Diskriminasi Kejam dalam Pelaksanaan PPSMI: SRJK(C) Diberi Layanan Istimewa
Semasa dasar PPSMI mula-mula diumumkan, parti GERAKAN membantah keras dasar itu kerana ia akan menyebabkan kesan negatif terhadap mutu pendidikan di sekolah-sekolah Cina, dan mengancam budaya Cina. Parti MCA (yang terkenal sebagai parti Cina kaya) tidak membantah kerana parti itu didominasi oleh pemimpin-pemimpin yang berpendidikan Inggeris dan kayaraya.
Tetapi, permuafakatan lebih 600 buah pertubuhan pendidikan dan kebudayaan Cina yang bersatu di bawah nama Dong Ziong telah menghasak MCA supaya menolak PPSMI, dan akhirnya kerana takut hilang sokongan, MCA juga turut menolak.
Apabila parti GERAKAN dan MCA semakin kuat menentang PPSMI, disebabkan Tun Mahathir takut perpaduan dalam Barisan Nasional (BN) akan lemah, maka sekolah-sekolah Cina dibenarkan terus mengajarkan sains dan matematik dalam bahasa Cina.
Pada sebelah petang, sekolah-sekolah Cina mengadakan kelas tambahan di mana murid-murid di SRJK(C) mengulang pelajaran sains dan matematik itu dalam bahasa Inggeris. Inilah yang menyebabkan murid-murid sekolah Cina kekal faham apa yang mereka pelajari walaupun bahasa Inggeris mereka lemah.
Perkara yang sama tidak diizinkan bagi guru-guru di sekolah Melayu dan sekolah-sekolah Tamil. Mereka sama sekali tidak dibenarkan mengajar dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Tamil, walaupun murid-murid melopong.
Para pejuang bahasa dan pendidikan Melayu juga turut bangun menentang dasar PPSMI tetapi Tun Mahathir menggelapkan apa jua maklumat berkenaan perjuangan itu daripada dilaporkan dalam media yang dikontrol oleh BN.
MCA dan GERAKAN kemudian meminta pula supaya buku-buku teks sains dan matematik bagi SRJK(C) dicetak menggunakan 2 bahasa, iaitu bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Ini membolehkan murid-murid di sekolah Cina langsung tidak ada masalah membaca buku teks mereka, kalau tidak faham teks Inggeris, teks Cinanya ada.
Kelulusan buku teks dwi-bahasa untuk SRJK(C) itu diluluskan oleh bekas menteri pelajaran Datuk Hishamuddin Hussein.
Perkara yang sama tidak diizinkan untuk sekolah-sekolah Melayu dan Tamil. Buku teks sains dan matematik semata-mata dalam bahasa Inggeris, meskipun murid melopong.
Diskriminasi antara SRJK(C) dengan SRJK dan SRJK(T) ini masih berterusan hingga pada saat entri ini ditulis.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Hahaha….....Inilah mainan mereka semua. Gamaknya ekonomipun dimainkan sebegitu juga. Mana tidaknya agak pelik politik berdegar tapi ekonomi bukan bangsa sendiri yang kuasai. Orang lain yang kaya raya kaut untung hasil bumi negara kita samapi sekarang ini. Mungkin benar ada permainan ekonomi bagi kepada orang lain bagi menjamin kuasa politik kekal di tangan mereka dan konco-konco.
Begitulah hakikatnya sifu. Yang menjahanamkan orang Melayu dari dulu sampai kini adalah juga orang yang mengaku kononya mereka Melayu. Malangnya, masih ramai yang tidak berapa teringin menggunakan akal fikiran yang tuhan kurniakan untuk berfikir dan bermuhasabah.
Akibatnya bangsa Melayu akan pupus satu hari nanti. Kerana kebanyakan sudah di’convert’kan menjadi Inggeris-Inggeris celup yang fasih Inggeris tetapi buta bahasa Melayu. Alahai bangsaku, masih terlena dalam mimpi yang panjang.
Mendidih saya baca berita ini sifu. Patutnya dihebahkan ke orang - orang Melayu. Saya sependapat dengan Ciklee, dari dulu sampai sekarang, orang kita yang menjatuhkan orang kita sendiri :(
Salam Puan Ainon.
Saya agak terkejut membaca catatan ini. Sememangnya saya sudah sedia maklum bahawa SRJK(C) tidak melaksanakan PPSMI. Namun baru hari ini saya mengetahui bahawa tindakan mereka itu dibenarkan!
Sesungguhnya perkara ini sesuatu yang sangat keterlaluan. Saya bersetuju dengan pendapat omecool. Perkara sebegini meati dihebahkan kepada orang ramai. Saya pasti, masih ramai yang tidak menyedarinya.
Mohon izin dari Puan untuk saya menyalin catatan ini dan meletakkannya di blog saya. Saya akan sertakan pautan ke tulisan asal Puan ini nanti.
Terima kasih.
Salam.
Anak saya belajar di SRJK (C). Subjek Sains dan Matematik diajar dalam dwi bahasa - Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Semua subjek ini diajar pada waktu sekolah biasa.
Semasa ujian, subjek ini dibahagikan kepada kertas Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Ini bermaksud, subjek sains ada 2 kertas peperiksaan dan sama juga untuk subjek matematik. Soalan ujian dalam kertas peperiksaan kedua-dua jenis bahasa adalah berlainan. Ujian untuk kedua-dua bahasa ini juga dijalankan pada masa yang berlainan.
Saya amat bersyukur kerana anak saya berpeluang untuk menguasai Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris dengan baik.
Post a comment