Dialog Sasterawan Abd. Latip Talib dengan Dua Orang Ustaz
Catatan di bawah ini disalin dari posting Facebook penulis novel sejarah No. 1:
Setelah selesai memberi ceramah mengenai patriotisme dari kisah Leftenan Adnan di Auditorium Masjid Putra Putrajaya sempena sambutan hari belia, saya didatangi dua orang lelaki.
“Ana sudah tengok buku-buku tulisan anta di kedai buku, dan setelah membelek-beleknya ana tak sanggup membacanya kerana Khalifah Ar Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali dijadikan novel. Mereka tidak boleh didialogkan kerana kata-kata mereka sama seperti hadis. Agaknya kita sudah sampai pada zaman dimana mereka yang jahil menulis buku agama,” kata salah seorang dari mereka.
Lantas saya pun menjawab. “Apabila orang seperti anta tidak mahu mengambil kerja dakwah maka Allah beri hidayah kepada pelakon, penyanyi dan pemain muzik untuk mengambil alih tugas dakwah. Apabila orang-orang seperti anta tidak mahu menulis buku sejarah maka Allah pilih orang yang jahil seperti ana untuk menulisnya…”
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Puan Ainon yang saya hormati,
jika buya HAMKA masih hidup, mungkin sahaja akan ditulis buku Teguran Ikhlas Dan Jujur Kepada Golongan Ulama’.
Ustaz itu mungkin sudah lupa Sayyid Qutb, pejuang Ikhwanul Muslimin bukanlah seorang ustaz namun menghasilkan Tafsir Fi Zilalil Quran.
fikir-fikirkan
it’s time to practice what we preach insya-Allah
apa yg tuan abd latip talib cakap tu betul…dan apa yg 2 org ustz tu tegur pun betul…
apabila org ulama tak buat kerja dakwah…orang yang jahil yg ambil alih…
kerja dakwah ni kerja semua orang Islam….marilah kita sama-sama buat dakwah..
Terbaik!!
Teruskan Usaha menulis novel sejarah Islam Tuan Abdul Latif, jangan hiraukan orang-orang jumud itu. Remaja belia kita perlu bacaan islami popular. Para remaja itu lebih baik baca novel islam karya Tuan, dibanding membaca novel hary poter yang mengajarkan sihir magic. Siapa yang akan membendung novel-novel magic yang merusak aqidah remaja kita, jika bukan kita orang islam sendiri? kita perlu bacaan islami seperti yang Tuan tulis itu.
Nasib anda seperti nasib Nabi Isa as, ketika baginda berdakwah maka para rabbi yahudi yg mengaku berilmu itu mulai merendahkah baginda dengan gelaran jahil daripd anak zina…., ini krn Nabi Isa as bukan berasal drpd didikan madrasah2 yahudi.
Nasib ini terulang juga pd baginda Nabi Muhammad saw, ketika beliau mulai berdakwah, maka lagi dan lagi para pendeta Yahudi yang mengaku berilmu itu langsung mencaci baginda: “kamu jahil!”
Ini semua krn penyakit hati sombong yang menjangkit org2 yg mengaku berilmu itu. Bahkan penyakit sombong inilah yang menyebabkan setan iblis tidak taat pada perintah Allah untuk menghormat pd nabi Adam as. Hanya krn adam dicipta dari tanah yang rendah.
Akhirnya setan-iblis diusir dari sorga krn keangkuhannya itu.
Dan sekarang sebahagian kecil umat ini mulai terjangkit penyakit sombong seperti orang yahudi dan warisan setan itu.
Tahniah Tuan Abdul Latip teruskan berkarya! pena itu lebih tajam drpd pedang. Pada masa ini, berjihad dengan pena, lebih baik daripd dengan pedang dan senjata!
Tidak semua ustaz berpandangan seperti 2 orang ustaz di atas. Kalau saya tengok style perkataan 2 ustaz itu, nampak mereka drpd gologan Salafi Wahabi, dimerata tempat mereka ini suka berkata bid’ah, jahil. Bahkan mereka ini tidak mengakui buku-buku sirah sejarah islam yang ditulis ulama-ulama masa lampau. Golongan salafi wahabi yg “salah Fikir” ini mulai membuat pergaduhan debat di byk tempat.
” Apabila orang-orang seperti anta tidak mahu menulis buku sejarah maka Allah pilih orang yang jahil seperti ana untuk menulisnya…”
Cantiknya ayat.
Tn Abd Latip kena pastikan, 2 org tu benar2 ustaz ke? sbb zaman skrg kalau simpan janggut skit dan pakai jubah org dah panggil ustaz. La ni ustaz jahil pun byk wpun balik dr Al-Azhar, Mesir. ramai yg gagal paper al-Quran.
Ada plak ustaz jenis pandai ceramah, pung pang pung pang tp bahasa arab tk pandai, hanya bc kita jawi. Ini perlukan pencerahan.
Sy rs 2 org tu bukan ustaz tp berkelakuan spt ustaz. Ayat yg tak jelas jg boleh mengelirukan pembaca. Sy takut lain kali org dialogkan pula hadith, zikir dan al-Quran. Wallahu’alam ...
Merendah diri namun berbisa.
Sekarang juga saya akan cari buku Tuan Abd. Latip!
Itu jawapan orang yang berilmu
Teruskan perjuangan Pak Latip. Perjuangan memandaikan bangsa dan mendekatkan remaja kita kembali menghayati perjuangan tokoh tokoh Islam.
Post a comment