Friday, April 30, 2010

Dikehendaki: Manuskrip Novel Fiksyen Travelog

Ketua unit kanak-kanak dan remaja di PTS Profesional Sdn. Bhd., Cik Nurismaliza Ismail (nama glamor beliau adalah Cik Ann) memberitahu bahawa unit beliau mempunyai rancangan menerbitkan novel yang bertemakan travelog dan pengembaraan baik dalam negara mahupun luar negara.

Menurut beliau, maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam novel-novel itu adalah (i) proses pengembaraan, (ii) kehidupan masyarakat setempat, dan (iii) maklumat budaya.

Cik Ann (foto) memberikan garis kasar jalan novel travelog yang beliau mahukan:

1. Dimulakan dengan tema dan persoalan (permulaan jalan cerita, pengenalan watak dsb.)

2. Diikuti dengan perkembangan plot (watak dan perwatakan berkembang, bagaimana perjalanannya bermula, apa persediaannya dsb.)

3. Kemudiannya klimaks (puncak cerita, konflik, tragedi, isu dan permasalahan yang timbul dsb.)

4. Seterusnya dengan penyelesaian (cara atasi masalah dsb.)

5. Diakhiri dengan pengakhiran cerita (penutup; gembira/ sedih, pengalaman yang tidak dapat dilupakan, wawasan ataupun rancangan masa hadapan dsb.)

Penulisan ini adalah fiksyen namun masih berdasarakan fakta yang benar dan pengalaman sebenar. Penulisan yang bagus juga haruslah menceritakan kepada pembaca sehingga pembaca sendiri berasa berada di tempat yang dimaksudkan.

Segala persembahan penceritaan bergantung kepada penulis dan diharapkan penceritaanya menarik, seperti seseorang yang bercerita secara lisan.

Cik Ann juga menggalakkan penulis memasukkan info-info mahupun tips yang tidak pernah diketahui oleh masyarakat umum. Sekiranya penulis mempunyai sebarang gambar/poster/flyers mahu dilampirkan, sangatlah kami galakkan.

Beliau memberitahu siri ini akan mula diterbitkan pada bulan Oktober 2010.

Bagi tuan dan puan yang berminat, tulis emel kepada Cik Ann di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pasaran Buku Motivasi Terjemahan Previous entry: Fiksyen adalah Alat Bantu Pendidikan Moral Baik dan Moral Tidak Baik
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/02  at  01:46 PM

Assalamualaikum.

Selain dari berhubung menggunakan email perhubungan jenis apakah yang boleh dilakukan komunikasinya andai berminat menyertai Travelodge ini?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: