Don Quixote Malaysia
Baca di sini Don Kisot Malaysia.
Baca di sini Don Quixote Sepanyol (sebutan Sepanyol: Don Kihote)
Don Kisot adalah kesatria yang otaknya 'salah zaman'. Dia memakai baju besi kerana menyangka dia dapat melindungi dirinya daripada tusukan tajam pedang lawan. Sesungguhnya baju besinya itu menyebabkan dia tidak dapat bergerak bebas. Di dalam kurungan baju besinya itu dia merasa selamat, padahal dia serba payah sampai terhengah-hengah.
Nota: UMNO adalah Don-Don Kisot Melayu. Sekarang ini zaman pendidikan sains dan matematik dalam bahasa-bahasa ibunda tetapi UMNO masih mahukan bahasa pejajah (baju besi).
Eropah sudah membuang bahasa Latin. Negara-negara Scandinavia sudah membuang bahasa Rusia. Jepun dan Korea sudah membuang bahasa Cina. UMNO pula bersungguh-sungguh mahu ikut Don-Don Kisot benua India, Afrika dan Amerika Selatan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Merujuk artikel http://profabdullah1.wordpress.com/2008/12/13/apabila-bahasa-inggeris-menggantikan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa-pengantar/
dimana ayat penamatnya adalah “Kesimpulan ringkas kajian itu saya pungut daripada akhbar tempatan. Ringkasnya, 8 daripada 10 pemudanya mengharapkan mereka itu dilahirkan sebagai Caucasius (orang putih), bukan sebagai orang Asia.”
Sedikit sebanyak ada benarnya - tetapi ia juga melibatkan mentaliti. Mereka tidak mahu tergolong dalam kelompok bermentaliti tertentu.
Teringat ceramah perniagaan satu ketika dahulu. “Malaysia adalah negara yang tidak memaafkan kegagalan. Sekali bangkrap - anda akan hancur selama-lamanya. Tersepit di dalam “vicious circle” “. Hmmmm…..
Ingat nak terangkan lebih lanjut, tetapi orang yang mendalami ilmu perniagaan akan faham.
- Fable Fox Malaysia.
Salam.
Saya sangat suka analogi UMNO adalah Don Kisot Malaysia.
Baju besi sangat berat, pahlawan perlu mengangkat pedang pula. Memakaikan kesusahan pada diri untuk menghalang tusukan-tusukan yang ilusi, adalah satu kebodohan.
Kempen Tak Nak PPSMI perlu diteruskan. Melalui bloggers juga!
Post a comment