Berita Terbaru! 4 Buku PTS ISLAMIKA Dilesen oleh GRAMEDIA Jakarta
![]()
![]()
![]()
Buku-buku ini dilesen oleh Gramedia Pustaka Utama, anak syarikat kumpulan Gramedia.
PT Gramedia adalah syarikat penerbit terbesar di Indonesia.
Buat pertama kali PTS berjaya mendapatkan keyakinan penerbit gergasi itu akan kualiti buku-buku PTS.
Syukur kepada Tuhan yang maha membantu usaha kita melebarkan pasaran buku-buku PTS.
Bahawa Gramedia mula mengiktiraf kualiti produk-produk PTS adalah suatu keberuntungan yang amat bermakna dari sudut marketing.
PT Gramedia memiliki rangkaian supermarket buku yang paling besar dan paling banyak cawangannya di seluruh Indonesia, iaitu lebih 150 buah outlet. Ini bererti buku-buku PTS yang dilesen oleh Gramedia akan dijual di seluruh Indonesia.
Gramedia bukan hanya penerbit buku terbesar, ia adalah juga penerbit majalah yang terbesar, dan penerbit akhbar yang terbesar di negara itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Alhamdulilah syukur kepada Allah yang memberikan berita gembira kepada barisan penulis PTS.
Saya cukup gembira melihat buku rakan baik saya juga termasuk dalam senarai iaitu Puan Saridah Hamid.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberi nikmat. Terima kasih kepada pasukan PTS Islamika yang bertungkus lumus menghasilkan yang terbaik untuk pembaca. Tidak lupa kepada Sifu, Puan Ainon yang setiap kali berjumpa tidak jemu-jemu memberi motivasi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa Puan dan anak buahnya.
En. Samsudin, saya juga bangga kerana saudara juga apa kurangnya, ngetop di pasaran!
Alhamdulillah!Ucapan pertama yang perlu diucapkan atas rezeki yang Allah kurniakan.
Puan…
Apabila terbaca entri ini seperti bermimpi. Terima kasih diucapkan untuk ilmu yang dicurahkan. Terima kasih buat semua warga PTS Islamika yang berusaha menjadikan penulisan saya menjadi sebuah buku yang diharapkan diminati oleh pembaca. Terharu rasanya bagi insan seperti saya. Saya berharap dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Cuma keadaan kesihatan membataskan sedikit namun semangat tidak pernah luntur seperti kata puan “menulis untuk memandaikan bangsa”.
Masya-Allah Kak Saridah, TAHNIAH saya ucapkan. Juga pada penulis-penulis lain. Tahniah juga pada PTS!
Salam,
Tahniah!
Siti Hajar
Tahniah!
Buat Kak Saridah dan barisan penulis PTS…sudah mengangkasa takluk pasarannya.
Saya pun nak ucap tahniah juga. Terutama kepada sahabat saya Rafidah dan Saridah. Semoga terus aktif menulis.
Post a comment