Tuesday, February 07, 2006

Dilema Seorang Novelis Perempuan

“Novel saya bukan novel cinta,” kata seorang penulis novel. “Apatah lagi cinta remaja,” sambungnya.


Beliau yang sudah menerbitkan 4 buah karya dengan dua buah penerbit ternama, mencurahkan perasaan tidak puas hatinya, walaupun karyanya laku.


“Habis, mengapa?”


“Saya malu kepada student-student saya. Saya malu kepada rakan-rakan pensyarah di fakulti saya. Saya malu kepada jiran-jiran saya!” katanya lagi.


“Habis, mengapa?”


“Saya bukan penulis novel cinta remaja!” katanya lagi.


Beliau yang muda-muda sudah naik haji dan bertudung sampai ke pinggang, mengadu bahawa judul yang diberikan oleh penerbit, imej dan wajah pada kulit novel-novelnya tidak serasi dengan jiwa dan maruahnya sebagai pensyarah universiti.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jumlah Cetak: Hak Pengarang Mengetahuinya Previous entry: Membaca Shout-box Blog Pekomik Melayu
Naim  on  02/08  at  03:28 AM

itulah jika artis grafik utk kulit novel tu tak Islamik.
——-

zaidakhtar  on  02/08  at  04:23 AM

alhamdulillah. saya dapat editor yg Islamik yg boleh mengawal artis grafiknya. Cover saya wanita bertudung.

zalisa  on  02/08  at  06:33 AM

artis grafik yg bersalah? huhuhu. kesian kat artis grafik. mereka hanya mengikut kehendak penerbit.

Kulit novel wanita bertudung, ustaz zaidakhtar? belum tentu isi novel islamik. saya biasa jumpa.

ibnurabi  on  02/08  at  09:22 AM

Penerbitnya mahu untung.Kedai pun mahu buku yang boleh dijual.
Semoga apa yang terkandung dalam novelnya dapat memberi manfaat & pengajaran kepada remaja yang memerlukannya. Sekurang-kurang penulis dapat juga ‘imbuhan’ untuk ilmu bermanfaat yang dapat disampaikan melalui novelnya untuk pembaca novelnya yang tidak membaca buku-buku ‘ilmu’.

SaudagarMimpi  on  02/08  at  05:38 PM

Mimpi bukan mudah menjadi nyata..adakalanya kita sering berfikir dan memikirkan..adakalanya kita cuba berimaginasi..namun, mimpi yang menemani kita pada “kelenaan” malam itu tidak muncul seperti apa yang kita fikir, tidak hampir seperti apa yang kita bayangkan, tidak menyebelahi apa yang kita mahu.
Kita punya impian..mimpi-mimpi yang hadir tidak berperasaan…andai tersedar dari lena, bangun dan langkah dengan tenang…tujulah ke arah SAUDAGAR yang mampu mentafsif mimpimu kepada “kelenaan” dalam senyum!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.