Disiplin Bahasa
Kita menerima mesej di bawah:
Aslmkm….
Pn. Ainon yang dihormati…
Sy berminat utk hadir kursus tersebut…selalu je
terlepas…
Doakan sy dapat hadir…
Nota: Penulis mesej ini menggunakan nama emel "wartawanislam". Berdasarkan nas manakah seseorang "wartawan Islam" menulis mesej rasmi dengan menggunakan ejaan kontot-kontot dan kosa kata Bahasa Melayu Rendah. Al-Quran itu tertulis menggunakan ejaan sempurna dan tatabahasa sempurna. Kosa kata dalam al-Quran itu kosa kata bahasa Arab Tinggi. Nabi Muhammad SAW itu menggunakan bahasa yang elok tersusun nahunya, dan kosa kata beliau adalah kosa kata bahasa Arab Tinggi.
.
.
Aslmkm….
Pn. Ainon yang dihormati…
Sy berminat utk hadir kursus tersebut…selalu je
terlepas…
Doakan sy dapat hadir…
Nota: Penulis mesej ini menggunakan nama emel "wartawanislam". Berdasarkan nas manakah seseorang "wartawan Islam" menulis mesej rasmi dengan menggunakan ejaan kontot-kontot dan kosa kata Bahasa Melayu Rendah. Al-Quran itu tertulis menggunakan ejaan sempurna dan tatabahasa sempurna. Kosa kata dalam al-Quran itu kosa kata bahasa Arab Tinggi. Nabi Muhammad SAW itu menggunakan bahasa yang elok tersusun nahunya, dan kosa kata beliau adalah kosa kata bahasa Arab Tinggi.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam, Puan.
Tampaknya budaya “instant” sudah mewabak ke mana-mana, hatta dalam penulisan rasmi seperti yang diperkatakan Puan.
Mentaliti “asalkan mesej sampai” dalam penulisan sudah sampai peringkat “tenat”.
Entahlah, Puan. Kecewa sekali saya memperhatikannya. Masih kurang faham dan kurang jelas agaknya para pengarang dan bakal pengarang tentang DISIPLIN BAHASA ini.
Hendak diberitahukan bagaimana lagi agaknya?
Hendak diatur kursus bahasa dan penulisan yang bagaimana lagi agaknya, ya Puan?
Walau bagaimanapun, saya tetap akan mengesyorkan: BELAJARLAH DAN KUASAILAH TATABAHASA SEPENUHNYA, DI SAMPING SELOK-BELOK PENULISAN. Jangan ambil separuh-separuh.
Saya puji usaha Puan untuk memartabatkan bahasa Melayu kita dan sedia membantu jika diperlukan.
Sekian, terima kasih.
——-
Minta kebenaran untuk meletakkan entri ini di dalam blog saya, puan.
Silakan! Silakan!
Assalamualaikum Pn. Sifu,
Semoga Allah sentiasa merahmati usaha puan untuk memandaikan bangsa dan memartabatkan bahasa Melayu.
Sebenarnya puan, saya juga risau kepada perkembangan kurang sihat yang berlaku seperti itu. Saya bukanlah ahli di bidang ini tetapi saya rasa sedih dan hiba bila bahasa Melayu dicabuli sedemikian rupa.
Semoga saya dan saudara-saudara semua di luar sana terbuka minda untuk menghayati dan bersama-sama dalam perjuangan yang dipelopori oleh Pn. Sifu selama ini. Amin.
Wassalam.
Kalau bukan kita menggunakan Bahasa Melayu peringkat tinggi, siapa lagi yang hendak diharapkan.
P/s: Saya hairan, komen kepada entri tidak boleh menggunakan nama Web Sutera
Assalamualaikum,....
Apa khabar puan,....
Puan, saya hendak tanya. Sekiranya hendak menggunakan perkataan “Bahasa Melayu”. Contoh ayat:- “Bahasa Melayu akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab”. Ada sesetengah artikel yang saya baca mereka mengunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa terjemahan. Mana satu yang betul atau kita boleh guna perkataan “Bahasa Melayu” bergantung kepada ayat atau maksud.
Sekian, harap boleh dijelaskan.
Terima kasih.
Di PTS, kita gunakan Bahasa Melayu. Lain rumah penerbitan, lain dasar editorial mereka.
Bahasa Melayu sudah termaktub dalam sejarah sebagai bahasa yang menyatukan umat di Indonesia. Bahasa Malaysia itu istilah yang boleh memecahkan dalam erti kata tidak menyatukan (Bahasa Mandarin, Tamil, Hokkien, Bajau, Kadazan, Temiar, Inggeris dan sebagainya.
Post a comment