-bentuk bahasa yang dianggap indah, sebagaimana ia digunakan dalam sastera Melayu klasik, dalam syair, pantun, sajak dan lirik lagu.
Sewaktu DBP memperkenalkan sebutan baku 'a' untuk sebutan rasmi dalam sistem pendidikan kebangsaan, di TV dan radio, orang Johor menentang dengan penuh emosi, sedangkan sebutan 'e' hanya digunakan di kawasan Semenanjung Selatan sahaja.
Sehingga tahun-tahun 80-an, sebutan 'a' digunakan dalam filem Melayu. Sehingga hari ini sebutan 'a' digunakan dalam lagu-lagu dan dalam deklamasi puisi.
.
.
Apa yang dianggap kataganti 'neutral' ataupun baik dalam sesuatu kawasan dianggap tidak baik dan tidak sopan di kawasan-kawasan lain.
Ambil sahaja kes 'aku' dan 'engkau' yang neutral di seluruh pulau Borneo, dianggap 'kasar' di Semenanjung.
Ambil pula kes 'awak' dan 'kamu'. Sebaran geografis kataganti 'awak' adalah kecil di mana ia hanya digunakan oleh penduduk kawasan Semenanjung Selatan.
Kataganti 'awak' tidak digunakan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang Utara, Sabah dan Sarawak. Di kawasan ini kataganti 'awak' dianggap merendahkan dan menjatuhkan martabat orang berkenaan. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang Utara mereka menggunakan 'mu' bentuk singkat 'kamu'.
Kawasan sebaran kataganti 'kamu' adalah amat luas, termasuk seluruh Indonesia menggunakan 'kamu'.
Kataganti 'kamu' digunakan dalam kitab-kitab terjemahan al-Quran, tafsir, hadith dalam doa.
Singkatan 'mu' digunakan dalam Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Indonesia baku.
Kataganti 'kamu' digunakan dalam Bahasa Melayu Tinggi, dalam bentuk-bentuk bahasa yang dianggap indah, sebagaimana ia digunakan dalam sastera Melayu klasik, dalam syair, pantun, sajak dan lirik lagu.
Sewaktu DBP memperkenalkan sebutan baku 'a' untuk sebutan rasmi dalam sistem pendidikan kebangsaan, di TV dan radio, orang Johor menentang dengan penuh emosi, sedangkan sebutan 'e' hanya digunakan di kawasan Semenanjung Selatan sahaja.
Sehingga tahun-tahun 80-an, sebutan 'a' digunakan dalam filem Melayu. Sehingga hari ini sebutan 'a' digunakan dalam lagu-lagu dan dalam deklamasi puisi.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam, Puan Ainon,
Kalau di kawasan Perak Tengah ini(Parit(nama glamournya ‘Paris’), Kampung Gajah, Pasir Salak(tempat bersejarah yang terkenal dengan pembunuhan J.W.W. Birch oleh Dato Maharaja Lela, Dato Sagor dan konco-konconya) Batu Gajah hingga ke Hilir Perak, gantinama nama ‘awak’ itu pula untuk diri sendiri. Semasa saya kecil-kecil, saya selalu keliru apabila mendengar orang di sini berbual dengan ibu dan ayah saya. Yang bercakap membahasakan dirinya ‘awak’, contoh “Awak ingatkan awak hendak ke kedai tadi, tetapi lupa pula bawa beg duit!” sebenarnya memaksudkan dirinya sendiri yang terlupa membawa beg duit itu. Sedangkan saya pasti yang ayah saya memang sudah membawa dompetnya untuk ke kedai terdekatnya pekan di Teluk Intan(dulunya Teluk Anson)...
Saja berkongsi maklumat…Selamat Hari Raya Puan Ainon! Raya di mana? Saya sudah jadi orang tua(orang tua sendiri kedua-duanya sudah tiada lagi)...tunggu saja di rumah, anak dan cucu balik dari P.J.
Wasalam..:wink:
——-
Alaikumsalam, Puan Umi!
Saya dan adik beradik serta kaum kerabat berhari raya di hospital di Shah Alam, bersama-sama ibu yang terbaring dan sudah tidak kenal kami lagi akibat jangkitan ensifalitis ke otaknya.
Tentang penggunaan ‘awak’ jika di Selangor Selatan, dari mana saya berasal, hanya orang yang memarahi ataupun menghina orang lain menggunakan kata gantinama itu! Dalam keadaan normal, di Selangor Selatan, seseorang tidak menyebut ‘awak’ sama sekali dalam perbualan. Sebagai contoh mereka berkata, “Nak minum teh?” (bukan “Awak nak minum teh?”) ataupun “Bila datang?” (bukan “Bila awak datang?”) Kata gantinama ‘awak’ hanya digunakan antara sesama kawan yang amat rapat. Jiran saya sekarang suaminya orang Johor. Sebagai orang Selangor Selatan, sewaktu saya terdengar suami jiran saya itu membahasakan isterinya ‘awak’ saya berasa ngeri! Saya tidak dapat bayangkan diri saya ‘diawak-awakkan’ oleh sesiapa pun.
Salam sekali lagi, Puan Ainon.
Begitulah rupanya perbezaan loghat antara daerah dan negeri-negeri, walaupun kawasan Perak Tengah ini bukanlah jauh sangat jaraknya dengan Selangor Selatan. Saya mahu sambung dengan satu cerita lawak yang berlaku semasa kampus kejuruteraan USM(ketika itu dikenali sebagai USM Kampus Cawangan Perak, kini jadi tapak kampus Universii Teknologi Petronas(UTP), dan kami terpaksa jadi bola bepindah lagi ke kampus Nibong Tebal sekarang ini. Tentu nostalgia bagi saudara Ice kita!), kampus dulu itu, terletak di pekan cowboy bernama Tronoh(kami panggil ‘Toronto’), pekan sebesar kampung pelukis Lat dalam komiknya ‘The Kampung Boy’. Kala itu, kalau mahu ke bank, terdekat adalah di Batu Gajah. Kawan sepejabat saya orang Kedah, mahu ke bank, tapi baru sangat lulus ujian memandu jadi tidak begitu yakin mahu pandu keretanya ke pekan Batu Gajah(jauh jugalah dari kampus) walaupun sudah punya kereta sendiri yang dibawanya sekadar dari rumahnya di Taman Maju(kini Bandar Universiti) ke pejabat hari-hari dalam 1 km. ke kampus. Dimintanya PakCik pemandu bas USM(berasal dari Perak Tengah) untuk membawanyanya saja.
Kata kawan saya, “PakCik tolong bawakan saya ke bank di Batu Gajah, ya?”
Kata Pakcik pemandu, “Ye! Tak ngape! Awak saje yang bawak kerete tu nanti!” Bunyi sebutan ‘a’ di sini jadi ‘e’, biasalah loghat orang Parit, Bota!
Kawan saya jadi panik, “Tapi, Pakcik, saya tak berani sangat lagi! Pakcik tolonglah bawakan kereta saya!”
“Ye! Ye! Awak tahulah! Awak yang ndak bawak kerete tu kang! Usahle riso!”
Kawan saya jadi lagi pening kepala dan runsing!...
Selepas itu, kawan saya mengadu pada saya, mengapalah Pakcik pemandu itu tidak faham-faham atau sengaja tidak mahu faham, yang dia sememangnya tidak berani dan kurang yakin memandu hingga ke pekan Batu Gajah itu! Sampailah saya ceritakan pada kawan saya itu yang Pakcik pemandu itu maksudkan ialah dirinya sendiri yang akan pandu kereta itu, bukannya kawan saya! Lalu kawan saya barulah tergelak besar!
Cerita lawak ini adalah antara kenangan manis saya semasa bekerja di kampus USM cawangan Perak di sekitar kawasan ‘Toronto’ beberapa tahun yang lalu….Pekan Tronoh masih tidak banyak berubah sehingga sekarang!
Wasalam.
PS: Tidak mengapa Puan Ainon, berayalah dengan ibu puan, memandang wajah ibu itu umpama merenung syurga di depan mata….Anak menantu dan cucu baru sampai. Esok, baru saya ke Kedah…Jitra, Kubang Pasu, sebelah suami…harap-harap tidaklah banjir seperti yang dilaporkan dalam berita semalam…Maaf zahir batin ya Puan Ainon!:smile:
Assalamu’alaikum Sifu, dan warga PTS semua, saya baru balik dari kampung berhari raya, dah 3 hari tidak masuk internet, ini baru online, banyak yang perlu saya ‘catch up’. Kalu di Kelate, ‘awak’ atau ‘kamu’ di sebut ‘demo’ baghu comel, dan juga kalu ‘saya’ atau ‘aku’ disebut ‘ambo’ baghu molek…
Assalamu’alaikum, selamat hari raya semua. Puan, di Terengganu, gantinama ‘awak’ biasanya digunakan untuk situasi rasmi dan sebagai tanda hormat, bukannya merendah-rendahkan pihak kedua. ‘Mu’ pula biasanya untuk rakan-rakan yang rapat, atau di kalangan adik-beradik. ‘Mu’ sebenarnya dianggap kasar, ibubapa saya selalu marahkan saya (semasa saya kecil dahulu) sekiranya saya menggunakan gantinama ‘aku’ dan ‘mu’.
Saya bertanya kepada Prof. Abdullah Hassan berkenaan bagaimana orang-orang Melayu yang halus budi bahasanya bercakap sesama mereka.
Beliau menerangkan, orang Melayu yang baik-baik tidak menggunakan ‘awak’ ataupun ‘kamu’ dengan orang yang dimuliakannya, termasuk kepada suami ataupun isteri mereka. Mereka menggantikan ‘kamu’ dan ‘awak’ dengan apa yang disebut ‘panggilan pangkat’.
Panggilan pangkat adalah seperti encik, tuan, cikgu, prof, doktor, YB, Datok, ustaz, pakcik, nenek, kakak, abang, adik dan banyak lagi.
Orang Melayu akan mengulang-ulang panggilan pangkat itu demi mengelak daripada menggunakan ‘awak’ ataupun ‘kamu’.
Contoh: “Apa khabar, YB? YB sudah minum? Kalau belum, jemputlah YB minum di meja utama dengan Dato’ MB.”
Contoh: “Minta maaf, ustaz. Kalau tidak jadi halangan bagi diri ustaz, saya berhajat menjemput ustaz makan kenduri tahlil di rumah saya, itu pun kalau ustaz tidak ada urusan lain. Saya minta ustazlah yang membacakan doanya.”
Kata gantinama ‘kamu’ ‘engkau’ dan ‘awak’ tidak boleh digunakan sama sekali dalam interaksi dari bawah ke atas, seperti apabila bercakap dengan ibu bapa, abang, kakak, saudara mara lebih tua, orang tua, dan orang yang lebih tinggi status sosialnya.
Dalam perbualan satu-lawan-satu, kata gantinama ‘kamu’, ‘awak’ ataupun ‘engkau’ disenyapkan, yakni tidak diucapkan sebab dianggap sudah maklum diketahui oleh masing-masing pihak. Sebagai contoh, “Ada duit kecil? Saya nak pinjam 50 sen.” (Bukan “Awak ada duit kecil? Saya nak pinjam 50 sen dari awak.”)
Begitulah cara orang Melayu yang halus budi bahasanya berinteraksi dengan orang-orang yang mereka muliakan.
Bagi mengatasi masalah kata gantinama orang kedua dalam interaksi formal dan bisnis, di Indonesia, mereka mencipta kata panggilan ‘ibu’ dan ‘bapak’ untuk menyapa orang kedua yang setaraf ataupun yang lebih tinggi statusnya.
.
.
Assalamualaikum puan Ainon,
saya beruntung sangat membaca tulisan awak tentang pengguanaan aku dan kamu dalam bhs melayu. karena saya ade mini research tentang penggunaan “kamu” dlm bhs melayu riau. tapi saye sarankan puan untuk mencari referency atau expert yang menerangkan tentang hal ini.
dalam bhs melayu riau, kata “kamu” tidaklah dipakai melainkan “mike” dan “dikau” atau “awak”. Namun kata awak dapat juga dipakai untuk menggantikan kata “saya”.
terime kasih puan, wassalam. nice to be friend with you.
askum.. sy ingin tahu mengapa org melayu di bahagian selatan akan menyebut ‘sayE sedang bermain bolA’ dan tidak menyebutnya spt ini ‘sayE sedang bermain bolE’ kerana seperti yg kita ketahui mereka sering menyebut ‘A’ sebagai ‘E’...
Post a comment