Tuesday, January 24, 2006

Dinsman dan Teater Surah Yusuf

Seniman teater terkenal Sdr. Dinsman akan mementaskan teater Surah Yusuf, berkemungkinan tahun ini, di Istana Budaya.


Menurut beliau, disebabkan jadual pementasan Istana Budaya amat sesak, ada kemungkinan juga teater itu diganjakkan ke 2007. Namun pihak Istana Budaya masih cuba mencari tarikhnya tahun ini.


Kos pementasan teater ini dianggarkan RM100 ribu. (Ah!... kalaulah wang itu diberikan kepada PTS bagi menerbitkan buku-buku yang ditulis berdasarkan prinsip dan teknik-teknik dalam surah Yusuf.... )


Suatu perkara yang menarik adalah isu penampilan watak Nabi Yusuf. Menurut Sdr. Dinsman beliau sudah mengemukakan persoalan ini kepada Imam masjid DBP, Tuan Haji Jajuli Abd. Rahman (bukan Imam Masjid Negara) beliau mengatakan watak Nabi Yusuf boleh muncul di atas pentas. Mengapa? Menurut tuan imam masjid DBP itu, tidak ada nas yang mengatakan tidak boleh.


Hidup teater Islami!


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sastera Islami
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lagi Novelis Perempuan akan Menjadi Penerbit Previous entry: Simbol-simbol Material dalam Surah Yusuf

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: