Disorientasi Budaya
Melihat betapa susah dan bermasalahnya pengalaman ahli-ahli jawatankuasa GMP ini, sehingga harus berhadapan dengan penyiasatan pihak polis, saya terfikir alangkah sukarnya untuk memajukan bahasa Melayu itu di buminya sendiri.
Kenapakah sampai begitu keadaannya pada zaman yang dianggap global ini?
Apakah globalisme telah menyesatkan pandangan dunia atau tasawur bangsa-bangsa yang sedang berkembang; dan apakah ini sebahagian daripada strategi Zionis Yahudi untuk melakukan disorientasi budaya dan sosial musuhnya?
Baca lagi analisis Dato' Baha Zain.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Sebenarnya globalisme telah berjaya mengangkat martabat bahasa Inggeris. Di mana-mana saja kita dapat melihat orang mengagungkan Bahasa Inggeris ini, sehingga memandang rendah bahasa sendiri.
Apabila bahasa diagungkan, budaya orang-orang Inggeris ini akan menjadi ikutan, kerana ‘bahasa jiwa bangsa’. Akhirnya hilanglah budaya-budaya murni yang ada dalam masyarakat kita. Jangan pula bersahabat dengan binatang dijadikan budaya (seperti kegemaran ramai mat Salleh) mengatasi persahabatan dengan manusia sudahlah.
Malah umat Islam di negara-negara Arab juga begitu ghairah memantapkan bahasa Inggeris. Di Oman, kursus-kursus bahasa Inggeris mudah sekali untuk didapati di mana-mana, malah sesiapa yang memiliki kemahiran dalam bahasa Inggeris diiktiraf dan mudah untuk mendapat pekerjaan. Sedangkan pelajar yang berkelulusan bidang agama dan tidak memiliki kemahiran bahasa Inggeris amat susah untuk mendapat peluang pekerjaan.
Inilah realitinya, misi yang dijalankan oleh zionis ini berjaya menyusup masuk secara perlahan ke dalam jiwa umat Islam.
Bagi saya, inilah strategi Zionis Yahudi untuk menghancurkan umat Islam, setelah gagal menggunakan cara lain. Apabila umat Islam menggunakan bahasa Inggeris, mereka tidak segan menidakkan keupayaan bahasa sendiri. Malah mereka semakin jauh dari agama Islam.
Post a comment