Saturday, July 14, 2007

Dialog Novel untuk Difilemkan

Apabila saudara menulis novel yang mudah difilemkan ataupun dianimasikan, salah satu perkara yang perlu dijaga adalah dialog.

Ayat dialog dalam novel saudara mestilah mudah dilakonkan. Ayat dialog yang panjang-panjang tidak sesuai dilakonkan.

Contoh dialog yang sukar dilakonkan:

Mamat berkata kepada Budin, "Aku sudah lama menyimpan dendam pada Cikgu Misran sebab dulu dia pernah mengatakan aku pelajar yang takkan berjaya mencapai cita-citaku hendak menjadi jutawan. Aku akan buktikan kepadanya apa yang dikatakannya itu salah, biar padan muka dia, biar dia tahu bahawa aku sudah berjaya menjadi jutawan."

Pelakon yang melakonkan dialog itu akan tercungap-cungap, cuba mengucapkan ayat-ayat panjang itu dalam satu nafas.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Skrip TV dan Filem
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Terbaru Hadi Awang Previous entry: Sifu Tidak Jawab Emel
MBA  on  07/14  at  05:28 PM

Sifu;

Sedikit pembetulan (barangkali) perkataan tidak tertinggal dalam ayat tersebut:-

“....Ayat dialog yang panjang-panjang sesuai dilakonkan.”

Betul! Terima kasih!
——-

jonos  on  07/14  at  10:53 PM

Tabik! Puan Sifu..

Ye..ye..Betul. Saya sedang angguk-anggukkan kepala.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: