Dialog dan Monolog dalam Surah Yusuf
Dalam novel, ada dua jenis dialog - ada dialog dan ada monolog. Dalam surah Yusuf, 86% ayat-ayat dalam surah itu mengandungi dialog, manakala hanya 1 ayat yang mengandung 1 monolog.
Ayat 77: Mereka (abang-abang Nabi Yusuf) berkata, “Kalau dia (Bunyamin) mencuri, maka tidaklah pelik, kerana sesungguhnya saudara kandungnya (Yusuf) dahulu pernah juga mencuri.” (Mendengar kata-kata yang menyinggung itu) maka Yusuf pun menyembunyikan perasaannya, dan tidak menyatakan kepada mereka, sambil berkata dalam hati, "Kamulah yang lebih buruk keadaannya, dan Allah maha mengetahui akan apa yang kamu katakan itu.”
Salah satu manfaat dialog yang banyak adalah ia memudahkan novel dialihkan menjadi skrip TV ataupun skrip filem, ataupun dikomikkan. Manakala, monolog menyebabkan novel sukar dialihkan menjadi skrip.
Monolog terdiri daripada 2 jenis:
(1) Monolog yang merupakan dialog dalam hati, yakni watak bercakap kepada orang lain tetapi dialog itu tidak diucapkan dengan mulut.
Contoh dialog dalam dalam hati: Dalam hatinya, Mamat berkata, "Budin... Budin... Mengapalah kamu bodoh benar." Bayangkan bagaimanakah monolog ini dapat dilakonkan.
(2) Apabila watak berkata-kata kepada dirinya sendiri, itu adalah monolog juga.
Contoh dialog dengan diri sendiri: Dalam hatinya Mamat menyesali dirinya sendiri, "Sampai hati dia buat aku begini. Tidak mengapalah, Tuhan akan balas perbuatannya." Bayangkan bagaimanakah monolog ini dapat dilakonkan.
Monolog hanya dapat dibaca. Ia tidak dapat dilakonkan. Jadi, apabila saudara menulis buku cerita, ataupun novel, bagi tujuan dialihkan menjadi skrip TV ataupun filem, ataupun komik, monolog tidak sesuai.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum warahmatullah,
Puan Ainon,
Saya membuang adegan ini,
“Budin.. Budin.. Mengapalah kamu bodoh benar,” bisik hati Mamat sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Apa yang kamu gelengkan itu Mamat?” Budin berpusing memandang Mamat.
“Ah! Tidak ada apa-apa!” kata Mamat bersahaja.
——-
Sdr/i Duyung, bisik hati bagaimana untuk dikamerakan dalam drama? Bagaimana jika, “Budin.. Budin.. Mengapalah kamu bodoh benar,” kata Mamat kepada Budin. Mamat menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak puas hati.
Menurut hemat saya, sebenarnya monolog itu dapat dilakonkan jika kita mengetahui dengan jelas bagaimanakah situasi atau keadaan pelakon yang sedang mengucapkan watak itu.
Untuk contoh pertama:
“Budin… Budin… Mengapalah kamu bodoh benar.”
Antara contoh scene yang ada didalam fikiran saya adalah seorang guru sedang bercekak pinggang sedang mengeleng-gelengkan kepala memerhatikan muridnya (Budin)
Untuk contoh kedua:
“Sampai hati dia buat aku begini. Tidak mengapalah, Tuhan akan balas perbuatannya.”
Saya membayangkan watak seorang lelaki sedang duduk di atas tangga sambil termenung jauh dan berwajah sedih.
Ini hanyalah sekadar pendapat saya.
Babak monolog dalaman akan lambat seperti dalam drama Senjakala. Banyak monolog dalaman buat drama itu membosankan.
Walaupun menonton sampai habis, ia hanyalah mencari kelemahan penulis skrip.
Pendapat saya, drama Senjakala di tv itu, kuat kerana tumpang kekuatan buku.
Kalau tidak silap saya, novel itu untuk teks sastera SPM sebelum tahun 1990.
Bagaimana pendapat yang lain?
Saya tidak menonton filem Senjakala di TV itu, walau bagaimana pun, saya sudi mengambil contoh sebuah siri tv yang bertajuk The Wonder Years, yang pernah disiarkan di TV2 (kalau tidak silap saya) pada sekitar tahun 1988 -1993, dilakonkan oleh Fred Savage.
Siri TV ini antara siri tv yang masih saya ingati kerana di dalam siri tv ini teknik monolog (V.O.) adalah dibuat hampir 90 peratus pada ketika watak utama berkonfrontasi dengan dirinya sendiri, setiap hari dalam melalui hari-hari remajanya.
Konflik dalaman dirinya berjaya ditonjolkan oleh pengarah kerana adanya monolog diri Fred Savage yang sentiasa terumbang ambing dalam membuat keputusan.
Kendati, saya masih menyokong pendapat bahawa monolog, harus dibikin dengan benar-benar teliti kerana, meletakkan monolog pada adengan yang seharusnya diberi dialog kadang kala boleh menimbulkan kebosanan.
Ini hanya sekadar pendapat pribadi.
adengan (SALAH) = adegan (BETUL)
Filem kegemaran saya sepanjang masa ialah
filem ‘Forest gump’.
Di mana monolognya saya kira cukup comel.
saya setuju bahawa monolog dalaman boleh dilakonkan. contoh kita dapat lihat pementasan teater monolog di Indonesia sangat hebat dan mengujakan… Sebenarnya monolog boleh dilakonkan jika kena dengan gayanya.
untuk pembuktian. sila ke Youtube taip
monolog senandung adinda
Post a comment