Thursday, December 08, 2005

Dicari: Penulis “Story-board”


PTS FORTUNA mencari sesiapa yang mempunyai kemahiran menulis story-board bagi buku-buku terbitannya untuk diterbitkan semula dalam edisi komik.


Bagi saudara yang belum biasa dengan profesion ini, kerja-kerja penulisan story-board adalah seperti berikut:

1. Membaca dengan teliti dan betul-betul memahami cerita yang sudah siap ditulis oleh pengarang.

2. Memilih adegan-adegan dalam cerita itu yang hendak dimasukkan ke dalam komik.

3. Menuliskan dialog-dialog yang akan dikomikkan.

4. Melukiskan aksi-aksi menggunakan lakaran kasar sahaja bagi setiap frame, cukup dengan menggunakan lukisan batang mancis.

Bakat-bakat utama yang perlu dimilikki oleh seseorang penulis story-board adalah pertama, kepintaran berfikir secara visual dan berlakon secara mental. Kedua, bakat mencipta pergerakan yang perlu diterjemahkan ke dalam lukisan oleh pekomik.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Komik & Ilustrasi
(12) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Rahsia Kejayaan Majalah-majalah Karangkraf Previous entry: Produk untuk Remaja Lelaki
imad  on  12/08  at  07:33 AM

Menarik! Saya dulu pernah juga melukis komik, tapi sekadar koleksi peribadi sebab tangan saya ni jenis cepat kejang.
——-

Ainon Mohd.  on  12/08  at  07:51 AM

Hah? Lawyer pandai tulis novel dan lukis komik jugak? Ini kombinasi bakat yang jarang dijumpai! Adoi bestnya!

Amir Mukhriz  on  12/11  at  07:39 AM

saya minat menghasilkan storyboard. selalu juga saya imaginasikan karya2 saya dalam bentuk kartun. tapi, saya tidak mempunyai bakat melukis.

bolehkah menjadi storyboarder dgn kekurangan tersebut?

sinaganaga  on  12/12  at  12:57 AM

Kak Ainon,
Saya macam berminat.

Latifah  on  12/21  at  03:38 AM

Menarik!tapi mesti ambil cerita orang lain ke?  Kalau daripada cerita sendiri, tak boleh ke?

Ainon Mohd.  on  12/21  at  05:49 AM

Puan Latifah,
Buat masa ini rancangan PTS adalah mengkomikkan buku-buku terbitan PTS. Dengan cara ini penulis buku-buku PTS itu dapat menikmati sumber royalti tambahan iaitu daripada edisi komiknya juga.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/12  at  02:11 AM

Hairan.. Puan Ainon sering melahirkan kekecewaan apabila banyak karyawan, pelukis, kartunis yang merempat melukis di tepi2 jalan akibat mereka di tipu penerbit.. akan tetapi kenapa Puan Ainon bersusah payah mengiklankan mencari pelukis2 lagi yangg perlu di latih sedangkan pelukis2 yang Puan katakan hebat serta bernama besar mudah di temui di kompleks2 dan tepi jalan… tidakkah mudah berurusan dengan mereka2 yang mahir dan berpengalaman tersebut.. di samping memudahkan kerja melukis.. puan juga boleh membuktikan kepada masyarakat penerbit bahawa ipts mengotakan apa yang di kata sebelum ini. Mudah2an nasib mereka terbela lantaran ada penerbit yang jujur dan ikhlas seperti IPTS.

RESPONS PUAN AINON: Bagi membuat ilustrasi pelbagai jenis dan kategori buku ada teknik-tekniknya sendiri, itulah sebabnya teknik-teknik itu perlu disampaikan kepada pelukis.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/13  at  01:58 AM

Menarik juga jika dalam blog ini ditunjukkan cara-cara menghasilkan ilustrasi untuk buku2 terbitan PTS.Tentu ramai yang berminat tetapi segan mahu ke depan.

RESPONS PUAN AINON: Bagi semua yang berminat menjadi ilustrator buku-buku PTS, emelkan contoh karya sdr kepada Pengurus Jabatan Grafik PTS, En. Hisham Salmin pada alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)

herry rahman  on  04/25  at  05:55 AM

Siap gabung jadi ilustrator. Hasil Dijamin memuaskan hub: .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Amiene Rev  on  04/26  at  02:54 AM

Saya berminat untuk menjadi penulis story board.

Jangan terkejut… dengan hasil-hasil imaginatif saya…

kalau hasil kerja saya tidak menarik, saya tarik terus dalam bidang storyboard…

“kata-kata di atas merujuk kepada keyakinan saya untuk menjadi penulis storyboard”

Amiene Rev  on  04/26  at  02:58 AM

SEMASA TAHUN 1993-1998: Saya juga memiliki beberapa karya komik untuk diterbitkan sehingga beratus-ratus volume.

Hasil novel saya juga sebenarnya dirancang untuk dipermudahkan untuk diadaptasi ke bentuk komik atau manga itu sendiri.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/07  at  05:50 AM

Salam, Sebelumnya saya baru tahu ada blog ini, minta masukan untuk belajar menulis fiksi anak bagaimana triknya?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.